Skip to main content

Panduan Lengkap Penyusuan Susu Badan Eksklusif 6 Bulan Pertama



Alhamdulillah diam tak diam almost 12 bulan dah susukan ammar arif. moga dpat teruskan lagi hingga umur dia dua tahun mudah-mudahan. Semalam my hubby dia terjumpa pulak pamplet masa nak daftar kat HUKM nak beranak, the date 8 November 2013!

Dalam pamplet2 ni mereka menekanakan betapa pentingnya penyusuan susu ibu ni tau. Siap ada group support lagi macam Titisan Emas, Malaysian Breastfeeding Peer Counselor, susuibu.com dan sebagainya. Point dia kan pentingnya susu ibu ni. jadi mari kita sama-sama BERJUANG eh..!

First mengenai Penyusuan Eksklusif selama 6 bulan pertama. Ini bermakna memberi susu ibu sahaja. Air masak, susu formula, susu lain, air glukos dan makanan lain tidak perlu diberi dalam 6 bulan pertama kerana:
  1. Susu ibu mengandungi 88% air. Bayi akan mendapat air yang secukupnya setiap kali menyusu. 
  2. Susu ibu mengandungi cukup air dan nutrien yang diperlukan oleh bayi dari lahir sehingga berumur 6 bulan. 
  3. Bayi yang menyusu susu ibu tidak akan mengalami masalah penghadaman kerana susu ibu mudah dihadam. Maka, bayi tidak perlu air tambahan. Jika anda rasa bayi dahaga atau panas, susuilah bayi anda dengan lebih kerap. 
Susu Ibu ni memang yang terbaik lah. siap boleh buat list banyak2 camni kan. anak-anak.kan,meh cepat kita sama-sama berjaaya ye :D
Nih kita ambil secara umum dulu ye,nanti saya kupas satu persatu..blog lain lah ye.hee

Kebaikan Susu Ibu Untuk Bayi 
  1. Mengandungi ubatan nutrien yang lengkap dan sesuai untuk tumbesaran bayi 
  2.  Kecergasan minda (IQ tinggi) 
  3. Mengandungi antibodi untuk melindungi bayi daripada Jangkitan kuman Alahan Cirit-birit
  4. Mudah dihadam 
  5. Mengurangkan risiko diabetes dan obesiti semasa kanak-kanak 
  6. Mengurangkan masalah pergigian dan ortodentik. risiko pencemaran
Kebaikan Susu Ibu Untuk Ibu 
  • Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak 
  • Mengecutkan rahim dan mengurangkan pendarahan 
  • Menjarakkan kehamilan dengan penyusuan susu ibu secara eksklusif 
  • Mengembalikan bentuk badan kepada bentuak asal 
  • Menjimatkan masa dan wang 
  • Mengurangkan risiko kanser payurada dan ovari 
  • Mengurangkan risiko kerapuhan tulang dan anemia 
Kepentingan Sentuhan Kulit Bayi Dan Ibu Sejurus Selepas Kelahiran 
  • Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan bayi 
  • Memberi kehangatan kepada bayi 
  • Merangsang pengaliran susu 
  • Membenarkan pertumbuhan bakteria baik dari sistem penghadaman ibu kepada bayi 
  • Membantu menstabilkan paras gula dalam darah bayi 
Kepentingan Memulakan Penyusuan Awal 
  • Merangsang penghasilan dan pengaliran susu ibu 
  • Memastikan bayi mendapat kolostrum (susu awal berwarna kuning pekat) 
  • Mengandungi bahan laksatif untuk melawaskan pembuangan najis hitam (mekonium) 
  • Memastikan kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif 
Kepentingan Ibu Dan Bayi Bersama Sepanjang Masa (Rooming-In) 
  • Dapat menyusukan bayi mengikut kehendak bayi 
  • Mengeratkan kasih sayang 
  • Meneruskan penyusuan susu ibu sepenuh masa 
  • Mengekalkan penghasilan dan pengaliran susu ibu 
  • Penyusuan pada waktu malam dapat meningkatkan pengeluaran susu
  • Ibu lebih yakin dan bayi tidur lebih nyenyak 
Penyusuan Mengikut Kehendak Bayi (Baby Led-Feeding) 
  • Susukan apabila bayi lapar atau ibu merasakan payudara penuh 
  • Kejutkan bayi jika tidur terlalu lama 
  • Tidak menghadkan tempoh dan kekerapan penyusuan 
  • Kepentingan 
  • Mengekalkan penyusuan untuk tempoh yang lama:- 
    1. Mengurangkan bengkak payudara 
    2. Bayi mendapat perlindungan dari jaundis dan pelbagai penyakit 
    3. Meningkatkan berat badan bayi 
Kekerapan Penyusuan Dan Penghasilan Susu Yang Mencukupi 

Tanda bayi cukup susu 
  • Bayi menyusu dengan kerap 
  • Bayi kencing 6-8 kali sehari 
  • Bayi buang air besar 3-4 kali sehari 
  • Kulit bayi licin dan tegang otot bayi pejal 
  • Bayi aktif dan kurang menangis 
Berat badan bayi bertambah
  • Bagi menghasilkan susu yang mencukupi 
Susukan bayi dengan kerap mengikut kehendak ibu dan bayi

Bagi ibu bekerja: 
  1. Lakukan perahan di tempat kerja 
  2. Beri susu perahan kepada bayi
  3. Teruskan penyusuan pada waktu malam 
Tidak memberi makanan dan minuman lain selain dari susu ibu sahaja dalam 6 bulan pertama 

Pastikan posisi dan pelekapan penyusuan yang betul 

Amalkan makanan yang seimbang dan air yang secukupnya (set menyusu 3M amat digalakkan) 

SUSU PERAHAN 

Tujuan Memerah Susu 
  • Membekalkan susu kepada bayi yang terpisah dengan ibunya 
  • Meningkatkan penghasilan susu 
  • Membekalkan susu kepada bayi yang sakit/pramatang 
  • Melegakan bengkak payudara 
Teknik Pemerahan Susu Dengan Tangan (Teknik Marmet) 
  • Basuh tangan dengan air sabun 
  • Sediakan bekas plastik bersih dengan penutup 
  • Letakkan ibu jari atas areola dan jari-jari lain bawah areola 
  • Tolak ke dada dan perah serentak disekeliling areola 
  • Ulang beberapa kali disekeliling areola sehingga payudara terasa ringan 
  • Mulakan perahan susu ibu 2 minggu sebelum berkerja 
  • ajar anak minum botol

PENYIMPANAN SUSU PERAHAN 
  • Tuliskan tarikh dan masa perahan disetiap bekas 
  • Jangan panaskan susu perahan dalam ketuhar gelombang mikro atau di atas api 
  • Berikan susu perahan kepada bayi dengan menggunakan sudu atau cawan 
POSISI DAN PELEKAPAN 



Kedudukan Badan

Ibu merasa selesa 
Bayi perlu diampu dengan baik 

Cara Memegang Bayi 
  • Bayi selari dengan ibu
- Bayi disokong kepala, bahu dan punggung
  • Bawa bayi rapat ke arah ibu 
 - Perut bertemu perut 
 - Muka bayi menghadap payudara ibu 

cara baby minum yang betul
Mengapa Perlu Beri Susu Ibu Sahaja Secara Eksklusif Semasa 6 Bulan Pertama?
  • Susu ibu sahaja dapat membekalkan cukup nutrien untuk tumbesaran
  • Sistem penghadaman bayi belum matang untuk menerima makanan /  minuman lain selain susu ibu sahaja.
  • Antibodi dalam susu ibu dapat mengelakkan jangkitan penyakit
  • Dapat membentuk rahang, gigi dan kemahiran pertuturan bayi
Meneruskan Penyusuan Susu Ibu Selepas 6 Bulan Walaupun Makanan Pelengkap Telah Diperkenalkan
  • Kerana susu ibu membekalkan 1/3 - 1/2 kalori untuk bayi berusia 12 bulan dan perlu diteruskan sehingga 2 tahun
  • Penyusuan susu ibu sangat mudah dan tiada peralatan yang diperlukan
Bagaimana Memastikan Penyusuan Awal Dapat Dimulakan
  1. Lakukan sentuhan kulit ke kulit
  2. Ibu digalakkan untuk melihat tanda-tanda bayi bersedia untuk menyusu (feeding cues):
  3. Membuka mulut dan mencari-cari payudara
  4. Menggerak-gerakkan bola mata sama ada dengan kelopak mata tertutup / terbuka
  5. Membuat pergerakan atau bunyi menghisap, menjelirkan lidah dan mengecap bibir
  6. Menghisap atau memamah jari, tangan, selimut atau kain, atau sebarang objek yang menyentuh bibirnya
  7. Menggerak-gerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan
  8. Bayi mengeluarkan bunyi rengekan yang perlahan ('soft whimper sounds') atau mungkin menangis
  9. Elakkan pengguaan botol susu dan puting tiruan kerana:
  10. Bayi boleh keliru puting dan enggan menyusu terus ke payudara
  11. Bayi yang diberi puting tiruan akan kurang kerap menyusu dan menyebabkan pertumbuhan lambat
  12. Keburukan Kepada Bayi Yang Tidak Diberi Susu Ibu
  13. Mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan penyakit dan penyakit kronik seperti:
  14. Jangkitan usus, cirit birit, sistem pernafasan, telinga dan salur kencing
  15. Ekzema dan lain-lain keadaan alahan
  16. Keradangan usus besar yang serius (necrotising enterocolitis) bagi bayi pramatang
  17. Perkembangan IQ yang lebih rendah
  18. Diabetes dari peringkat kanak-kanak lagi (juvenile diabetes), tekanan darah yang lebih tinggi dan kegemukan sewaktu kanak-kanak
  19. Risiko kontaminasi dan kesilapan yang boleh berlaku semasa penyediaan, pemberian dan penyimpanan susu rumusan bayi
  20. Kos yang mahal diperlukan untuk pembelian susu rumusan bayi dan peralatannya
  21. Bayi yang telah diberi susu rumusan sukar untuk diperkenalkan dengan susu ibu jika susu rumusan bayi tidak mahu diteruskan

Jika nak CUBA suplemen boleh dapatkan dari saya ye. Supplement ni sangat membantu penyusuan tau. Bukan sekadar bantu tingkatkan kualiti dan kuantiti susu, malahan meningkatkan daya tahan sakit ibu, mencergaskan tubuh badan ibu serta mencantikkan kulit dan bentuk tubuh ibu melalui pengambilan nutrisi yang lengkap sempurna.

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenali tujuh jenis kelas makanan

Ketahui 7 jenis kelas makanan..rasanya dulu dah tau da time belajar tapi jom kita buat revision sikit yee...
1) KARBOHIDRAT
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen
Fungsi: membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk membolehkan kita membuat kerja serta menjalan segala aktiviti fizikal.sumber tenaga untuk proses fisiologi seperti pertumbuhan dan pembiakanmembantu mengelakkan suhu badan melalui pengoksidaan karbohidrat dalam proses respirasiKesan kekurangan: tubuh badan jadi lemahkurang tenagapertumbuhan tubuh badan terbantutContoh makanan:  Nasi, roti,ubi kentang,pisang,gula,ubi kayu

Penting tuam bayi lelaki

Masa berpantang dulu, mak mertua cukup bising dan sentiasa berpesan,
 "Jangan lupa tuam anak tu cah.budak lelaki senang masuk angin.susah nanti kau nak jaga.."
Ha gitu lah bunyi pesanan nya..ye lah nampak remeh tapi kalau tak buat teruk jadinya. Saya pun rasa malas jugak sebenarnye.hehe..tapi pesan orang tua ni kena la ikut kan. Mana yang patut kita ikut lah..lagipun benda dah ada..ada dah beli siap-siap masa pregnant dlu.
Ni contoh tuam yang boleh digunakan. Mula-mula tu pakai ni pastu tak tahu cara nak guna pergi bakar atas lilin hitam lah jadi nya..haha..senang rupenye panaskan atas iron pastu rasa lah dulu kat tangan. Nanti ada pula yang melecur kan..So cari dekat en google je lah..
Oh akhirnya kan apa yang mak mertua aku cadang..gunakan kain sapu tangan dan panaskan pada iron. Sama lah teknik nya. Rasa dulu kepanasan dia baru tuam kan pada bayi tau.
Masa mula-mula pantang kat rumah mama dulu..mama tuam guna daun mengkudu yang dilayurkan.pun boleh jugak. tapi leceh sket…

16 Kebaikan Ostematrix untuk ibu menyusu dan ibu berpantang

Bila sebut kalsium je mesti kita ingat yang perlukan tu adalah kanak-kanak sebab untuk tumbesaran atau untuk orang tua untuk elak dari osteporosis. Jadi kita yang dewasa dan pertengahan ni tak perlu ke? jangan camtu ye...
Kalsium penting untuk pembinaan tulang, gigi, sel darah dan sebagainya, menjadikan ia adalah kandungan mineral terbesar dalam tubuh kita – kira 21.5 % daripada berat badan kita, banyak kan?

Kita memerlukan kalsium setiap hari… Sebabnya kita kehilangan kalsium setiap hari…Terutama orang perempuan kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopous. Secara purata seorang dewasa kehilangan 400-600 mg kalsium setiap hari… Oleh itu setiap hari, secara purata kita perlukan 1000 mg kalsium. 
Kalsium amat penting kepada ibu yang menyusu dalam menyalurkan kalsium yang bermutu pada anak yang menyusu dan juga mengelakkan kekurangan kalsium dalam tubuh kerana 99% tubuh kita terdiri daripada kalsium. Rambut, kuku, tulang, gigi, dan hanya 1% sahaja kalsium dalam darah.