Skip to main content

LIEBSTER AWARD

Assalamualaikum..hai hai~
Aish terjebak jugak saya dalam Liebster Award nih..hihi~
Apapun terima kasih ye sebab sudi tag saya. Since da join kelab Blogger Ben Ashari ni macam-macam aktiviti dah rasa buat di alam maya nih.. 

Orang yang baik hati tag saya adalah mama3farhanah

Ok lah kita straight to the point je k..Peraturan nak join Liebster Award nih..

● mention blogger yang calonkan anda dan letakkan link blog beliau ke dalam post anda.
● jawab 11 soalan yang ditanya oleh beliau
● calonkan 11 blogger lain yang anda tengok followers kurang daripada 1000
● buat 11 soalan untuk ditanya kepada 11 bloggers tersebut
● maklumkan kepada those bloggers

11 soalan yang ditanya pada saya,

1. Nyatakan negeri kelahiran anda?
Pahang

2. Pendidikan tertinggi anda?
Ijazah Perakaunan dari UUM, Sintok

3. Selesa tinggal di kampung atau bandar? Nyatakan sebabnya.
Di Bandar sebab senang nak bergerak banyak infrastuktur. kampung ni best kalau nak pergi sekali sekala ok lah..ehe

4. Ada lesen memandu?
Ada, motor pun ada~

5. Negeri yang belum pernah anda singgah dalam Malaysia?
Sarawak,jauh kot n takde sebab nak ke sana

6. Makanan yang disukai?
Bihun Sup, yang berkuah mmg saya suka :D

7. Apakah warna yang digemari?
Warna Biru

8. Anak ke berapa dalam keluarga?
Saya anak ke-6

9. Lagu yang anda gemari?
Maher zain- insyaallah

10. Kereta idaman anda?
Honda City

11. Apakah nama sekolah rendah anda?
SK Bandar Tun Hussein Onn tahun 1998 saya grad :D

11 Blogger yang bertuah... jeng jeng jeng


ok then sila jawab soalan ni ye,

1. Nyatakan negeri kelahiran anda?
2. Pendidikan tertinggi anda?
3. Selesa tinggal di kampung atau bandar? Nyatakan sebabnya.
4. Apa nama timangan@panggilan anda?
5. Negeri yang belum pernah anda singgah dalam Malaysia?
6. Tempat yang ingin anda pergi?
7. Apakah warna yang digemari?
8. Anak ke berapa dalam keluarga?
9. Lagu yang anda gemari?
10. Kereta idaman anda?
11. Apakah nama sekolah rendah anda?

Salam sihat dan cantik dari saya,

 ~Aisyah~

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenali tujuh jenis kelas makanan

Ketahui 7 jenis kelas makanan..rasanya dulu dah tau da time belajar tapi jom kita buat revision sikit yee...
1) KARBOHIDRAT
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen
Fungsi: membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk membolehkan kita membuat kerja serta menjalan segala aktiviti fizikal.sumber tenaga untuk proses fisiologi seperti pertumbuhan dan pembiakanmembantu mengelakkan suhu badan melalui pengoksidaan karbohidrat dalam proses respirasiKesan kekurangan: tubuh badan jadi lemahkurang tenagapertumbuhan tubuh badan terbantutContoh makanan:  Nasi, roti,ubi kentang,pisang,gula,ubi kayu

Penting tuam bayi lelaki

Masa berpantang dulu, mak mertua cukup bising dan sentiasa berpesan,
 "Jangan lupa tuam anak tu cah.budak lelaki senang masuk angin.susah nanti kau nak jaga.."
Ha gitu lah bunyi pesanan nya..ye lah nampak remeh tapi kalau tak buat teruk jadinya. Saya pun rasa malas jugak sebenarnye.hehe..tapi pesan orang tua ni kena la ikut kan. Mana yang patut kita ikut lah..lagipun benda dah ada..ada dah beli siap-siap masa pregnant dlu.
Ni contoh tuam yang boleh digunakan. Mula-mula tu pakai ni pastu tak tahu cara nak guna pergi bakar atas lilin hitam lah jadi nya..haha..senang rupenye panaskan atas iron pastu rasa lah dulu kat tangan. Nanti ada pula yang melecur kan..So cari dekat en google je lah..
Oh akhirnya kan apa yang mak mertua aku cadang..gunakan kain sapu tangan dan panaskan pada iron. Sama lah teknik nya. Rasa dulu kepanasan dia baru tuam kan pada bayi tau.
Masa mula-mula pantang kat rumah mama dulu..mama tuam guna daun mengkudu yang dilayurkan.pun boleh jugak. tapi leceh sket…

16 Kebaikan Ostematrix untuk ibu menyusu dan ibu berpantang

Bila sebut kalsium je mesti kita ingat yang perlukan tu adalah kanak-kanak sebab untuk tumbesaran atau untuk orang tua untuk elak dari osteporosis. Jadi kita yang dewasa dan pertengahan ni tak perlu ke? jangan camtu ye...
Kalsium penting untuk pembinaan tulang, gigi, sel darah dan sebagainya, menjadikan ia adalah kandungan mineral terbesar dalam tubuh kita – kira 21.5 % daripada berat badan kita, banyak kan?

Kita memerlukan kalsium setiap hari… Sebabnya kita kehilangan kalsium setiap hari…Terutama orang perempuan kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopous. Secara purata seorang dewasa kehilangan 400-600 mg kalsium setiap hari… Oleh itu setiap hari, secara purata kita perlukan 1000 mg kalsium. 
Kalsium amat penting kepada ibu yang menyusu dalam menyalurkan kalsium yang bermutu pada anak yang menyusu dan juga mengelakkan kekurangan kalsium dalam tubuh kerana 99% tubuh kita terdiri daripada kalsium. Rambut, kuku, tulang, gigi, dan hanya 1% sahaja kalsium dalam darah.