Skip to main content

Suplemen dan MIlk Booster Untuk Bantu Penyusuan

Alhamdulillah, malam ni terbuka hati untuk update blog setelah sekian lama..hee..seronok blogging ni sebab boleh share dengan lebih lanjut lagi untuk customer tersayang dan yang paling penting dapat mengasah penulisan kita insyaallah.
Dalam entry ni, saya nak ulas sedikit mengenai peranan suplemen (dan juga milk booster) dalam penyusuan susu ibu.

Ia membantu agar penghasilan susu lebih lancar, dan susu juga lebih cepat terhasil.

Susu dan penghasilannya adalah berkaitan dengan isyarat dan rangsangan, yang mana isyarat ini dibawa ke otak lalu otak mengaktifkan hormon prolaktin (hormon penyusuan). Apabila prolaktin terhasil, maka ia mencetuskan penghasilan susu badan.

Suplemen/milk booster membantu menjayakan lagi konsep penyusuan ini, Seperti dikatakan tadi, ia membantu menjayakan, dan bukannya kunci kepada penyusuan atau penghasilan susu. kalau kita ambil berjenis-jenis suplemen dan milk booster sekalipun, tetapi konsep Supply And Demand tidak kita patuhi, susu tetap akan kering.

Selain itu, penyusuan amat berkait rapat dengan psikologi dan keadaan tubuh ibu. Misalnya jika ibu sedih/sakit/letih, susu mungkin berkurangan sedikit penghasilannya. pengambilan suplemen akan memberikan ibu tenaga agar kekal cergas, gembira, ceria, makanya ia akan membantu menyediakan keadaan tubuh ibu yang optimum untukpenghasilan susu yang banyak.

Suplemen juga melengkapkan nutrisi si ibu, Suplemen berunsur protein melengkapkan bahan mentah susu (komponen utama susu adalah protein).

Selain itu, pastikan anda mengambil makanan seimbang, dan air secukupnya (3 liter sekurangnya sehari) bagi melancarkan penghasilan susu.
Apapun yang paling penting adalah doa dan semangat dari ibu ye. Moga ibu-ibu yang menyusukan anak lebih kuat dan tabah insyallah. 


Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenali tujuh jenis kelas makanan

Ketahui 7 jenis kelas makanan..rasanya dulu dah tau da time belajar tapi jom kita buat revision sikit yee...
1) KARBOHIDRAT
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen
Fungsi: membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk membolehkan kita membuat kerja serta menjalan segala aktiviti fizikal.sumber tenaga untuk proses fisiologi seperti pertumbuhan dan pembiakanmembantu mengelakkan suhu badan melalui pengoksidaan karbohidrat dalam proses respirasiKesan kekurangan: tubuh badan jadi lemahkurang tenagapertumbuhan tubuh badan terbantutContoh makanan:  Nasi, roti,ubi kentang,pisang,gula,ubi kayu

Penting tuam bayi lelaki

Masa berpantang dulu, mak mertua cukup bising dan sentiasa berpesan,
 "Jangan lupa tuam anak tu cah.budak lelaki senang masuk angin.susah nanti kau nak jaga.."
Ha gitu lah bunyi pesanan nya..ye lah nampak remeh tapi kalau tak buat teruk jadinya. Saya pun rasa malas jugak sebenarnye.hehe..tapi pesan orang tua ni kena la ikut kan. Mana yang patut kita ikut lah..lagipun benda dah ada..ada dah beli siap-siap masa pregnant dlu.
Ni contoh tuam yang boleh digunakan. Mula-mula tu pakai ni pastu tak tahu cara nak guna pergi bakar atas lilin hitam lah jadi nya..haha..senang rupenye panaskan atas iron pastu rasa lah dulu kat tangan. Nanti ada pula yang melecur kan..So cari dekat en google je lah..
Oh akhirnya kan apa yang mak mertua aku cadang..gunakan kain sapu tangan dan panaskan pada iron. Sama lah teknik nya. Rasa dulu kepanasan dia baru tuam kan pada bayi tau.
Masa mula-mula pantang kat rumah mama dulu..mama tuam guna daun mengkudu yang dilayurkan.pun boleh jugak. tapi leceh sket…

16 Kebaikan Ostematrix untuk ibu menyusu dan ibu berpantang

Bila sebut kalsium je mesti kita ingat yang perlukan tu adalah kanak-kanak sebab untuk tumbesaran atau untuk orang tua untuk elak dari osteporosis. Jadi kita yang dewasa dan pertengahan ni tak perlu ke? jangan camtu ye...
Kalsium penting untuk pembinaan tulang, gigi, sel darah dan sebagainya, menjadikan ia adalah kandungan mineral terbesar dalam tubuh kita – kira 21.5 % daripada berat badan kita, banyak kan?

Kita memerlukan kalsium setiap hari… Sebabnya kita kehilangan kalsium setiap hari…Terutama orang perempuan kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopous. Secara purata seorang dewasa kehilangan 400-600 mg kalsium setiap hari… Oleh itu setiap hari, secara purata kita perlukan 1000 mg kalsium. 
Kalsium amat penting kepada ibu yang menyusu dalam menyalurkan kalsium yang bermutu pada anak yang menyusu dan juga mengelakkan kekurangan kalsium dalam tubuh kerana 99% tubuh kita terdiri daripada kalsium. Rambut, kuku, tulang, gigi, dan hanya 1% sahaja kalsium dalam darah.