Skip to main content

Petua Mendidik Anak Kecil Berkongsi

Hari ni rasa nak sharing something which is important for me..ye la kan..kita ni sebagai parent kena belajar.kursus kahwin tu mmg la tak cukup..ehe..da jadi parent ni kena belajar dan belajar 

yang belum kahwin pun boleh dan kena belajar lagi bagus, bila da ada anak nanti penuh da ha ilmu didada..kan kan...satu lagi cara boleh bertanya dengan orang yg lebih dulu makan garam a.k.a mak ayah kita..

Anak saya? Memang la baru sorang..insyaallah ada rezeki tak ke mana kan...sabar dulu..ummi nak timba ilmu nih..:D 

Sebab tu kena la belajar dari sekarang..ni ada google2..macam biasa google je semua..nak cari yang BAIK baiklah kita dapat...em macam hari ni saya rasa nak share petua mendidik anak kecil berkongsi. mesti pening kan bila tgk bdk2 ni berebut..em for me yg selalu nampak berebut ni anak buah la..belah suami ada 2 orang je..so xde la pening sgt ha..

keluarga kecilku yg bahagia~ 

Eh tiba2 berkenalan dgn family saya kan..ni belah mertua..ada 2 orang je baru org kecil..hee~

Ok2 fokus pada tajuk kita tadi, petua mendidik anak kecil berkongsi antaranya:-

Sumber dari Ibu Bapa Cemerlang

Tunjukkan contoh teladan

Pendidikan melalui contoh teladan adalah yang terbaik. Untuk mengajar anak berkongsi, maka ibu bapa perlu mempamerkan tingkah laku perkongsian itu di hadapan anak-anak. Terdapat banyak perkara yang boleh dikongsikan dengan ahli keluarga kita setiap hari, dan apabila kita berbuat demikian, serlahkan tindakan berkongsi itu di hadapan anak-anak supaya mereka boleh melihat.

Penghargaan dan galakan

Kita perlu membuat anak mahu, ingin dan suka berkongsi. Salah satu cara untuk memberi inspirasi kepada tingkah laku ini ialah dengan memberi penghargaan. Berikan penghargaan setiap kali kita dapati anak boleh berkongsi barangnya dengan orang lain.

“Mama lihat Nana kongsi bermain anak patung kesayangan Nana dengan Alia tadi. Mama gembira tengok Nana dan Alia boleh bermain bersama-sama dengan baik.”

Berkomunikasi

Apabila anak-anak tidak mahu berkongsi, mungkin ada sesuatu yang berlaku di sebalik itu.  Berikan peluang untuk mereka menjelaskan sebab dan mengapa mereka tidak mahu berkongsi harta benda mereka dengan rakan sebaya.

“Nana bukan tak nak kongsi anak patung ini dengan Alia. Dulu Alia dah rosakkan anak patung Nana. Anak patung yang ni Nana sayang sangat. Nana takut Alia akan rosakkan lagi.”

Ambil masa untuk berbincang dan memberitahu mengapa perkongsian adalah penting dan adalah satu perkara yang baik untuk dilakukan.

“Mama faham Nana takut Alia rosakkan anak patung kesayangan Nana ni.”

“Tapi Alia tentu sedih kalau Nana tak bagi dia main, mama.”

“Mama tahu Nana tak suka tengok kawan baik Nana sedihkan..”

“Ya mama.. mungkin Nana boleh ajar Alia cara pegang anak patung ni dengan betul atau Nana simpan aje anak patung ni dan main benda lain dengan Alia.”

“Nana buat keputusan. Mama yakin Alia tentu suka bermain dengan Nana.”

Bersabar

Belajar berkongsi tidak berlaku dalam sekelip mata. Ada fasa dalam tahap perkembangan kanak-kanak yang mana mereka menjadi terlalu posesif dan tidak suka berkongsi. Ketika menghadapi fasa ini, kita hendaklah bersabar, bersikap positif dan terus berusaha untuk mendidik dan memupuk semangat perkongsian di jiwa mereka.

Apapun semua ni perlukan latihan tau..teori memang mudah..itu ini..macam kita belajar dlu..ye lah teori..hafal je jwab exam boleh lah..cuba apply..ha..baru terasa cabarannya..

Moga kita semua menjadi ibu bapa yang cemerlang la hendaknya kan..berusaha semua..

Respek sama mak ayah yang da besarkan kami 6 beradik..mama kata 6 orang 6 perangai 6 macam...hehe..terima kasih mak ayah..love u much much...

10 orang cucu nek non :)
raya 1434..tahun lepas ni..masa ni atok ada lagi..ammar dalam perut ni..miss u atok~
raya 1432..masa ni single lagi..ahaha
ok lah..itu dulu lah hari ni..moga kita semua lebih baik dari semalam ye...


:)

~Aisyah~
Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenali tujuh jenis kelas makanan

Ketahui 7 jenis kelas makanan..rasanya dulu dah tau da time belajar tapi jom kita buat revision sikit yee...
1) KARBOHIDRAT
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen
Fungsi: membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk membolehkan kita membuat kerja serta menjalan segala aktiviti fizikal.sumber tenaga untuk proses fisiologi seperti pertumbuhan dan pembiakanmembantu mengelakkan suhu badan melalui pengoksidaan karbohidrat dalam proses respirasiKesan kekurangan: tubuh badan jadi lemahkurang tenagapertumbuhan tubuh badan terbantutContoh makanan:  Nasi, roti,ubi kentang,pisang,gula,ubi kayu

Penting tuam bayi lelaki

Masa berpantang dulu, mak mertua cukup bising dan sentiasa berpesan,
 "Jangan lupa tuam anak tu cah.budak lelaki senang masuk angin.susah nanti kau nak jaga.."
Ha gitu lah bunyi pesanan nya..ye lah nampak remeh tapi kalau tak buat teruk jadinya. Saya pun rasa malas jugak sebenarnye.hehe..tapi pesan orang tua ni kena la ikut kan. Mana yang patut kita ikut lah..lagipun benda dah ada..ada dah beli siap-siap masa pregnant dlu.
Ni contoh tuam yang boleh digunakan. Mula-mula tu pakai ni pastu tak tahu cara nak guna pergi bakar atas lilin hitam lah jadi nya..haha..senang rupenye panaskan atas iron pastu rasa lah dulu kat tangan. Nanti ada pula yang melecur kan..So cari dekat en google je lah..
Oh akhirnya kan apa yang mak mertua aku cadang..gunakan kain sapu tangan dan panaskan pada iron. Sama lah teknik nya. Rasa dulu kepanasan dia baru tuam kan pada bayi tau.
Masa mula-mula pantang kat rumah mama dulu..mama tuam guna daun mengkudu yang dilayurkan.pun boleh jugak. tapi leceh sket…

16 Kebaikan Ostematrix untuk ibu menyusu dan ibu berpantang

Bila sebut kalsium je mesti kita ingat yang perlukan tu adalah kanak-kanak sebab untuk tumbesaran atau untuk orang tua untuk elak dari osteporosis. Jadi kita yang dewasa dan pertengahan ni tak perlu ke? jangan camtu ye...
Kalsium penting untuk pembinaan tulang, gigi, sel darah dan sebagainya, menjadikan ia adalah kandungan mineral terbesar dalam tubuh kita – kira 21.5 % daripada berat badan kita, banyak kan?

Kita memerlukan kalsium setiap hari… Sebabnya kita kehilangan kalsium setiap hari…Terutama orang perempuan kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopous. Secara purata seorang dewasa kehilangan 400-600 mg kalsium setiap hari… Oleh itu setiap hari, secara purata kita perlukan 1000 mg kalsium. 
Kalsium amat penting kepada ibu yang menyusu dalam menyalurkan kalsium yang bermutu pada anak yang menyusu dan juga mengelakkan kekurangan kalsium dalam tubuh kerana 99% tubuh kita terdiri daripada kalsium. Rambut, kuku, tulang, gigi, dan hanya 1% sahaja kalsium dalam darah.