Skip to main content

Check List Barang Yang Perlu Disediakan Sebelum Bersalin

Assalamualaikum~

Ha saje update ni..bukan saya yang nak bersalin..ini untuk panduan kita bersama dan panduan saya di masa hadapan nanti la insyaallah.hee..rilek2 dlu ammar baru 1 tahun laa~~

iklan gigi pulak kan..hihi~~
Mommies..nah saya kongsikan ni..brg kena kasi lengkap baru lah kan lancar je perjalanan kita semua insyaallah :)

Check List Barang Yang Perlu dibawa ke hospital 
-Rekod kesihatan (Buku Merah)
-Guarantee Letter
-IC
-baju baby 3 helai
-barut baby dan kain bedung
-pampers newborn (bawak sikit je dulu)
-Baju T-shirt dalam 2 helai atau lebih
-Stoking 2 helai

-Kain Batik 3 helai
-bengkung (tak bawak pun takpa)
-set mandian (sabun,berus gigi,ubat gigi,sikat,pencuci muka,tuala,syampu
-selipar jepun
-Pad (ni paling penting,sediakan yang jenis nipis dan tebal bagi aliran darah banyak)
-Seluar dalam (aku beli yang pakai buang je)
-Nursing bra
-skaf dan pengikat rambut (untuk selesa susukan anak nanti)
-handphone & charger (penting nak contact orang)
-kamera (nak ambik gambar baby nanti)
-telekong solat (Ingat,selagi tak beranak masih kene solat)
-baju sejuk untuk ibu
-Minuman segera (milo ke,horlick ke,nak ambik tenaga sebelum proses meneran)
-benda-benda lain yang dirasakan penting

pic dr en google
Biasanya kalau tiada masalah kita akan duduk sekejap je di hospital. Masa ammar arif dulu sebab da 41 week kan..terus kena masuk labour room tau. pagi tu sempat breakfast kat rumah je.bila da masuk labour room da boleh makan da. Menangis rasa tahan sakit meneran, lapar lagi n sejuk..en suami senyap2 bg kurma.itu lah yg beri tenaga utk saya. last sekali da pukul 9 ammar tak jugak keluar tau n decide utk ceaser je.. apepun ummi syukur ammar dah selamat lahir ke dunia ni..biasa kalau ceaser ni dalam 2 hari baru doktor kasi balik.

Em ade jugak yang mudah je nak bersalin.em rezeki masing2 kan..kalau dalam sehari je kt hospital, tak perlu la nak bawa banyak barang.Jika berkeperluan baru mintak tolong suami bawa lagi.

Check List Barang Yang Perlu Ada kat Rumah
-Set Tilam baby
-kelambu
-Bedak,sabun,losyen,syampu baby
-baby oil
-Besin mandi dan baby seat bath
-lapik getah changing mat
-Barut perut baby
-tungku baby (untuk tuam baby)
-Baju baby lengan panjang n pendek
-Sarung kaki dan tangan serta topi
-pampers newborn
-Bedung
-beg barang baby
-Tuala
-napkin
-baby wipes
-putik kapas
-pengepit kuku
-termometer
-cotton balls
-Tisu
-krim ruam lampin
-minyak telon atau minyak bayini
-safety pin
-detergent untuk baby
-ubat luka untuk ibu
-Pam susu (saya pilih tommie tippie.ok jugak)
-warmer (kalau ada lagi senang la..tapi saya dulu rendam dlm air panas je.ehe)
-Set Bersalin Luaran siap sekali dgn param, pilis dan pembersih vagina..yang paling suke tu sebab ada mandian Herba)
taraaa..memang beshh :)
-Set Bersalin Dalaman sudah semestinya saya mencadangkan Set Berpantang dan Set Penyusuan Shaklee :)
Beli Full Set lebih berbaloi :) 
-pil-pil haruan dan gamat jika nak tambah lagi
tungku ibu (include in nawal herba beauty set)
-bengkung (ade jugak dlm nawal herbal beauty)
-maternity pad (sediakan banyak sikit)
-Botol baby saiz kecik
-pembersih botol
-Nursing pad
-termos
-bakul baju kotor
-bakul baju baby
-bakul ubat-ubatan

Juga perlu ada buku untuk senarai nama-nama bayi dalam Islam, tips persediaan mengandung dan bersalin serta menyambut cahaya mata,buku bagaimana penyediaan susu ibu yang betul.


Ok lah dulu ye..selamat bersalin n selamat berpantang ye. Moga cepat2 sihat dan kembali cantik anggun macam anak dara okeh~


Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenali tujuh jenis kelas makanan

Ketahui 7 jenis kelas makanan..rasanya dulu dah tau da time belajar tapi jom kita buat revision sikit yee...
1) KARBOHIDRAT
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen
Fungsi: membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk membolehkan kita membuat kerja serta menjalan segala aktiviti fizikal.sumber tenaga untuk proses fisiologi seperti pertumbuhan dan pembiakanmembantu mengelakkan suhu badan melalui pengoksidaan karbohidrat dalam proses respirasiKesan kekurangan: tubuh badan jadi lemahkurang tenagapertumbuhan tubuh badan terbantutContoh makanan:  Nasi, roti,ubi kentang,pisang,gula,ubi kayu

Penting tuam bayi lelaki

Masa berpantang dulu, mak mertua cukup bising dan sentiasa berpesan,
 "Jangan lupa tuam anak tu cah.budak lelaki senang masuk angin.susah nanti kau nak jaga.."
Ha gitu lah bunyi pesanan nya..ye lah nampak remeh tapi kalau tak buat teruk jadinya. Saya pun rasa malas jugak sebenarnye.hehe..tapi pesan orang tua ni kena la ikut kan. Mana yang patut kita ikut lah..lagipun benda dah ada..ada dah beli siap-siap masa pregnant dlu.
Ni contoh tuam yang boleh digunakan. Mula-mula tu pakai ni pastu tak tahu cara nak guna pergi bakar atas lilin hitam lah jadi nya..haha..senang rupenye panaskan atas iron pastu rasa lah dulu kat tangan. Nanti ada pula yang melecur kan..So cari dekat en google je lah..
Oh akhirnya kan apa yang mak mertua aku cadang..gunakan kain sapu tangan dan panaskan pada iron. Sama lah teknik nya. Rasa dulu kepanasan dia baru tuam kan pada bayi tau.
Masa mula-mula pantang kat rumah mama dulu..mama tuam guna daun mengkudu yang dilayurkan.pun boleh jugak. tapi leceh sket…

16 Kebaikan Ostematrix untuk ibu menyusu dan ibu berpantang

Bila sebut kalsium je mesti kita ingat yang perlukan tu adalah kanak-kanak sebab untuk tumbesaran atau untuk orang tua untuk elak dari osteporosis. Jadi kita yang dewasa dan pertengahan ni tak perlu ke? jangan camtu ye...
Kalsium penting untuk pembinaan tulang, gigi, sel darah dan sebagainya, menjadikan ia adalah kandungan mineral terbesar dalam tubuh kita – kira 21.5 % daripada berat badan kita, banyak kan?

Kita memerlukan kalsium setiap hari… Sebabnya kita kehilangan kalsium setiap hari…Terutama orang perempuan kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopous. Secara purata seorang dewasa kehilangan 400-600 mg kalsium setiap hari… Oleh itu setiap hari, secara purata kita perlukan 1000 mg kalsium. 
Kalsium amat penting kepada ibu yang menyusu dalam menyalurkan kalsium yang bermutu pada anak yang menyusu dan juga mengelakkan kekurangan kalsium dalam tubuh kerana 99% tubuh kita terdiri daripada kalsium. Rambut, kuku, tulang, gigi, dan hanya 1% sahaja kalsium dalam darah.