Skip to main content

Ambil Pengajaran dari Kisah Hazama yang obses untuk kurus

Saya nih bukan lah yang jenis nak ambil tahu sangat pasal artis tapi hari ni rasa teruja untuk kongsi kisah Hazama. Moga dapat jadikan pengajaran buat kita ye. Kalau betul nak kurus meh kenalah ikut cara yang betul ye..tanye pada yang betul-betul pakar bukan main redah je tau. bahaya!


Penyanyi Hazami mendedahkan sikap obses mahu menurunkan berat badan menjadi punca terjadinya pendarahan usus besar terhadap dia. Hazami atau nama sebenarnya Norkamal Hazami Ahmad, 40, berkata, sikap obsesnya itu bermula kira-kira 10 tahun yang lalu apabila dia merasakan imejnya kurang menarik ketika muncul dalam program televisyen.  


"Saya mempunyai berat badan sebanyak 78 kilogram ketika awal pembabitan dalam dunia hiburan. "Tetapi demi mahu melihat imej yang segak di televisyen, saya mengamalkan diet yang tidak sihat di mana saya hanya makan sekali sehari sahaja. Target saya tercapai. Saya berjaya menurunkan berat badan sehingga 50 kilogram pada tahun 2009. Dan saya mengamalkan diet tersebut sehinggalah sebelum dimasukkan ke hospital," katanya. yang ditemui di kediaman ibunya di Gombak, petang Jumaat. 

Terdahulu Hazami telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Tropicana di sini pada 6 Ogos lalu akibat mengalami pendarahan usus.  Dalam pada itu, Hazami turut mendedahkan meminum terlalu banyak kopi pekat juga adalah sebahagian punca dia mengalami penyakit tersebut. Sejak pulang dari hospital beberapa hari lalu, dia mula belajar mengambil pemakanan yang lebih sihat. 

"Ini satu pengajaran besar buat diri sendiri. Cuma susah juga nak biasakan diri makan banyak kali dalam sehari.Alhamdulillah, keluarga banyak menyokong dan membantu saya untuk makan secara teratur. Saya pe rlu berehat selama empat bulan sebelum kembali aktif dalam dunia seni," ujarnya. 

Sementara itu, Hazami berkata, sejak terlantar di hospital, dia mula sedar bahawa rakan-rakan dan keluarga sentiasa di sisi, tidak seperti yang digambarkannya iaitu melawan penyakit seorang diri. 

"Saya selalu menganggap tiada siapa yang akan berada di samping kita kecuali keluarga terdekat ketika kita dalam kesusahan. "Tetapi saya silap. Rakan-rakan, keluarga dekat dan jauh termasuklah pelajar-pelajar saya bersilih ganti datang melawat dan memberi semangat kepada saya. "Melalui pengalaman ini juga membuatkan saya mahu menjadi seorang manusia yang lebih positif selain mendekatkan diri kepada Allah," tuturnya.


Tu lah bila dah jadi macam ni kan susah kan,..apapun sama-sama kita mendokan moga hazami terus sihat la ye. Kalau nak kurus kena lah cara yang betul ye..

Nak lagi....


Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenali tujuh jenis kelas makanan

Ketahui 7 jenis kelas makanan..rasanya dulu dah tau da time belajar tapi jom kita buat revision sikit yee...
1) KARBOHIDRAT
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen
Fungsi: membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk membolehkan kita membuat kerja serta menjalan segala aktiviti fizikal.sumber tenaga untuk proses fisiologi seperti pertumbuhan dan pembiakanmembantu mengelakkan suhu badan melalui pengoksidaan karbohidrat dalam proses respirasiKesan kekurangan: tubuh badan jadi lemahkurang tenagapertumbuhan tubuh badan terbantutContoh makanan:  Nasi, roti,ubi kentang,pisang,gula,ubi kayu

Penting tuam bayi lelaki

Masa berpantang dulu, mak mertua cukup bising dan sentiasa berpesan,
 "Jangan lupa tuam anak tu cah.budak lelaki senang masuk angin.susah nanti kau nak jaga.."
Ha gitu lah bunyi pesanan nya..ye lah nampak remeh tapi kalau tak buat teruk jadinya. Saya pun rasa malas jugak sebenarnye.hehe..tapi pesan orang tua ni kena la ikut kan. Mana yang patut kita ikut lah..lagipun benda dah ada..ada dah beli siap-siap masa pregnant dlu.
Ni contoh tuam yang boleh digunakan. Mula-mula tu pakai ni pastu tak tahu cara nak guna pergi bakar atas lilin hitam lah jadi nya..haha..senang rupenye panaskan atas iron pastu rasa lah dulu kat tangan. Nanti ada pula yang melecur kan..So cari dekat en google je lah..
Oh akhirnya kan apa yang mak mertua aku cadang..gunakan kain sapu tangan dan panaskan pada iron. Sama lah teknik nya. Rasa dulu kepanasan dia baru tuam kan pada bayi tau.
Masa mula-mula pantang kat rumah mama dulu..mama tuam guna daun mengkudu yang dilayurkan.pun boleh jugak. tapi leceh sket…

16 Kebaikan Ostematrix untuk ibu menyusu dan ibu berpantang

Bila sebut kalsium je mesti kita ingat yang perlukan tu adalah kanak-kanak sebab untuk tumbesaran atau untuk orang tua untuk elak dari osteporosis. Jadi kita yang dewasa dan pertengahan ni tak perlu ke? jangan camtu ye...
Kalsium penting untuk pembinaan tulang, gigi, sel darah dan sebagainya, menjadikan ia adalah kandungan mineral terbesar dalam tubuh kita – kira 21.5 % daripada berat badan kita, banyak kan?

Kita memerlukan kalsium setiap hari… Sebabnya kita kehilangan kalsium setiap hari…Terutama orang perempuan kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopous. Secara purata seorang dewasa kehilangan 400-600 mg kalsium setiap hari… Oleh itu setiap hari, secara purata kita perlukan 1000 mg kalsium. 
Kalsium amat penting kepada ibu yang menyusu dalam menyalurkan kalsium yang bermutu pada anak yang menyusu dan juga mengelakkan kekurangan kalsium dalam tubuh kerana 99% tubuh kita terdiri daripada kalsium. Rambut, kuku, tulang, gigi, dan hanya 1% sahaja kalsium dalam darah.