Skip to main content

Tip Kurangkan Panas Badan Anak

Bila da jadi mak-mak ni kan..kita kena tahu apa nak buat bila anak demam. Yang paling penting jangan panik. fuh pandainya pesan kan..hihi..

SHARING IS CARING. kan kan...jadi saya nak share dan share lagi.lagipun bila masuk dalam blog ni boleh jadi panduan untuk saya dimasa hadapan dan mungkin juga kawan-kawan yang perlukan bantuan sekarang ni. Insyaalllah sebarkan kebaikan moga kita sama-sama beroleh kebaikan ye. 


Ingat dulu masa kecil,mak kita jaga kita dengan sangat berhati-hati kan.lagi-lagi masa kita demam. Sekarang ni baru lah faham sangat apa yang mak kita rasakan.em ok lah..jadi nak buat apa ye bila anak demam?

Tip Kurangkan Panas Badan Anak

1. Mandikan seberapa kerap
2. Lap dan basahkan badan setiap masa..bila rasa badan panas
3. Lap guna air asam jawa (diramas dan ditambah air)
4. Makan ubat doktor seperti yang ditetapkan.
5. Sentiasa berjaga dan monitor suhu badan anak
6. Basahkan badan anak/lap menggunakan perahan daun bunga raya (diramas di dalam air sehingga keluar lendir lalu disapu pada kepala dan badan)

Lendir daun bunga raya dikatakan dapat turunkan suhu badan
7.Pakai baju nipis atau belubang. Jangan selimut dan balut anak.
8. Pastikan dia mendapat tidur yang cukup (tidur cukup membantu mempercepatkan pemulihan).

Moga anak-anak kita membesar dengan sihat dan gembira la eh...take care semua.


Ammar demam kali pertama dlu..mahu tak cuak...nak besar kan..sayang ummi n walid :)


Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenali tujuh jenis kelas makanan

Ketahui 7 jenis kelas makanan..rasanya dulu dah tau da time belajar tapi jom kita buat revision sikit yee...
1) KARBOHIDRAT
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen
Fungsi: membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk membolehkan kita membuat kerja serta menjalan segala aktiviti fizikal.sumber tenaga untuk proses fisiologi seperti pertumbuhan dan pembiakanmembantu mengelakkan suhu badan melalui pengoksidaan karbohidrat dalam proses respirasiKesan kekurangan: tubuh badan jadi lemahkurang tenagapertumbuhan tubuh badan terbantutContoh makanan:  Nasi, roti,ubi kentang,pisang,gula,ubi kayu

Penting tuam bayi lelaki

Masa berpantang dulu, mak mertua cukup bising dan sentiasa berpesan,
 "Jangan lupa tuam anak tu cah.budak lelaki senang masuk angin.susah nanti kau nak jaga.."
Ha gitu lah bunyi pesanan nya..ye lah nampak remeh tapi kalau tak buat teruk jadinya. Saya pun rasa malas jugak sebenarnye.hehe..tapi pesan orang tua ni kena la ikut kan. Mana yang patut kita ikut lah..lagipun benda dah ada..ada dah beli siap-siap masa pregnant dlu.
Ni contoh tuam yang boleh digunakan. Mula-mula tu pakai ni pastu tak tahu cara nak guna pergi bakar atas lilin hitam lah jadi nya..haha..senang rupenye panaskan atas iron pastu rasa lah dulu kat tangan. Nanti ada pula yang melecur kan..So cari dekat en google je lah..
Oh akhirnya kan apa yang mak mertua aku cadang..gunakan kain sapu tangan dan panaskan pada iron. Sama lah teknik nya. Rasa dulu kepanasan dia baru tuam kan pada bayi tau.
Masa mula-mula pantang kat rumah mama dulu..mama tuam guna daun mengkudu yang dilayurkan.pun boleh jugak. tapi leceh sket…

16 Kebaikan Ostematrix untuk ibu menyusu dan ibu berpantang

Bila sebut kalsium je mesti kita ingat yang perlukan tu adalah kanak-kanak sebab untuk tumbesaran atau untuk orang tua untuk elak dari osteporosis. Jadi kita yang dewasa dan pertengahan ni tak perlu ke? jangan camtu ye...
Kalsium penting untuk pembinaan tulang, gigi, sel darah dan sebagainya, menjadikan ia adalah kandungan mineral terbesar dalam tubuh kita – kira 21.5 % daripada berat badan kita, banyak kan?

Kita memerlukan kalsium setiap hari… Sebabnya kita kehilangan kalsium setiap hari…Terutama orang perempuan kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopous. Secara purata seorang dewasa kehilangan 400-600 mg kalsium setiap hari… Oleh itu setiap hari, secara purata kita perlukan 1000 mg kalsium. 
Kalsium amat penting kepada ibu yang menyusu dalam menyalurkan kalsium yang bermutu pada anak yang menyusu dan juga mengelakkan kekurangan kalsium dalam tubuh kerana 99% tubuh kita terdiri daripada kalsium. Rambut, kuku, tulang, gigi, dan hanya 1% sahaja kalsium dalam darah.