Skip to main content

Genap setahun bersama Shaklee sebagai WAHM :)

Alhamdulillah..diam tak diam dah setahun dah UAA duduk di rumah sebagai WAHM :)
Cepat je masa berlalu kan..banyak lagi nak belajar. memang UAA ni banyak lagi nak belajar. yep lah kan baru je pandai jalan. tengok ammar arif cukup lah..sekarang dia baru pandai jalan.semua pun nak explore.gigi pun dalam proses nak tumbuh. 

Jadi kalau ada salah silap kurang di mana-mana harap maaf ye. saya budak baru belajar..apa orang kata belum stabil lagi tapi yang pasti akan 'membesar' dengan jayanya insyallah.tolong doakan UAA yee :)


Sempena setahun ni kan...rasa macam nak cerita pengalaman lah selama setahun ni..how I make money from home..ewah...saya si surirumah sepenuh masa menjaga ammar arif :)

kalau dapat RM XXX tengah-tengah bulan pun siapa nak bagi kan kan...tu minimum lah sebab sebenarnya dalam Shaklee ni money is unlimited sebenarnya sebab kita ada CASH, CAR an CONVENTION. Ni kena cerita entry lain lah kot kan...

You can reach how many you want..macam PM Cery tu agaknye sehari sejuta kot masuk..fuhh..my idola tu..boleh usha FB dia di Magika Cery si kelip-kelip

1) PENGGUNA SETIA

Ni semestinya cara yang paling mudah :)
Masa mula-mula dulu saya pun tak niat nak buat bisnes ni. Produk pertama saya ambil masa lepas pantang, masa tu kakak ipar lah yang suggest. Susu masa tu ok lah normal lagipun mama saya masa pantang bagi saya makan ikan hari-hari, lobak putih so alhamdulillah susu ada.

 Saya ambil ESP, alfalfa dan ostematrix. 
Ostematrix saya ambil sebab saya ni tak berapa suka nak minum susu jadi untuk pastikan saya dapat sumber yg ckup saya ambil lah ni. sekarang ni kan baru saya tahu rupenye oste pun membantu dalam penyusuan ni. Ada saya kongsikan dalam post sebelumwit ni.


ESP dan alfalfa tu saya ambil dah hujung2 pantang la jugak..saya perasan perbezaan ketara sebab dapat menyusukan ammar dan dapat kumpul stok juga. banyak la juga tapi saya tak terfikir nak ambil gambar masa tu..memang impress la dan susu pun pekat. memang nampak sangat menggiurkan..hee

Lagi best kulit pun rasa halus sebab ambil ESP tu kan..Dah lepas tu saya terus lah jatuh cinta dan terus beli full Set penyusuan 3M ~~

Ha bila kita dah jatuh cinta senang lah nak luahkan perasaan tu kan sebab kita dah rasa kan...

Luahkan lah pada keluarga, kawan-kawan, jiran-jiran, makcik-makcik..aish semua lah..camtu lah saya buat.alhamdulillah cuba lah..sharing is caring..


Memang besar pengaruh jatuh cinta nih..sebab bila kita dah jatuh cinta segala onak duri..badai..halangan yang mendatang pun kita akan tetap teruskan perjuangan selagi hayat dikandung badan..wahh gitu~~

Kalau NAKK seribu daya..kan kan (^_^)

2) DALAMI PRODUK

Satu lagi perkara yang saya buat kan selama setahun ni ialah berkenalan dengan produk-produk yang lain. Ada banyak lagi rupanya dan ada banyak lagi kegunaan dia rupanya..haa baru lah luas mata memandang..hee..kalau yang tak pernah dengar Shaklee tu boleh la usha website dia yang cantik ni...


Selain tu, saya pun ada baca buku, join kelas online through FB, whataspp, di office branch..bila dah tahu tu lagi la senang nak kongsi dengan semua kan...jadi bacalah ye..tak tahu tanye..malu bertanya sesat jalan...

3) ONLINE MEDIUM

Sekarang ni semua orang suka beli online kan..jadi sila lah gunakan medium ni dengan sebaiknya. Kita ada FB, Blog, Instagram, Twitter dan sebagainya untuk kita meluaskan sayap. Bagi saya just be yourself. Kongsi apa yang kita boleh berikan pada semua bukan sekadar menjual.

Saya memang selesa dengan medium online ni sebab saya boleh buat bila-bila masa dan dimana jua. bila anak tidur apa lagi bersilat lah kan..buat lah apa yang patut. Kalau berminat nak join saya, saya akan tunjukkan lagi details apa dan bagaimana nak buat ye?

Yep-yep sekarang ni banyak lagi peluang perniagaan tapi kenapa Shaklee yang saya pilih kan..antara nya sebab saya dah jatuh cinta lah..hee..lagi kan sebab saya boleh buat dari rumah dan boleh jaga ammar arif depan mata. lagi baca ni ye ---> 10 sebab saya pilih bisnes Shaklee

Lagikan saya suka online ni sebab kita tak perlu nak berdepan dengan orang..so ape nak malu kan..hee..kita lebih tahu apa yang kita nak kongsikan jadi just go on dan teruskan usaha...prospek kita seluruh dunia tau~


Kalau yang belum ada BLOG tu boleh la buat satu sekarang..sebab dari blog pun kita boleh dapat customer tau..well takdelah hari ni create esok terus dapat.Kota Rome bukan dibina dalam masa sehari. apatah lagi kite nih..macam PM cery kata,


Meh nak pesan jika tiba-tiba ada orang datang beritahu dan cadang suh letak duit sekian2 amaun lepas tu tunggu nanti duit akan beranak sila lah lupakan sebab anda bakal kehilangan duit tu..!

Jom kita bisnes SHAKLEE join group Jutawan Muslimah..setiap hari ada exclusive tip dari orang-orang berjaya dah berjaya capai Master :D

4) AMALAN ROHANI

Satu perkara yang saya rasa sangat-sangat untung ialah saya dapat ilmu rohani. setiap hari kami akan diingatkan untuk sedekah, sabar, zikir dan solat-solat sunat. Kalau sebelum ni liat beno nak buat dhuha tu padahal banyak la sangat fadhilat dia..nak zikir pun sesekali kalau ada tahlil ke..

jujur saya kata, syukur dapat berkenalan dengan kawan-kawan shaklee saya sekarang ni walaupun tak pernah berjumpa hanya dalam alam maya. tapi ukhwah tu terasa kuat dan dekat je..

Sebelum ni nak istigfar, selawat pun susah tapi sekarang ni alhamdulillah...rasa tenang je dan lancar perjalanan hidupku selepas lakukan amalan-amalan rohani.oh lagi satu apa tau amalan sedekah ni memang selalu diterapkan dan itulah yang saya cuba lakukan. Apa yang saya belajar the more you GIVE, the more you GET..

berilah dalam bentuk wang, tenaga, ilmu dan sebagainya..insyallah akan ada balasan untuk kita kalau bukan dari orang yang kita bantu tu dari orang lain..insyaallah...


Apapun moga kita semua bahagia, berjaya didunia supaya kita semua berjaya di AKHIRAT ye..sebab tu kita semua kena kaya supaya kita dapat bantu orang lain untuk bantu orang lain dan kita boleh fokus untuk beribadah kan..indahnya ISLAM...

9/10 dari REZEKI tu datangnya dari perniagaan...boleh nak bisnes apa saja..tapi bagi saya shaklee ni sebagai platform untuk memulakan perniagaan. Insyallah someday adalah projek saya yang lain..wait and see okeh..Kalau rasa nak join bisnes Shaklee meh la kita borak-borak panjang lagi ye..

My pleasure to share it with all of you my readers UAA..
Thansk for reading hingga ayat yang terakhir.yeah semangat untuk mulakan tahun yang kedua nih..berusaha ! fighting!


Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenali tujuh jenis kelas makanan

Ketahui 7 jenis kelas makanan..rasanya dulu dah tau da time belajar tapi jom kita buat revision sikit yee...
1) KARBOHIDRAT
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen
Fungsi: membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk membolehkan kita membuat kerja serta menjalan segala aktiviti fizikal.sumber tenaga untuk proses fisiologi seperti pertumbuhan dan pembiakanmembantu mengelakkan suhu badan melalui pengoksidaan karbohidrat dalam proses respirasiKesan kekurangan: tubuh badan jadi lemahkurang tenagapertumbuhan tubuh badan terbantutContoh makanan:  Nasi, roti,ubi kentang,pisang,gula,ubi kayu

Penting tuam bayi lelaki

Masa berpantang dulu, mak mertua cukup bising dan sentiasa berpesan,
 "Jangan lupa tuam anak tu cah.budak lelaki senang masuk angin.susah nanti kau nak jaga.."
Ha gitu lah bunyi pesanan nya..ye lah nampak remeh tapi kalau tak buat teruk jadinya. Saya pun rasa malas jugak sebenarnye.hehe..tapi pesan orang tua ni kena la ikut kan. Mana yang patut kita ikut lah..lagipun benda dah ada..ada dah beli siap-siap masa pregnant dlu.
Ni contoh tuam yang boleh digunakan. Mula-mula tu pakai ni pastu tak tahu cara nak guna pergi bakar atas lilin hitam lah jadi nya..haha..senang rupenye panaskan atas iron pastu rasa lah dulu kat tangan. Nanti ada pula yang melecur kan..So cari dekat en google je lah..
Oh akhirnya kan apa yang mak mertua aku cadang..gunakan kain sapu tangan dan panaskan pada iron. Sama lah teknik nya. Rasa dulu kepanasan dia baru tuam kan pada bayi tau.
Masa mula-mula pantang kat rumah mama dulu..mama tuam guna daun mengkudu yang dilayurkan.pun boleh jugak. tapi leceh sket…

16 Kebaikan Ostematrix untuk ibu menyusu dan ibu berpantang

Bila sebut kalsium je mesti kita ingat yang perlukan tu adalah kanak-kanak sebab untuk tumbesaran atau untuk orang tua untuk elak dari osteporosis. Jadi kita yang dewasa dan pertengahan ni tak perlu ke? jangan camtu ye...
Kalsium penting untuk pembinaan tulang, gigi, sel darah dan sebagainya, menjadikan ia adalah kandungan mineral terbesar dalam tubuh kita – kira 21.5 % daripada berat badan kita, banyak kan?

Kita memerlukan kalsium setiap hari… Sebabnya kita kehilangan kalsium setiap hari…Terutama orang perempuan kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopous. Secara purata seorang dewasa kehilangan 400-600 mg kalsium setiap hari… Oleh itu setiap hari, secara purata kita perlukan 1000 mg kalsium. 
Kalsium amat penting kepada ibu yang menyusu dalam menyalurkan kalsium yang bermutu pada anak yang menyusu dan juga mengelakkan kekurangan kalsium dalam tubuh kerana 99% tubuh kita terdiri daripada kalsium. Rambut, kuku, tulang, gigi, dan hanya 1% sahaja kalsium dalam darah.