Skip to main content

Segmen Blogger Cergas dan Santai


Join segmen lagi...nak join KLIK SINI


Bagus join segmen ni sebab dapat tambah kawan-kawan dialam maya ni. Lagi dapat jumpa kawan2 blogger yang memang aktif menulis. macam adik zati ni cakap kan lah...sebab tu akak join segmen awak ni tau sebab kak aisyah memang aktif menulis insyallah..hee

Nak join segmen kan..kena la penuhi syarat.tak sampai hati pulak nak biarkan kosong ni.ehe,,ok soalannye~

Lagu/Movies/Buku apa yang jadi kegemaran sekarang?

 
Mudahnya Menjemput Rezeki

Ha ni lah buku nya.santai-santai je penyampaian dia tapi berhikmah tau. Dalam kehidupan kita selalu lupa asyik dan sangat sibuk untuk dapatkan duit sumber rezeki katanya padahal rezeki ni luas sangat maknanya tau.

"Hakikat REZEKI itu bukan pada duit, gaji atau income sebenarnya. 

Tetapi ia merangkumi beberapa perkara.

Sihat itu rezeki
Bahagia itu rezeki
Banyak masa juga rezeki
Disayangi juga rezeki
Tak putus duit itu rezeki
Dapat (apa-apa) pun rezeki

Erti rezeki itu ialah apa yg kita NIKMATI. Kenapa namanya rezeki? 

Kerana disaat kita merasai REZEKI itu, ramai org diluar sana yg tak berpeluang merasainya. 

Ya Allah, beruntungnya kita. Ingat, yg selalu kata TAK CUKUP itu ialah nafsu. Yg mengatakan CUKUP itu pula ialah iman. 

Maka, bersyukurlah"

Aiseh da terbagi tazkirah pulak dik..hee takpe lah ye :)

Blog yang suka dilawati~

Since akak ni seorang blogger kesihatan dan kecantikan. Mesti lah suka lawat blog yang cantik-cantik dan ada banyak info yg boleh diapply dalam blog dan kehidupan kita kan.ok ni lah dia


Mesti baca link ni!

Ok link ni semua orang mesti kena baca..baru lah semua pun dapat pengajaran.


Ha da cukup kot 3 syarat and I think its done :D

Happy Blogging everyone...


Jom Sihat Cantik Semulajadi,
~Aisyah~
017-3468802
FB: Radin Siti Aisyah

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenali tujuh jenis kelas makanan

Ketahui 7 jenis kelas makanan..rasanya dulu dah tau da time belajar tapi jom kita buat revision sikit yee...
1) KARBOHIDRAT
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen
Fungsi: membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk membolehkan kita membuat kerja serta menjalan segala aktiviti fizikal.sumber tenaga untuk proses fisiologi seperti pertumbuhan dan pembiakanmembantu mengelakkan suhu badan melalui pengoksidaan karbohidrat dalam proses respirasiKesan kekurangan: tubuh badan jadi lemahkurang tenagapertumbuhan tubuh badan terbantutContoh makanan:  Nasi, roti,ubi kentang,pisang,gula,ubi kayu

Penting tuam bayi lelaki

Masa berpantang dulu, mak mertua cukup bising dan sentiasa berpesan,
 "Jangan lupa tuam anak tu cah.budak lelaki senang masuk angin.susah nanti kau nak jaga.."
Ha gitu lah bunyi pesanan nya..ye lah nampak remeh tapi kalau tak buat teruk jadinya. Saya pun rasa malas jugak sebenarnye.hehe..tapi pesan orang tua ni kena la ikut kan. Mana yang patut kita ikut lah..lagipun benda dah ada..ada dah beli siap-siap masa pregnant dlu.
Ni contoh tuam yang boleh digunakan. Mula-mula tu pakai ni pastu tak tahu cara nak guna pergi bakar atas lilin hitam lah jadi nya..haha..senang rupenye panaskan atas iron pastu rasa lah dulu kat tangan. Nanti ada pula yang melecur kan..So cari dekat en google je lah..
Oh akhirnya kan apa yang mak mertua aku cadang..gunakan kain sapu tangan dan panaskan pada iron. Sama lah teknik nya. Rasa dulu kepanasan dia baru tuam kan pada bayi tau.
Masa mula-mula pantang kat rumah mama dulu..mama tuam guna daun mengkudu yang dilayurkan.pun boleh jugak. tapi leceh sket…

16 Kebaikan Ostematrix untuk ibu menyusu dan ibu berpantang

Bila sebut kalsium je mesti kita ingat yang perlukan tu adalah kanak-kanak sebab untuk tumbesaran atau untuk orang tua untuk elak dari osteporosis. Jadi kita yang dewasa dan pertengahan ni tak perlu ke? jangan camtu ye...
Kalsium penting untuk pembinaan tulang, gigi, sel darah dan sebagainya, menjadikan ia adalah kandungan mineral terbesar dalam tubuh kita – kira 21.5 % daripada berat badan kita, banyak kan?

Kita memerlukan kalsium setiap hari… Sebabnya kita kehilangan kalsium setiap hari…Terutama orang perempuan kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopous. Secara purata seorang dewasa kehilangan 400-600 mg kalsium setiap hari… Oleh itu setiap hari, secara purata kita perlukan 1000 mg kalsium. 
Kalsium amat penting kepada ibu yang menyusu dalam menyalurkan kalsium yang bermutu pada anak yang menyusu dan juga mengelakkan kekurangan kalsium dalam tubuh kerana 99% tubuh kita terdiri daripada kalsium. Rambut, kuku, tulang, gigi, dan hanya 1% sahaja kalsium dalam darah.