Skip to main content

5 Tip Sihat Dan Cantik

Assalamualaikum..selamat pagi..happy weekend semua? 
Apa aktiviti hari ni..apapun biar lah yang memberi manfaat pada semua ya..spend masa berkualiti dgn keluarga dan diri sendiri..5 hari da kerja teruk2 kan..so weekend time to relax.

charging!

Ok sambil2 rehat tu meh baca ni. Semalam dalam FB saya ada ajukan soalan Sihat VS Cantik?
Mana yang lebih penting?Hakikatnya kedua-duanya sama penting ibarat irama dan lagu tak dapat dipisahkan lagi. Memang soalan yang tak patut ditanya.saja bikin panassss~

nak sihat cantik solehah macam wardina :D
Semestinya semua orang nak SIHAT dan CANTIK kan kan? 

Bagi saya sihat perlu diutamakan terlebih dahulu kerana bila badan sihat, kita ada tenaga dan boleh menggerakkan diri untuk jadi cantik. dan selalunya orang yang sihat ni cantik.

Sihat tubuh badan, boleh bergerak dan melakukan aktiviti seharian dgn baik. Sihat la tu..kulit yang cantik, badan yang bertenaga dan hati yang gembira. 

Cantik ni subjektif. ada kata si A ni cantik ada yang kata tak. Ada hidung, mata, telinga, mulut, tangan kaki cukup sifat semua tu cantik la kan...Apapun setiap manusia tu ada kebihan dan kekurangan sendiri. Paling penting adalah cantik dalaman, cantik disisi Allah SWT. cantik akhlak dan budi bicara..kalau dah berkahwin cantik pada pandangan suami dan aling penting pandangan diri sendiri!


ok lah meh saya nak share tip sihat dan cantik.check it out!

1) Senaman membina peribadi positif 

Bersenam akan meningkatkan hormon endorfin yang membantu anda mengurangkan tekanan. Dengan bersenam, risiko untuk mendapat penyakit kronik juga akan berkurangan. 

Di samping itu, bersenam akan membantu pengaliran darah yang lebih lancar ke permukaan kulit yang menyebabkan kulit mendapat oksigen secukupnya. 

Hasilnya, kulit lebih cantik dan berseri-seri. Bonus yang lain, berat badan ideal akan dikecapi sepanjang hayat. 


 2) Merokok menambah usia wajah anda

Tar dan nikotin dalam rokok bukan sahaja akan memberikan kesan buruk kepada paru-paru anda, malah ia mengakibatkan kulit berkedut dan kendur. Setiap kali anda menghisap sebatang rokok, bahan-bahan kimia merbahaya tersebut akan memusnahkan kapilari darah halus yang mengelakkan oksigen dan nutrien dalam darah menghampiri kulit anda. 

 3) Makanan berlemak akan menghantui anda di usia tua 

Walaupun berat badan anda tidak bertambah sepanjang anda menikmati makanan berlemak, kesannya akan lebih ketara apabila usia anda meningkat. Ini kerana lemak tepu yang biasanya melekat pada salur darah akan meningkat dengan meningkatnya usia anda. 

Penyelidikan telah membuktikan lebih 90% penyakit jantung dapat dielakkan jika anda mengamalkan pemakanan sihat sejak dari usia muda. 


 4) Perkembangan tulang wanita akan berhenti pada usia 35 tahun 

Siapa kata hanya kanak-kanak sahaja yang memerlukan susu untuk tulang yang sihat dan kuat. Sebagai wanita, penjagaan tulang anda sama penting dengan penjagaan wajah. Pengambilan harian kalsium dan vitamin D di usia 20-an dan 30-an sangat penting untuk mengelakkan keretakan tulang akibat tulang reput. 

Jika susah untuk anda komited pada pengambilan susu setiap hari, multivitamin dengan kandungan kandungan kalsium dan vitamin D juga memadai. Amalkan juga senaman seperti joging untuk menguatkan tulang. 


 5) Sayangi diri anda lebih dari orang lain

Sebagai isteri dan WAHM, saya sering meletakkan keperluan suami dan anak sebagai perkara utama. Situasi ini tidak salah, tetapi keperluan peribadi juga sangat penting untuk kesihatan anda. Keperluan peribadi yang dimaksudkan adalah seperti rehat yang mencukupi, bersenam dan masa untuk melakukan hobi anda. Ketiga-tiga perkara ini akan mengelakkan stres dalam hidup anda sehari-hari. 

Jangan cuba untuk menjadi “superwoman” yang boleh melakukan semua perkara. Belajar untuk katakan TIDAK pada perkara-perkara remeh yang boleh mencuri masa santai anda. 

Sokongan dan bantuan suami amat penting untuk anda merealitikan masa berkualiti untuk diri sendiri. 



last but not least..love yourself..love your dreams..because you are woth it :D

Ada tips lagi nak tambah? silakan..let's share.sharing is caring~~

~Aisyah~
Ummi Ammar Arif


Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenali tujuh jenis kelas makanan

Ketahui 7 jenis kelas makanan..rasanya dulu dah tau da time belajar tapi jom kita buat revision sikit yee...
1) KARBOHIDRAT
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen
Fungsi: membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk membolehkan kita membuat kerja serta menjalan segala aktiviti fizikal.sumber tenaga untuk proses fisiologi seperti pertumbuhan dan pembiakanmembantu mengelakkan suhu badan melalui pengoksidaan karbohidrat dalam proses respirasiKesan kekurangan: tubuh badan jadi lemahkurang tenagapertumbuhan tubuh badan terbantutContoh makanan:  Nasi, roti,ubi kentang,pisang,gula,ubi kayu

Penting tuam bayi lelaki

Masa berpantang dulu, mak mertua cukup bising dan sentiasa berpesan,
 "Jangan lupa tuam anak tu cah.budak lelaki senang masuk angin.susah nanti kau nak jaga.."
Ha gitu lah bunyi pesanan nya..ye lah nampak remeh tapi kalau tak buat teruk jadinya. Saya pun rasa malas jugak sebenarnye.hehe..tapi pesan orang tua ni kena la ikut kan. Mana yang patut kita ikut lah..lagipun benda dah ada..ada dah beli siap-siap masa pregnant dlu.
Ni contoh tuam yang boleh digunakan. Mula-mula tu pakai ni pastu tak tahu cara nak guna pergi bakar atas lilin hitam lah jadi nya..haha..senang rupenye panaskan atas iron pastu rasa lah dulu kat tangan. Nanti ada pula yang melecur kan..So cari dekat en google je lah..
Oh akhirnya kan apa yang mak mertua aku cadang..gunakan kain sapu tangan dan panaskan pada iron. Sama lah teknik nya. Rasa dulu kepanasan dia baru tuam kan pada bayi tau.
Masa mula-mula pantang kat rumah mama dulu..mama tuam guna daun mengkudu yang dilayurkan.pun boleh jugak. tapi leceh sket…

16 Kebaikan Ostematrix untuk ibu menyusu dan ibu berpantang

Bila sebut kalsium je mesti kita ingat yang perlukan tu adalah kanak-kanak sebab untuk tumbesaran atau untuk orang tua untuk elak dari osteporosis. Jadi kita yang dewasa dan pertengahan ni tak perlu ke? jangan camtu ye...
Kalsium penting untuk pembinaan tulang, gigi, sel darah dan sebagainya, menjadikan ia adalah kandungan mineral terbesar dalam tubuh kita – kira 21.5 % daripada berat badan kita, banyak kan?

Kita memerlukan kalsium setiap hari… Sebabnya kita kehilangan kalsium setiap hari…Terutama orang perempuan kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopous. Secara purata seorang dewasa kehilangan 400-600 mg kalsium setiap hari… Oleh itu setiap hari, secara purata kita perlukan 1000 mg kalsium. 
Kalsium amat penting kepada ibu yang menyusu dalam menyalurkan kalsium yang bermutu pada anak yang menyusu dan juga mengelakkan kekurangan kalsium dalam tubuh kerana 99% tubuh kita terdiri daripada kalsium. Rambut, kuku, tulang, gigi, dan hanya 1% sahaja kalsium dalam darah.