Skip to main content

5 Kebaikan Blogwalking Untuk Blogger Baru

Hari ni dapat tugasan dari mentor kena blogwalking kalau nak join secret group dia. Saya ok je memang selalu je jenjalan blogger lain kan :D Untuk bloggers baru mesti pelik kan camne lah nak berjalan-jalan ke blog orang lain..hihi...

Meh nak sharing info sikit ye. Apa itu blogwalking ni sebenarnya?


Kalau kita translate ke dalam bahasa melayu kann em berjalan-jalan ke blog orang lain lah lebih kurang maksudnya. Kita akan berjalan di alam maya dari satu blog ke blog yang lain dan jangan lupa tinggalkan jejak kita ye samaada dengan tinggalkan komen pada entry atau di shoutbox blog yang kita singgah tu, lagi satu jangan lupa tinggalkan URL blog so nanti senang lah kawan-kawan nak berjalan-jalan pula kan.

Ada banyak kepentingan blogwalking ni rupanye..

1.Dapat mengeratkan hubungan sesama blogger. Kita kat alam maya nih mana anak kenal kan..jadi kita saling komen mengomen lah. 

 2.  Dapat meningkatkan rank blog sama ada Page Rank Google atau Alexa Ranking. Ibarat konsep meninggalkan JEJAK tadi, spyder google dan Alexa akan crawl ke dalam  blog anda melalui JEJAK yang anda tinggalkan dan dari situlah mulanya proses ranking..

3.  Boleh meningkatkan traffic ke blog anda.Caranya adalah dengan menjadi pengkomen yang terawal di dalam setiap post di blog orang lain. Tapi kena tengok juga, pilih la blog2 yang bertraffic tinggi..

4.  Blogwalking atau BW ibarat sapaan dan teguran anda kepada jiran kita. 

5.  Sambil BW dapat menambah ilmu dan maklumat..Tak la jadi seperti katak di bawah tempurung walaupun duduk terperap dekat rumah je. Selain itu, jika kita hilang idea untuk menulis entry di blog, BW dapat membantu mencetuskan idea baru bagi penulisan artikel di Blog..

Menarikkan ? Jom kita blogwalking lagi jomm~

Tengah tercari-cari suplemen ape yang selamat, berkesan dan semuladi? Meh saya bantu ye :)



Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenali tujuh jenis kelas makanan

Ketahui 7 jenis kelas makanan..rasanya dulu dah tau da time belajar tapi jom kita buat revision sikit yee...
1) KARBOHIDRAT
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen
Fungsi: membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk membolehkan kita membuat kerja serta menjalan segala aktiviti fizikal.sumber tenaga untuk proses fisiologi seperti pertumbuhan dan pembiakanmembantu mengelakkan suhu badan melalui pengoksidaan karbohidrat dalam proses respirasiKesan kekurangan: tubuh badan jadi lemahkurang tenagapertumbuhan tubuh badan terbantutContoh makanan:  Nasi, roti,ubi kentang,pisang,gula,ubi kayu

Penting tuam bayi lelaki

Masa berpantang dulu, mak mertua cukup bising dan sentiasa berpesan,
 "Jangan lupa tuam anak tu cah.budak lelaki senang masuk angin.susah nanti kau nak jaga.."
Ha gitu lah bunyi pesanan nya..ye lah nampak remeh tapi kalau tak buat teruk jadinya. Saya pun rasa malas jugak sebenarnye.hehe..tapi pesan orang tua ni kena la ikut kan. Mana yang patut kita ikut lah..lagipun benda dah ada..ada dah beli siap-siap masa pregnant dlu.
Ni contoh tuam yang boleh digunakan. Mula-mula tu pakai ni pastu tak tahu cara nak guna pergi bakar atas lilin hitam lah jadi nya..haha..senang rupenye panaskan atas iron pastu rasa lah dulu kat tangan. Nanti ada pula yang melecur kan..So cari dekat en google je lah..
Oh akhirnya kan apa yang mak mertua aku cadang..gunakan kain sapu tangan dan panaskan pada iron. Sama lah teknik nya. Rasa dulu kepanasan dia baru tuam kan pada bayi tau.
Masa mula-mula pantang kat rumah mama dulu..mama tuam guna daun mengkudu yang dilayurkan.pun boleh jugak. tapi leceh sket…

16 Kebaikan Ostematrix untuk ibu menyusu dan ibu berpantang

Bila sebut kalsium je mesti kita ingat yang perlukan tu adalah kanak-kanak sebab untuk tumbesaran atau untuk orang tua untuk elak dari osteporosis. Jadi kita yang dewasa dan pertengahan ni tak perlu ke? jangan camtu ye...
Kalsium penting untuk pembinaan tulang, gigi, sel darah dan sebagainya, menjadikan ia adalah kandungan mineral terbesar dalam tubuh kita – kira 21.5 % daripada berat badan kita, banyak kan?

Kita memerlukan kalsium setiap hari… Sebabnya kita kehilangan kalsium setiap hari…Terutama orang perempuan kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopous. Secara purata seorang dewasa kehilangan 400-600 mg kalsium setiap hari… Oleh itu setiap hari, secara purata kita perlukan 1000 mg kalsium. 
Kalsium amat penting kepada ibu yang menyusu dalam menyalurkan kalsium yang bermutu pada anak yang menyusu dan juga mengelakkan kekurangan kalsium dalam tubuh kerana 99% tubuh kita terdiri daripada kalsium. Rambut, kuku, tulang, gigi, dan hanya 1% sahaja kalsium dalam darah.