Skip to main content

10 Sebab Para Wanita Perlu Ambil Protein Untuk Kekal Cantik dan Sihat

Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan :)

Macam-macam perkara sanggup dilakukan dan berbelanja habis demi sebuah kecantikan. Ni saya nak pesan dari wanita ke wanita ye. Kecantikan yang sebenar tu datang dari diri dan paling penting tu kecantikan dalaman tau. dan pastikan secara selamat dan semulajadi~

Ada banyak je bagus utk kecantikan wanita ni tau..tapi kali ni saya nak kongsi tentang protein.


Korang tau tak?

Protein bagus untuk kesihatan dan kecantikan. :)


Ni 10 fakta yang saya dapat dari SINI  bagaimana protein membantu untuk kecantikan wanita?

1. Membantu mengekalkan berat badan ideal 

Melebihkan protein di dalam diet serta mengurangkan pengambilan karbohidrat membantu mengurang tisu lemak dalam tubuh. Amalan secara berterusan mampu mengekalkan berat badan ideal. 

2. Membantu mengawal rasa lapar 

Mengambil sajian tinggi protein seawal pagi seperti greek yogurt bersama buah-buahan segar akan mengaktifkan hormon untuk bertindak balas menyekat rasa lapar sepanjang hari.


3. Membuat anda rasa kenyang 

Pengambilan makanan berprotein tinggi membantu mengawal selera dan memberi rasa kenyang yang lebih lama berbanding karbohidrat dan lemak. 

4. Protin membantu membakar lebih banyak kalori 

Berbanding diet tinggi karbohidrat, diet tinggi protin mencetuskan proses themogenesis yang lebih tinggi. Thermogenesis adalah proses di mana tubuh meningkatkan pengeluaran tenaga dan lebih protein akan memberi isyarat kepada tubuh untuk membakar lebih banyak kalori sebelum, semasa dan selepas makan. 

5. Protein penting untuk penjagaan tulang 

Jumlah protein dalam diet harian boleh memberi kesan kepada tahap kalsium dalam badan. Diet rendah protein memberi kesan kepada sistem pencernaan untuk menyerap kalsium dan secara tidak langsung keperluan kalsium badan akan diperolehi dari sistem rangka badan. Apabila ini berlaku, individu akan mengalami kehilangan kepadatan tulang.

6. Membantu melawan penuaan 

Melalui proses penuaan seseorang akan kehilangan jisim otot dan untuk memastikan proses penuaan tidak mengganggu pertumbuhan otot maka pengambilan protein disamping senaman yang teratur amat penting. 

7. Melindungi anda dari stress 

Stress bukan sahaja memberi tekanan kepada mental malah turut membuatkan segala sistem dalaman menjadi tidak menentu serta mampu merencatkan hormon. Pengambilan lebih protein dari yang disarankan adalah bagus kerana ianya mampu mengembalikan dan memulihkan sistem tubuh badan. 

8. Bagus untuk kulit 

Kulit merupakan anggota badan yang paling terdedah kepada sinaran matahari serta sinaran uv yang boleh merosakkan kulit. Pengambilan diet yang tinggi dengan asid amino serta penggunaan pelindung matahari yang bagus mampu melindungi serta mengurangkan kesan uv. Protin juga penting untuk proses regenerasi sel kulit agar ianya sentiasa terlihat mulus, tegang dan awet muda 
9. Bagus untuk rambut
Rambut adalah mahkota seseorang wanita. Jika inginkan rambut lebat serta sihat maka perlulah mengambil protein yang secukupnya. Diyakini dengan pengambilan protein, masalah kegugurun serta pertumbuhan rambut yang terencat dapat diatasi. 

10. Makan tanpa rasa bersalah kerana ianya SEDAP 

Ramai yang merasakan untuk memiliki tubuh yang cantik perlulah mengambil sayur-sayuran dengan jumlah yang banyak dan mengurangkan pengambilan protein serta karbohidrat. Namun begitu, pengambilan protein yang secukupnya melalui diet seimbang amat penting bagi tubuh badan kerana pertumbuhan otot, tulang sehinggalah ke rambut amat memerlukan asid amino.

Jadi jangan rasa bersalah hanya kerana anda menikmati hidangan yang mengandungi ikan daging dan sebagainya.

haa best kan protein nih?

nak dapat sumber protein yang mudah? Ambil je ESP ni tau. saya suka sangat..meh baca nih 5 sebab saya suka ESP


Baca lagi tentang ESP di SINI :)

Nak order wasap je saya terus eh 017-3468802


Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenali tujuh jenis kelas makanan

Ketahui 7 jenis kelas makanan..rasanya dulu dah tau da time belajar tapi jom kita buat revision sikit yee...
1) KARBOHIDRAT
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen
Fungsi: membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk membolehkan kita membuat kerja serta menjalan segala aktiviti fizikal.sumber tenaga untuk proses fisiologi seperti pertumbuhan dan pembiakanmembantu mengelakkan suhu badan melalui pengoksidaan karbohidrat dalam proses respirasiKesan kekurangan: tubuh badan jadi lemahkurang tenagapertumbuhan tubuh badan terbantutContoh makanan:  Nasi, roti,ubi kentang,pisang,gula,ubi kayu

Penting tuam bayi lelaki

Masa berpantang dulu, mak mertua cukup bising dan sentiasa berpesan,
 "Jangan lupa tuam anak tu cah.budak lelaki senang masuk angin.susah nanti kau nak jaga.."
Ha gitu lah bunyi pesanan nya..ye lah nampak remeh tapi kalau tak buat teruk jadinya. Saya pun rasa malas jugak sebenarnye.hehe..tapi pesan orang tua ni kena la ikut kan. Mana yang patut kita ikut lah..lagipun benda dah ada..ada dah beli siap-siap masa pregnant dlu.
Ni contoh tuam yang boleh digunakan. Mula-mula tu pakai ni pastu tak tahu cara nak guna pergi bakar atas lilin hitam lah jadi nya..haha..senang rupenye panaskan atas iron pastu rasa lah dulu kat tangan. Nanti ada pula yang melecur kan..So cari dekat en google je lah..
Oh akhirnya kan apa yang mak mertua aku cadang..gunakan kain sapu tangan dan panaskan pada iron. Sama lah teknik nya. Rasa dulu kepanasan dia baru tuam kan pada bayi tau.
Masa mula-mula pantang kat rumah mama dulu..mama tuam guna daun mengkudu yang dilayurkan.pun boleh jugak. tapi leceh sket…

16 Kebaikan Ostematrix untuk ibu menyusu dan ibu berpantang

Bila sebut kalsium je mesti kita ingat yang perlukan tu adalah kanak-kanak sebab untuk tumbesaran atau untuk orang tua untuk elak dari osteporosis. Jadi kita yang dewasa dan pertengahan ni tak perlu ke? jangan camtu ye...
Kalsium penting untuk pembinaan tulang, gigi, sel darah dan sebagainya, menjadikan ia adalah kandungan mineral terbesar dalam tubuh kita – kira 21.5 % daripada berat badan kita, banyak kan?

Kita memerlukan kalsium setiap hari… Sebabnya kita kehilangan kalsium setiap hari…Terutama orang perempuan kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopous. Secara purata seorang dewasa kehilangan 400-600 mg kalsium setiap hari… Oleh itu setiap hari, secara purata kita perlukan 1000 mg kalsium. 
Kalsium amat penting kepada ibu yang menyusu dalam menyalurkan kalsium yang bermutu pada anak yang menyusu dan juga mengelakkan kekurangan kalsium dalam tubuh kerana 99% tubuh kita terdiri daripada kalsium. Rambut, kuku, tulang, gigi, dan hanya 1% sahaja kalsium dalam darah.