Skip to main content

Tip penjagaan kesihatan sendi

Assalamualaikum~~

Masa sekolah dulu saya memang tak minat sains tau..bukan ambil bio,kimia, fizik tu pun..sains am je pun ngantoknye dalam lab.hihi..kalau masuk tu rasa cepat2 nak keluar.mungkin saya adalah peminat tegar akaun.mana tak nye dari form 4 memang fokus akaun je.eh da macam interview pula kan..

Ok la nak cerita ni kan..dalam tak minat tu saya kini seorang yang suka mencari bahan tentang kesihatan dan kecantikan. Tiada istilah lambat atau cepat kan. Tuntut lah ilmu hingga nafas yang terakhir. Bantu lah selagi boleh..kan kan dan sebab tu lah hari ni saya nak study dan share dengan semua tentang SENDI :)

Sendi yang sihat ialah dimana sendi tu dapat menjalankan fungsinya dengan baik. Kalau boleh berjalan dan berlari macam biasa tu sihat la kan. Tengok budak-budak main dengan gembira sihat la tu. Hee tengok gambarajah bawah ni ye.

Sendi yang sihat
Sakit sendi menyerang hampir setiap orang tidak mengira peringkat umur. Apatah lagi dengan aktiviti harian orang muda yang lebih aktif sekarang, ditambah lagi dengan urusan kerja malah ada yang melakukan kerja tambahan selepas waktu kerja 5 petang membolehkan orang muda turut sama mengalami masalah sakit sendi.

Punca SAKIT SENDI?

Secara umum, sendi boleh sakit disebabkan kerosakan pada ligamen, otot, kulit, pangkal saraf atau sendi itu sendiri. Antara punca kerosakan:-
  • Kemalangan- boleh mencederakan otot dan sendi, meningkatkan risiko kesakita sendi
  • Kecederaan disebabkan bersukan, mengangkat benda berat atau pergerakan berlebihan
  • Faktor  usia - cartilage menipis, kepadatan otot berkurang dan kusyen sendi berkurang bila semakin berusia boleh menyebabkan sendi sakit
  • Berat badan berlebihan - boleh memberi tekanan kepada sendi dan menyakitkan

Sendi ada beberapa jenis seperti sendi lesung (bahu, pinggul), sendi engsel (lutut, siku) dan banyak lagi.

Penyakit berkaitan sendi?
  1. Penyakit auto imun seperti  Rheumatoid Arthritis (RA) dan Lupus (SLE)
  2. Gout
  3. Arthrithis
  4. Osteoporosis
  5. Tendinitis
  6. Penyakit berjangkit seperti influenza, hepatitis dan rubella

Sendi yang tak sihat
Jadi sebelum lebih parah baik kita tengok apa simptom-simptom atau tanda-tandanya ye. Cuba check tengok.Kalau ada baik cepat-cepat cari penawarnye ye insyaallah.

Tanda-tanda sendi bermasalah:

1. Mudah kejang dan rasa tegang pada sendi
2. Lenguh-lenguh dan kebas-kebas yang berlarutan
3. Terdapat tanda bengkak pada sendi
4. Alami kesakitan pada sendi terutama apabila bergerak
5. Bunyi berkeriuk pada sendi terutama ketika menaiki tangga

Jom-jom kita jaga sendi kita..meh nak bagi tips.senang je tapi orang selalu buat tak tahu je perkara ni.ok ni la dia.

Tips penjagaan kesihatan sendi

1. Lakukan senaman secara rutin kerana ia boleh mengelakkan sendi dan otot menjadi lemah. Senaman ringan yang konsisten lebih baik dari sekali tapi terlalu drastik.Boleh membahayakan kesihatan pula nanti.

2. Kawal berat badan anda supaya tidak melebihi berat normal. Jom-jom kita diet.Diet ni maksudnya amalkan pemakanan yang sihat bukan tak makan ye. 



3. Makan makanan yang baik untuk sendi seperti :

Glucosamine – membantu pembentukan kartilaj
Kalsium dan mineral – membantu pembentukan sel tulang yang sihat
Omega 3 – bersifat anti radang yang membantu & mencegah masalah sakit sendi
Vitamin D – meningkatkan penyerapan Kalsium
Vitamin C – bersifat antioksida yang menghalang kerosakan sel dalam sendi

Bagaimana Shaklee Membantu?

Presenting.....Shaklee Advanced Joint Health Tablet :)

AJHT ni dia membantu kekalkan supaya tulang rawan sihat. 
  • Ia adalah  formula proprietari yang menampilkan gabungan bahan-bahan yang sangat efektif dan terbukti berkesan untuk menyokong pergerakan, fleksibiliti dan fungsi sendi yang sihat
  • Diperbuat daripada bahan yang bertindak pantas untuk membekalkan khasiat pemakanan kepada sendi
  • Mengandungi rumusan berpaten yang terdiri daripada ekstrak Boswellia dan Ekstrak Jagung serta nutrien penting lain termasuk Zink, Kuprum, Mangan dan Vitamin C untuk memberikan keselesaan dan melancarkan semula pergerakan sendi
  • Shaklee Joint Health Tablet adalah 100% rumusan vegetarian yang hanya berasaskan tumbuhan dan mineral.
AJHT memberi manfaat kepada sendi


AJHT ni baik diambil bersama ostematrix dan omega. Apa orang kata gandingan mantap sebab dua lagi produk ni dapat membantu dengan lebih baik keberkesanannya kepada kita insyaallah.. :)


Hubungi saya terus eh utk lebih lanjut :)

Jom jom sihat cantik semulajadi,


Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenali tujuh jenis kelas makanan

Ketahui 7 jenis kelas makanan..rasanya dulu dah tau da time belajar tapi jom kita buat revision sikit yee...
1) KARBOHIDRAT
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen
Fungsi: membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk membolehkan kita membuat kerja serta menjalan segala aktiviti fizikal.sumber tenaga untuk proses fisiologi seperti pertumbuhan dan pembiakanmembantu mengelakkan suhu badan melalui pengoksidaan karbohidrat dalam proses respirasiKesan kekurangan: tubuh badan jadi lemahkurang tenagapertumbuhan tubuh badan terbantutContoh makanan:  Nasi, roti,ubi kentang,pisang,gula,ubi kayu

Penting tuam bayi lelaki

Masa berpantang dulu, mak mertua cukup bising dan sentiasa berpesan,
 "Jangan lupa tuam anak tu cah.budak lelaki senang masuk angin.susah nanti kau nak jaga.."
Ha gitu lah bunyi pesanan nya..ye lah nampak remeh tapi kalau tak buat teruk jadinya. Saya pun rasa malas jugak sebenarnye.hehe..tapi pesan orang tua ni kena la ikut kan. Mana yang patut kita ikut lah..lagipun benda dah ada..ada dah beli siap-siap masa pregnant dlu.
Ni contoh tuam yang boleh digunakan. Mula-mula tu pakai ni pastu tak tahu cara nak guna pergi bakar atas lilin hitam lah jadi nya..haha..senang rupenye panaskan atas iron pastu rasa lah dulu kat tangan. Nanti ada pula yang melecur kan..So cari dekat en google je lah..
Oh akhirnya kan apa yang mak mertua aku cadang..gunakan kain sapu tangan dan panaskan pada iron. Sama lah teknik nya. Rasa dulu kepanasan dia baru tuam kan pada bayi tau.
Masa mula-mula pantang kat rumah mama dulu..mama tuam guna daun mengkudu yang dilayurkan.pun boleh jugak. tapi leceh sket…

16 Kebaikan Ostematrix untuk ibu menyusu dan ibu berpantang

Bila sebut kalsium je mesti kita ingat yang perlukan tu adalah kanak-kanak sebab untuk tumbesaran atau untuk orang tua untuk elak dari osteporosis. Jadi kita yang dewasa dan pertengahan ni tak perlu ke? jangan camtu ye...
Kalsium penting untuk pembinaan tulang, gigi, sel darah dan sebagainya, menjadikan ia adalah kandungan mineral terbesar dalam tubuh kita – kira 21.5 % daripada berat badan kita, banyak kan?

Kita memerlukan kalsium setiap hari… Sebabnya kita kehilangan kalsium setiap hari…Terutama orang perempuan kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopous. Secara purata seorang dewasa kehilangan 400-600 mg kalsium setiap hari… Oleh itu setiap hari, secara purata kita perlukan 1000 mg kalsium. 
Kalsium amat penting kepada ibu yang menyusu dalam menyalurkan kalsium yang bermutu pada anak yang menyusu dan juga mengelakkan kekurangan kalsium dalam tubuh kerana 99% tubuh kita terdiri daripada kalsium. Rambut, kuku, tulang, gigi, dan hanya 1% sahaja kalsium dalam darah.