Skip to main content

Karipap Sardin Roti UAA

Hai...assalamualaikum~

Da lama dah nak share resepi ni sebenarnya tapi asyik postpone je.hari ni baru sempat nak share kan. hubby dia mmg suka sangat kalau yang berasaskan sardin ni tapi tak boleh la nak bagi hari-hari kan..cannot cannot..makanan dalam tin ni tak leh ambil selalu tau..em, selalunya buat sandwich biasa je tapi ni buat special la sket...

Sebab sy rasa resepi ni mudah sangat meh la kita sama-sama buat ye..nama dia karipap sardin gardenia sebab inti dia mcm karipap sardin tapi kulit nya saya guna roti gardenia..haa gitu~~

roti tu dileperkan supaya bila goreng nanti xde lah serap minyak kan...ni minta hubby tolong leperkan abis satu plastik ditekannya sekali..haduii senang tul keje orang laki ni kan.janji matlamat tercapai :p 

Ni la dia aksesorinya~~
Karipap Sardin Roti Goreng UAA

bahan-bahan:

sardin tin besar
bawang besar sebiji ptg dadu..aku pakai bwg holland
bwg putih 3 ulas cincang halus
cili merah 1 biji..ak pakai cili api 5 biji..hee ikut suka
margerin dlm 1 sudu
garam secukup rasa
limau bg masam2 sket tp saya tak buh pun 

roti gardenia satu bgkus yg kecil

utk tampalkan roti:
bancuh tepung gandum n air 

cara-cara:
1. cairkan margerin
2. Tumis bwg smpai naik wangi then masukkan cili
3. sardin tu buang air dia..ambil isinye je n hancurkan.masukkan dlm kuali.limau pun buh skali la masa ni.
4.biarkan sejuk jap
5.roti tu klu rajin buang la tepi2 tu..saya biarkan je.then leperkan.
6. letak sekeliling roti dgn tepung gandum yg da bancuh td tu n sardin.
7.kelim kan roti tu.guna garfu tekan sekeling roti tu..

rupa sebelum digoreng
Ha lepas tu goreng la minyak panas.sekejap je tau..ala macam goreng aiskrim goreng tu.gitu lah.dan inilah hasilnya..taraa~~

yummy~~
Air tu saya buat susu strawberry dgn ESP. mmg terbaik lah..kenyang alhamdulillah~~

Baca ni---> Keistimewaan ESP

Oh kalau rajin kan..nak bagi nampak rupa macam karipap boleh la tekap roti tu dgn pengepit karipap.since saya takde kan..kita pakai je la cara konventional...hihi...

ihsan en google
ok lah...selamat mencuba~~petang ni rasa macam nak buat cekodok manis la pulak..hee resepi senang2 je..jom2 kita masak~everyone can cook :)

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenali tujuh jenis kelas makanan

Ketahui 7 jenis kelas makanan..rasanya dulu dah tau da time belajar tapi jom kita buat revision sikit yee...
1) KARBOHIDRAT
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen
Fungsi: membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk membolehkan kita membuat kerja serta menjalan segala aktiviti fizikal.sumber tenaga untuk proses fisiologi seperti pertumbuhan dan pembiakanmembantu mengelakkan suhu badan melalui pengoksidaan karbohidrat dalam proses respirasiKesan kekurangan: tubuh badan jadi lemahkurang tenagapertumbuhan tubuh badan terbantutContoh makanan:  Nasi, roti,ubi kentang,pisang,gula,ubi kayu

Penting tuam bayi lelaki

Masa berpantang dulu, mak mertua cukup bising dan sentiasa berpesan,
 "Jangan lupa tuam anak tu cah.budak lelaki senang masuk angin.susah nanti kau nak jaga.."
Ha gitu lah bunyi pesanan nya..ye lah nampak remeh tapi kalau tak buat teruk jadinya. Saya pun rasa malas jugak sebenarnye.hehe..tapi pesan orang tua ni kena la ikut kan. Mana yang patut kita ikut lah..lagipun benda dah ada..ada dah beli siap-siap masa pregnant dlu.
Ni contoh tuam yang boleh digunakan. Mula-mula tu pakai ni pastu tak tahu cara nak guna pergi bakar atas lilin hitam lah jadi nya..haha..senang rupenye panaskan atas iron pastu rasa lah dulu kat tangan. Nanti ada pula yang melecur kan..So cari dekat en google je lah..
Oh akhirnya kan apa yang mak mertua aku cadang..gunakan kain sapu tangan dan panaskan pada iron. Sama lah teknik nya. Rasa dulu kepanasan dia baru tuam kan pada bayi tau.
Masa mula-mula pantang kat rumah mama dulu..mama tuam guna daun mengkudu yang dilayurkan.pun boleh jugak. tapi leceh sket…

16 Kebaikan Ostematrix untuk ibu menyusu dan ibu berpantang

Bila sebut kalsium je mesti kita ingat yang perlukan tu adalah kanak-kanak sebab untuk tumbesaran atau untuk orang tua untuk elak dari osteporosis. Jadi kita yang dewasa dan pertengahan ni tak perlu ke? jangan camtu ye...
Kalsium penting untuk pembinaan tulang, gigi, sel darah dan sebagainya, menjadikan ia adalah kandungan mineral terbesar dalam tubuh kita – kira 21.5 % daripada berat badan kita, banyak kan?

Kita memerlukan kalsium setiap hari… Sebabnya kita kehilangan kalsium setiap hari…Terutama orang perempuan kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopous. Secara purata seorang dewasa kehilangan 400-600 mg kalsium setiap hari… Oleh itu setiap hari, secara purata kita perlukan 1000 mg kalsium. 
Kalsium amat penting kepada ibu yang menyusu dalam menyalurkan kalsium yang bermutu pada anak yang menyusu dan juga mengelakkan kekurangan kalsium dalam tubuh kerana 99% tubuh kita terdiri daripada kalsium. Rambut, kuku, tulang, gigi, dan hanya 1% sahaja kalsium dalam darah.