Skip to main content

10 Faktor Menjadi Jutawan

Menurut buku the Millionaire’s Mind tulisan Dr Thomas Stanley yang memuatkan survey yang dijalankan ke atas beribu jutawan, terdapat 10 faktor kejayaan seseorang jutawan. Berikut adalah carta bermula dengan nombor sepuluh…

10. Kemahiran menjual produk dan idea sendiri
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kebanyakan jutawan datangnya daripada bidang perniagaan. Sebagai usahawan, apa yang penting adalah kebolehan seseorang itu menjual produk dan idea mereka. Seringkali mereka adalah tergolong dalam kalangan orang yang bijak berkomunikasi, terutamanya komunikasi dalam menjual produk, perkhidmatan dan juga idea sendiri.

9. Cekap dalam pengurusan
Mencapai tahap jutawan, bukanlah one-man-show. Seringkali ia memerlukan bantuan orang lain. Jadi, salah satu faktor untuk menjadi jutawan, anda perlu cekap dalam menguruskan diri, perniagaan dan juga orang lain. Pengurusan yang cekap akan menentukan segala kerja  berjalan dengan lancar.


8. Mempunyai semangat persaingan yang tinggi
Kebiasaannya untuk mencapai suatu kejayaan, kita perlu bersaing – sama ada dalam perniagaan atau dalam tangga korporat. Namun begitu, persaingan yang paling penting sekali adalah persaingan dengan diri sendiri, iaitu untuk mencapai kejayaan yang lebih besar daripada pencapaian kita sebelum ini setiap masa. Faktor ini juga cukup penting untuk memastikan diri anda boleh menjadi jutawan.

7. Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi
Hanya 2% sahaja daripada kita adalah ketua yang boleh memimpin. 2% itulah seringkali mereka yang berada di kedudukan teratas dalam industri masing-masing. Pepatah berbunyi “Leaders are readers,” mereka yang memimpin selalunya banyak membaca untuk menambahkan ilmu dalam bidangnya tersendiri. Dengan ilmu, ia akan memudahkan kita mengurus dan mengetuai industri kita kerana ia merupakan faktor kepimpinan yang berkualiti untuk memastikan seseorang mampu menjadi jutawan.

6. Mencintai karier dan perniagaan
Tidak dapat dinafikan lagi, mereka yang bergelar jutawan sememangnya melakukan apa yang mereka suka. Tidak kira sama ada bekerja makan gaji ataupun menjalankan perniagaan, mereka adalah peminat setia kepada industri yang mereka jalani. Mencintai karier dan perniagaan masing-masing adalah bagaikan petrol yang tidak akan kontang bagi sebuah kereta. Keghairahan akan membawa kita mencapai kejayaan tanpa mengira penat lelah.

5. Bekerja lebih keras berbanding dengan orang lain
Kebanyakan orang menghabiskan masa kurang dari 50 jam seminggu dalam karier atau perniagaan masing-masing. Mereka yang bergelar jutawan pula menghabiskan masa lebih daripada 50jam seminggu. Ramai yang sanggup bekerja sehingga 60-70 jam atau lebih seminggu! Ini juga akibat daripada keghairahan yang dimiliki dalam karier atau perniagaan. Untuk mencapai tahap jutawan, seseorang itu perlu keluar dari kepompong kebiasaan dan bekerja lebih keras berbanding orang lain.


4. Mempunyai pasangan hidup yang memahami dan menyokong
Pepatah mengatakan bahawa, “behind every succesful man, there is a woman.” Bagi anda yang memburu kejayaan, amat-amat penting mempunyai pasangan hidup yang benar-benar memahami dan memberi sokongan 110%. Sekiranya tidak, maka, usaha untuk mencapai kejayaan akan menjadi semakin sukar. Tidak kira sokongan daripada suami, isteri mahupun keluarga. sokongan adalah satu kemestian dalam membina keyakinan diri yang tegar tidak kira apa sahaja halangan yang bakal ditempuhi.


3. Mudah mesra dengan orang lain
84% kejayaan seseorang bergantung kepada mereka yang berada di sekelilingnya, iaitu orang lain. Untuk mencapai tahap jutawan, kita perlukan bantuan daripada orang lain juga. Mempunyai personaliti mudah mesra dengan orang lain jua akan memudahkan perhubungan sesama insan dan penerimaan orang sekeliling terhadap diri kita. Ini dapat membantu kita dalam melebarkan rangkaian kenalan kita dengan lebih luas dan jauh lagi.

2. Berdisiplin
Selalunya kejayaan dicapai apabila kita adalah “boss”. Menjadi seorang “boss” perlu disiplin yang tinggi disebabkan kita tidak mempunyai orang atasan. Sebagai contoh, sekiranya menjalankan perniagaan, usahawan tidak perlu menjawab kepada sesiapa pun. Dirinya adalah boss kepada perniagaannya sendiri. Tanpa disiplin, pastinya tidak dapat menguruskan perniagaan dengan betul dan lancar. Orang ramai sering mengaitkan menjadi jutawan boleh banyak berehat dan bersantai. Tetapi, sekiranya jutawan banyak berehat dan bersantai, bagaimana pula dengan karier dan perniagaan? Pastinya apabila tinggi pendapatan, maka lebih banyak pula tanggungjawab terhadap karier dan perniagaan. Maka faktor disiplin diri, pastinya adalah salah satu faktor utama untuk menjadi seorang jutawan, demi memastikan segalanya berjalan secara berterusan.


1. Jujur dengan semua orang
Sifat jujur adalah sifat yang sangat terpuji. Sifat tersebut disenangi oleh semua orang. Dengan menjadi jujur kepada mereka di sekeliling kita, tak kira sama ada keluarga, kenalan, pelanggan atau rakan perniagaan. Jujur adalah faktor utama dalam mencapai kejayaan sebagai seorang jutawan. Mungkin ada yang tidak berlaku jujur namun tetap menjadi jutawan. Tetapi selalunya, jutawan yang tiada kejujuran, tidak akan bertahan lama, akhirnya dia akan jatuh jua.

Credit : irfankhairi.com

Ok tu dia 10 faktor untuk mejadi jutawan..agak2 da ade dalam diri tak? kalau ada bagus lah..da dekat lah tu kan..yeah~~

Alhamdulillah..mentor kami dalam Shaklee ni memang sentiasa memperingati kami tentang perkara-perkara yang IK ni sebutkan. so saya rasa sangat-sangat beruntung tau sebab dapat diberi peluang join bisnes shaklee ni..nak bisnes ni macam-macam, ada orang dia jual produk sendiri mcm kek, baju dan sebagainya.

Saya suka nak pilih shaklee ni sebagai peluang saya untuk jadi jutawan. nak tahu kenapa? nah jemput baca ni pula ye :D



em dah baca ke? Jika berminat nak join hubungi saya terus k 017-3468802 (Aisyah)

ok lah..jom jadi jutawan,


Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenali tujuh jenis kelas makanan

Ketahui 7 jenis kelas makanan..rasanya dulu dah tau da time belajar tapi jom kita buat revision sikit yee...
1) KARBOHIDRAT
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen
Fungsi: membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk membolehkan kita membuat kerja serta menjalan segala aktiviti fizikal.sumber tenaga untuk proses fisiologi seperti pertumbuhan dan pembiakanmembantu mengelakkan suhu badan melalui pengoksidaan karbohidrat dalam proses respirasiKesan kekurangan: tubuh badan jadi lemahkurang tenagapertumbuhan tubuh badan terbantutContoh makanan:  Nasi, roti,ubi kentang,pisang,gula,ubi kayu

Penting tuam bayi lelaki

Masa berpantang dulu, mak mertua cukup bising dan sentiasa berpesan,
 "Jangan lupa tuam anak tu cah.budak lelaki senang masuk angin.susah nanti kau nak jaga.."
Ha gitu lah bunyi pesanan nya..ye lah nampak remeh tapi kalau tak buat teruk jadinya. Saya pun rasa malas jugak sebenarnye.hehe..tapi pesan orang tua ni kena la ikut kan. Mana yang patut kita ikut lah..lagipun benda dah ada..ada dah beli siap-siap masa pregnant dlu.
Ni contoh tuam yang boleh digunakan. Mula-mula tu pakai ni pastu tak tahu cara nak guna pergi bakar atas lilin hitam lah jadi nya..haha..senang rupenye panaskan atas iron pastu rasa lah dulu kat tangan. Nanti ada pula yang melecur kan..So cari dekat en google je lah..
Oh akhirnya kan apa yang mak mertua aku cadang..gunakan kain sapu tangan dan panaskan pada iron. Sama lah teknik nya. Rasa dulu kepanasan dia baru tuam kan pada bayi tau.
Masa mula-mula pantang kat rumah mama dulu..mama tuam guna daun mengkudu yang dilayurkan.pun boleh jugak. tapi leceh sket…

16 Kebaikan Ostematrix untuk ibu menyusu dan ibu berpantang

Bila sebut kalsium je mesti kita ingat yang perlukan tu adalah kanak-kanak sebab untuk tumbesaran atau untuk orang tua untuk elak dari osteporosis. Jadi kita yang dewasa dan pertengahan ni tak perlu ke? jangan camtu ye...
Kalsium penting untuk pembinaan tulang, gigi, sel darah dan sebagainya, menjadikan ia adalah kandungan mineral terbesar dalam tubuh kita – kira 21.5 % daripada berat badan kita, banyak kan?

Kita memerlukan kalsium setiap hari… Sebabnya kita kehilangan kalsium setiap hari…Terutama orang perempuan kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopous. Secara purata seorang dewasa kehilangan 400-600 mg kalsium setiap hari… Oleh itu setiap hari, secara purata kita perlukan 1000 mg kalsium. 
Kalsium amat penting kepada ibu yang menyusu dalam menyalurkan kalsium yang bermutu pada anak yang menyusu dan juga mengelakkan kekurangan kalsium dalam tubuh kerana 99% tubuh kita terdiri daripada kalsium. Rambut, kuku, tulang, gigi, dan hanya 1% sahaja kalsium dalam darah.