Skip to main content

Let's eat Bananana~~

Tajuk je english sebab nak sebut bananana~~

Ala yang macam tv3 tu..ehe..comel betul pengacara bdk2 tu..bila cakap2 je ok tapi bila sebut bananana je mesti nak ade tune dia..agak comel disitu..(^_^)

Hari ni ammar breakfast makan pisang dlu..pastu ummi bagi dia cekodok nasi ikan bilis. then tengah hari makan sup ketam. dia chicken pox ke? eh takde lah..saje je bagi sebab sebab nak bagi lah...untuk imuniti dan persediaan..boleh tak camtu...ha pastu kan yang nak cerita ni..sebab makan banana tu kot dia ari ni membuang sampai dua kali.lawas sungguh anakku ini...minum pulak susu ibu alhamdulillah..

Pisang oh pisang..bananana~ ha gitu bunyi nye..
pisang ni sumber vitamin B6 yang baik tau. Vitamin B6 ni baik untuk ibu hamil sebab dia bantu atasi moning sickness, bg tenaga dan sebagainya. nanti saya cerita panjang lagi tau gizi utk ibu hamil.

Entry kali ni nak sharing khasiat pisang secara am..baik utk semua. :D


Ammar suka sangat pisang ni..dulu blend..sekarang dia dah boleh makan gitu je da ade gigi 4 batang atas bawah da...tapi kena pantau la ye..bila baca-baca lagi kan pisang ni ada banyak lagi khasiat dia selain dari melawaskan, baik untuk mata, jantung dan perkembangan otak. patut la aktif je lepas makan pisang, tak mau tidur.oh anakku :D

Meh kita baca ni..sharing is caring..kan kan~~

Antara Khasiat Dan Manfaat Buah Pisang Untuk Kesihatan

1. Mencegah penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin.

2. Khasit buah pisang yang luar biasa iaitu sebagai pencegah sakit jantung dan stroke kerana kandungan kalium atau potasium dalamnya, jika dalam sehari seseorang mengambil sekurangnya 3 biji pisang, maka sudah cukup untuk mencegah risiko sakit jantung dan stroke.

3. Kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari.

4. Mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan.

5. Orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok, digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur.

6. Seseorang yang berdepan masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu.

7. Menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam. Ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah.

8. Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk.

9. Pisang juga mengandung Fosfor dalam jumlah yang cukup, dan inilah yang membuatkan pisang bermanfaat dalam perkembangan otak dan kemampuan akal, seperti kecerdasan, berpikir dan menghafal.

10. Pisang juga bermanfaat dalam perlindungan dan pencegahan gigi daripada kerosakan. Dan juga pisang bermanfaat untuk radang mulut dan gusi, kerana ia mengandungi fluoride, yaitu suatu zat penyeteril.

11. Buah Pisang berguna untuk memperbaiki penglihatan dan mencegah timbulnya penyakit mata dan penglihatan, kerana ia mengandung vitamin A dalam jumlah yang cukup.

12. Kesihatan saluran pencernaan. Kandungan serat yang dimiliki pisang dapat membantu mengatur sistem pencernaan tubuh serta mempertahankan gerakan usus tetap teratur. Kandungan pectin pada buah pisang mampu mencegah sembelit.

13. Khasiat buah pisang dapat mencegah terjadinya batu karang. Pisang mengandung vitamin B 6 dan Potasium, kekurangan vitamin B6 dan potasium menyebabkan pembentukan batu karang.

14. Khasiat buah pisang menurunkan tekanan darah tinggi. Pisang dapat meneutralkan tekanan darah tinggi, kadar kalium yang cukup tinggi dari buah pisang dapat membantu mencegah tekanan darah tinggi.

15. Buah pisang sumber tenaga. Ketika memakan buah pisang kita akan lebih cepat kenyang, hal ini kerana buah pisang kaya dengan kandungan karbohidrat serat, karbohidrat inilah yang dapat menambah tenaga bagi tubuh badan kita. 

16. Gizi tinggi untuk ibu hamil. Wanita yang sedang hamil dianjurkan untuk memakan pisang, buah pisang mengandungi asam folat tinggi yang penting bagi kesempurnaan janin. Pisang akan membantu pembentukan sel-sel baru dan mencegah terjadinya cacat saat kelahiran bayi tersebut.

17. Membuat perasaan baik dan tenang. Percaya atau tidak pisang memiliki pengaruh dalam meningkatkan mood anda. Kandungan neurotransmitter pada buah ini dapat membantu anda merasa tenang dan menstabilkan suasana hati (mood) secara alami.


Ha banyakkan khasiat pisang ni rupenye...lagi-lagi untuk ibu hamil tu elok sangat lah makan pisang ni..kan kan...Kiranye pisang ni sumber vitamin B6 yang baik lah kan...ada banyak lagi tau sumber vitamin B6 ni seperti avocado, bayam, kentang, sawi, brocoli dan byk lagi lah...nanti saya cerita detail tentang apa lagi makanan yang ada vitamin B6 ni tau tau :D

Saya pun suke dapatkan khasiat dari makanan yang asal..so kita ada komitmen utk makan kan kan..tapi kadang2 masa tak sempat..nak pastikan setiap hari ckup gizi yang sepatutnya kita dapat..so bagaimana kan??

Meh saya tolong ye..Boleh cuba ambil vitamin B-Complex dari SHAKLEE nih..bukan sekadar B6..8 jenis Vitamin B ada tau...nak B6 tapi dapat lagi BONUS yang lain plus asid folic lagi.wow..best kan best kan :)
Spektrum B Penuh dan Seimbang
  • B Complex Shaklee menawarkan kesemua lapan jenis vitamin B untuk mengekalkan kesihatan yang sempurna.
  • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu tubuh memetabolismekan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga*
  • Asid folik dan B12 menyokong pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh
  • Paras asid folik yang mencukupi dalam diet dapat mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang untuk hamil, sebelum hamil dan dalam 12 minggu pertama kehamilan dengan dos harian sebanyak 400 mcg*
  • Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Em ok lah...sekian saje entry pisang dari saya...jom jom kita sihat cantik~

~Aisyah~
017-3468802
SID anda semua
COD area Bandar Tun Hussein Onn, Cheras Perdana, Taman Segar dan berdekatan
Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenali tujuh jenis kelas makanan

Ketahui 7 jenis kelas makanan..rasanya dulu dah tau da time belajar tapi jom kita buat revision sikit yee...
1) KARBOHIDRAT
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen
Fungsi: membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk membolehkan kita membuat kerja serta menjalan segala aktiviti fizikal.sumber tenaga untuk proses fisiologi seperti pertumbuhan dan pembiakanmembantu mengelakkan suhu badan melalui pengoksidaan karbohidrat dalam proses respirasiKesan kekurangan: tubuh badan jadi lemahkurang tenagapertumbuhan tubuh badan terbantutContoh makanan:  Nasi, roti,ubi kentang,pisang,gula,ubi kayu

Penting tuam bayi lelaki

Masa berpantang dulu, mak mertua cukup bising dan sentiasa berpesan,
 "Jangan lupa tuam anak tu cah.budak lelaki senang masuk angin.susah nanti kau nak jaga.."
Ha gitu lah bunyi pesanan nya..ye lah nampak remeh tapi kalau tak buat teruk jadinya. Saya pun rasa malas jugak sebenarnye.hehe..tapi pesan orang tua ni kena la ikut kan. Mana yang patut kita ikut lah..lagipun benda dah ada..ada dah beli siap-siap masa pregnant dlu.
Ni contoh tuam yang boleh digunakan. Mula-mula tu pakai ni pastu tak tahu cara nak guna pergi bakar atas lilin hitam lah jadi nya..haha..senang rupenye panaskan atas iron pastu rasa lah dulu kat tangan. Nanti ada pula yang melecur kan..So cari dekat en google je lah..
Oh akhirnya kan apa yang mak mertua aku cadang..gunakan kain sapu tangan dan panaskan pada iron. Sama lah teknik nya. Rasa dulu kepanasan dia baru tuam kan pada bayi tau.
Masa mula-mula pantang kat rumah mama dulu..mama tuam guna daun mengkudu yang dilayurkan.pun boleh jugak. tapi leceh sket…

16 Kebaikan Ostematrix untuk ibu menyusu dan ibu berpantang

Bila sebut kalsium je mesti kita ingat yang perlukan tu adalah kanak-kanak sebab untuk tumbesaran atau untuk orang tua untuk elak dari osteporosis. Jadi kita yang dewasa dan pertengahan ni tak perlu ke? jangan camtu ye...
Kalsium penting untuk pembinaan tulang, gigi, sel darah dan sebagainya, menjadikan ia adalah kandungan mineral terbesar dalam tubuh kita – kira 21.5 % daripada berat badan kita, banyak kan?

Kita memerlukan kalsium setiap hari… Sebabnya kita kehilangan kalsium setiap hari…Terutama orang perempuan kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopous. Secara purata seorang dewasa kehilangan 400-600 mg kalsium setiap hari… Oleh itu setiap hari, secara purata kita perlukan 1000 mg kalsium. 
Kalsium amat penting kepada ibu yang menyusu dalam menyalurkan kalsium yang bermutu pada anak yang menyusu dan juga mengelakkan kekurangan kalsium dalam tubuh kerana 99% tubuh kita terdiri daripada kalsium. Rambut, kuku, tulang, gigi, dan hanya 1% sahaja kalsium dalam darah.