Skip to main content

Lobak Merah Untuk Kulit dan Badan Yang Langsing~

Assalamualaikum~

Hari ni rasa nak cerita pasal carrot sebab hari ni saya ada buat carrot susu.kononnye nak kenalkan pada ammar arif tapi macam sikit je minum..em xpe2 nanti ummi buat yang lain eh..usaha sampai ammar nak makan..yeahh..

jadinye ummi n walid la minum carrot susu ni ye..hee..

ihsan en google~
Sebaiknye lobak merah ni dimakan begitu sahaja.mentah lebih byk khasiatnye.kan..tapi minum air pun bagus jugak senang nak telan.hee..Bagus lobak merah ni tau..saya baca-baca ia bagus untuk kulit kita,  mengurangkan masalah sakit jantung , diarrhea , dan juga atasi selsema iaitu dengan membentuk antibodi dalam badan

Lobak merah mengandungi beta carotene, vitamin B dan C , alpha carotene, kalsium, dan potasium . Ia adalah baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit. Selain itu juga meningkatkan pertumbuhan sel-sel- baru dan membuang toksid dalam badan.

Khasiat dia lagi..check it out~~

1. ELOK UNTUK PEROKOK TEGAR



Bagi perokok tegar, kandungan minyak atrisi, rafanol dan rafarin dari lobak dapat meneutralkan racun rokok. Untuk mengatasi rasa sesak atau penyakit paru-paru akibat terlalu banyak merokok, boleh gunakan perahan air lobak.Minumlah air perahan lobak sekali setiap bulan.

Atau bagi remaja yang malas untuk buat jus, lobak ini boleh dibuat salad atau ulam-ulaman sewaktu menikmati hidangan makan tengahari ataupun malam.

2. MENGANDUNGI VITAMIN A

Cr Vitamin A
Lobak merah mengandungi vitamin A dalam bentuk beta-karotena. Minum jus lobak merah boleh membantu mengekalkan visi yang baik, meningkatkan imuniti badan, mengeluarkan indigestible gentian, membantu dalam pencegahan kanser, penyakit jantung dan angin ahmar.


3. UNTUK PELANSINGAN BADAN

badan langsng menjadi impian semua
Lobak juga dapat digunakan untuk pelangsingan. Ia dapat membantu mengurangkan nafsu makan kerana mengandungi enzim yang melancarkan pencernaan dan menghalang pengumpulan lemak dalam tubuh badan.

Lobak adalah pilihan yang tepat bagi anda yang ingin menurunkan berat badan.Selain kaya potassium,lobak juga mengandung vitamin B6 dan vitamin C. Serat yang banyak terkandung dalam  sayuran ini akan membuat anda kenyang lebih lama.


4. BAIK UNTUK KULIT


Happy Skin~~
Memakan lobak secara rutin dipercayai dapat menghaluskan kulit. Vitamin C yang terkandung di dalam lobak berkhasiat sebagai antioksidan. Lobak juga mengandung banyak air sehingga baik untuk memenuhi kadar hidrasi tubuh.

Lobak sangat baik untuk kulit kerana mempunyai Vitamin A dan antioksidan yang akan melindungi kulit daripada sinaran matahari. Lobak menghalang jerawat, kulit kering, kedutan pra-matang dan membantu anda untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah.

Kandungan zat besinya pula meningkatkan jumlah sel darah yang dapat membantu mencerahkan kulit. Kelebihan ini amat baik bagi mereka yang menghidap anemia, atau yang sering merasa letih.


5. BAIK UNTUK KESIHATAN MATA


Beta karoten yang sering dihubungkan dengan sayuran berwarna kuning atau jingga ini boleh membantu meningkatkan kesihatan mata

Selain itu, lobak merah juga kaya dengan serat, anti oksida dan pelbagai mineral berkhasiat.

Kekurangan vitamin A mampu menyebabkan masalah penglihatan yang kabur terutama di waktu malam. Vitamin A amat diperlukan tubuh dalam menjalankan fungsi mata, terutama untuk menyesuaikan diri dengan kegelapan.

Salah satu cara untuk mencegah kerosakan pada kornea mata adalah dengan kerap memakan lobak merah atau memasukkan beta karoten ke dalam makanan yang anda ambil.


Jom2 kita hati..em ok lah...take care ye ni..

Jom Sihat Cantik Semulajadi,


Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenali tujuh jenis kelas makanan

Ketahui 7 jenis kelas makanan..rasanya dulu dah tau da time belajar tapi jom kita buat revision sikit yee...
1) KARBOHIDRAT
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen
Fungsi: membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk membolehkan kita membuat kerja serta menjalan segala aktiviti fizikal.sumber tenaga untuk proses fisiologi seperti pertumbuhan dan pembiakanmembantu mengelakkan suhu badan melalui pengoksidaan karbohidrat dalam proses respirasiKesan kekurangan: tubuh badan jadi lemahkurang tenagapertumbuhan tubuh badan terbantutContoh makanan:  Nasi, roti,ubi kentang,pisang,gula,ubi kayu

Penting tuam bayi lelaki

Masa berpantang dulu, mak mertua cukup bising dan sentiasa berpesan,
 "Jangan lupa tuam anak tu cah.budak lelaki senang masuk angin.susah nanti kau nak jaga.."
Ha gitu lah bunyi pesanan nya..ye lah nampak remeh tapi kalau tak buat teruk jadinya. Saya pun rasa malas jugak sebenarnye.hehe..tapi pesan orang tua ni kena la ikut kan. Mana yang patut kita ikut lah..lagipun benda dah ada..ada dah beli siap-siap masa pregnant dlu.
Ni contoh tuam yang boleh digunakan. Mula-mula tu pakai ni pastu tak tahu cara nak guna pergi bakar atas lilin hitam lah jadi nya..haha..senang rupenye panaskan atas iron pastu rasa lah dulu kat tangan. Nanti ada pula yang melecur kan..So cari dekat en google je lah..
Oh akhirnya kan apa yang mak mertua aku cadang..gunakan kain sapu tangan dan panaskan pada iron. Sama lah teknik nya. Rasa dulu kepanasan dia baru tuam kan pada bayi tau.
Masa mula-mula pantang kat rumah mama dulu..mama tuam guna daun mengkudu yang dilayurkan.pun boleh jugak. tapi leceh sket…

16 Kebaikan Ostematrix untuk ibu menyusu dan ibu berpantang

Bila sebut kalsium je mesti kita ingat yang perlukan tu adalah kanak-kanak sebab untuk tumbesaran atau untuk orang tua untuk elak dari osteporosis. Jadi kita yang dewasa dan pertengahan ni tak perlu ke? jangan camtu ye...
Kalsium penting untuk pembinaan tulang, gigi, sel darah dan sebagainya, menjadikan ia adalah kandungan mineral terbesar dalam tubuh kita – kira 21.5 % daripada berat badan kita, banyak kan?

Kita memerlukan kalsium setiap hari… Sebabnya kita kehilangan kalsium setiap hari…Terutama orang perempuan kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopous. Secara purata seorang dewasa kehilangan 400-600 mg kalsium setiap hari… Oleh itu setiap hari, secara purata kita perlukan 1000 mg kalsium. 
Kalsium amat penting kepada ibu yang menyusu dalam menyalurkan kalsium yang bermutu pada anak yang menyusu dan juga mengelakkan kekurangan kalsium dalam tubuh kerana 99% tubuh kita terdiri daripada kalsium. Rambut, kuku, tulang, gigi, dan hanya 1% sahaja kalsium dalam darah.