Skip to main content

6 Buah Kegemaran Rasulullah SWT

Ada banyak buah didunia ni kan..tapi tahu tak buah apa yang menjadi kegemaran nabi kita...Nabi Muhammad, Rasullullah SWT. Meh kita tengok ye..

KURMA 

Kajian menunjukkan bahawa buah kurma kaya dengan zat besi dan kalsium. Unsur zat besi dan kalsium adalah unsur yang paling tinggi bagi pembentukan susu ibu, pembentukan darah dan sumsum tulang dan ini sesuai bagi pertumbuhan kanak-kanak. Kajian lain pula membuktikan kurma antara makanan yang cepat diproses sebagai bekalan tenaga dan tidak beri tindak balas terhadap pesakit kencing manis. Kerana gula yang terdapat dalam kurma merupakan gula yang diperlukan oleh tubuh. 


ANGGUR 
Allah s.w.t telah menyebut mengenai buah anggur dalam al-Quran sebanyak 6x. 

Semua perkara berkaitan buah anggur dalam al-Quran melambangkan nikmat dan kurnia Allah kepada hamba-Nya.Khasiat yang terdapat dalam buah anggur ialah mineral (fosforus dan kalsium),vitamin A&B serta gula (glukos &fruktosa).Kandungan yang terdapat dalam buah anggur sangat diperlukan oleh limpa bagi tujuan simpanan dan akan dikeluarkan ketika diperlukan seperti ketika berpuasa. 

BUAH TIN 

Allah telah bersumpah tentang buah ini di dalam al-Quran.Apakah keistimewaan buah tin sehinggakan Allah bersumpah di atasnya?

Menurut kajian,buah tin tidak mengandungi garam,lemak dan kolestrol tetapi mengandungi kalium,serat dan zat besi yang lebih tinggi. Hasil penelitian,dalam 100 gram buah tin mengandungi 20% daripada keperluan zat serat harian dalam tubuh.Dari jumlah tersebut,28% adalah jenis serat terlarut.Penelitian menunjukkn bahawa serat terlarut membantu mengurangkan gula dan kolestrol dalam darah dengan mengikatnya di dalam saluran pencernaan,manakala serat tak terlarut dapat melindungi dan mencegah kanser usus besar (kolon). 

Buah tin juga mempunyai bahan yang dapat melawan kanser.Mengandungi polyphenols yang tinggi sebagai antioksidan yang berfungsi sebagai radikal bebas dalam tubuh yang menyebabkan kanser.Ia juga mengandung benzaldehyde serta coumari ns,benzaldehyde telah terbukti mampu bertindak sebagai bahan anti tumor dan coumarins adalah untuk merawat kulit dan kanser prostat. 

BUAH ZAITUN 

Buah zaitun dapat digunakan sebagai bahan makanan yang bertindak sebagai zat makanan,mencuci dan membaikpulih perut dan menjadi penawar racun serta membantu pesakit gastric dan penderita kegagalan fungsi buah pinggang.

Jika digunakan sebagai minyak sapuan luar,ia berfungsi sebagai pelican dan pelembut kepada kulit yang mengalami eczema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit. Dari sudut sains pemakanan,minyak zaitun mengandungi asid lemak tak tepu yang dikelaskan sebagai monounansaturated yang mampu merendahkan kolestrol berbahaya dalam darah. 

TEMBIKAI 

Rasulullah s.a.w menjadikan tembikai sebagai makanan kegemarannya.Baginda gemar makan tembikai dengan kurma kering.Tembikai mengandungi 92% air dan 8% gula. Kaya dengan vitamin C dan mengandungi antioksidan lycopene dan beta karotena yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutama kanser. Ia juga mengandungi asid folik,sejenis vitamin B yang diperlukan oleh ibu bagi menghalang bayi dalam kandungan mengalami kecacatan dan penyakit jantung. 

DELIMA 

Buah delima adalah salah satu buah yang dipilih oleh Allah untuk disebutkan di dalam alQuran. 

Dalam hadis meriwayatkan dari Ali bin Abi Talib bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang ertinya: “Makanlah buah delima beserta minyak dan atau lemaknya kerana ia dapat mengaktifkan pencernaan.”( HR. Imam Ahmad). 

Dalam buku At-Tibb an-Nabawi ada menyebut: 
“Sesungguhnya buah delima itu sangat baik untuk perut kerana dapat menguatkannya.” 

Buah delima diyakini dapat membantu masalah penghadaman(sembelit),buasir,gangguan ulser dalam perut,membantutkan pertumbuhan sel kanser,batuk,radang paru-paru,pendarahan sewaktu kehamilan dan menjada kesihatan jantung. 


Jom kita ikut cara rasullullah sihat dan cantik secara semulajadi. Bagi saya makanan sunnah semestinya yang terbaik, sama-sama kita bersyukur ye moga kita dapat yang terbaik untuk diri dan keluarga insyaallah :)

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenali tujuh jenis kelas makanan

Ketahui 7 jenis kelas makanan..rasanya dulu dah tau da time belajar tapi jom kita buat revision sikit yee...
1) KARBOHIDRAT
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen
Fungsi: membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk membolehkan kita membuat kerja serta menjalan segala aktiviti fizikal.sumber tenaga untuk proses fisiologi seperti pertumbuhan dan pembiakanmembantu mengelakkan suhu badan melalui pengoksidaan karbohidrat dalam proses respirasiKesan kekurangan: tubuh badan jadi lemahkurang tenagapertumbuhan tubuh badan terbantutContoh makanan:  Nasi, roti,ubi kentang,pisang,gula,ubi kayu

Penting tuam bayi lelaki

Masa berpantang dulu, mak mertua cukup bising dan sentiasa berpesan,
 "Jangan lupa tuam anak tu cah.budak lelaki senang masuk angin.susah nanti kau nak jaga.."
Ha gitu lah bunyi pesanan nya..ye lah nampak remeh tapi kalau tak buat teruk jadinya. Saya pun rasa malas jugak sebenarnye.hehe..tapi pesan orang tua ni kena la ikut kan. Mana yang patut kita ikut lah..lagipun benda dah ada..ada dah beli siap-siap masa pregnant dlu.
Ni contoh tuam yang boleh digunakan. Mula-mula tu pakai ni pastu tak tahu cara nak guna pergi bakar atas lilin hitam lah jadi nya..haha..senang rupenye panaskan atas iron pastu rasa lah dulu kat tangan. Nanti ada pula yang melecur kan..So cari dekat en google je lah..
Oh akhirnya kan apa yang mak mertua aku cadang..gunakan kain sapu tangan dan panaskan pada iron. Sama lah teknik nya. Rasa dulu kepanasan dia baru tuam kan pada bayi tau.
Masa mula-mula pantang kat rumah mama dulu..mama tuam guna daun mengkudu yang dilayurkan.pun boleh jugak. tapi leceh sket…

16 Kebaikan Ostematrix untuk ibu menyusu dan ibu berpantang

Bila sebut kalsium je mesti kita ingat yang perlukan tu adalah kanak-kanak sebab untuk tumbesaran atau untuk orang tua untuk elak dari osteporosis. Jadi kita yang dewasa dan pertengahan ni tak perlu ke? jangan camtu ye...
Kalsium penting untuk pembinaan tulang, gigi, sel darah dan sebagainya, menjadikan ia adalah kandungan mineral terbesar dalam tubuh kita – kira 21.5 % daripada berat badan kita, banyak kan?

Kita memerlukan kalsium setiap hari… Sebabnya kita kehilangan kalsium setiap hari…Terutama orang perempuan kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopous. Secara purata seorang dewasa kehilangan 400-600 mg kalsium setiap hari… Oleh itu setiap hari, secara purata kita perlukan 1000 mg kalsium. 
Kalsium amat penting kepada ibu yang menyusu dalam menyalurkan kalsium yang bermutu pada anak yang menyusu dan juga mengelakkan kekurangan kalsium dalam tubuh kerana 99% tubuh kita terdiri daripada kalsium. Rambut, kuku, tulang, gigi, dan hanya 1% sahaja kalsium dalam darah.