Skip to main content

Lempeng Nasi UAA

Assalamualaikum..buat apa tu? ke ada yg sambung cuti..ye lah esok Hari Malaysia pulak kan..boleh la cuti panjang sikit..kan kan...ha boleh la cuba resepi lempeng nasi yang super mudah nih..saya pun dapat ilham sebab ada nasi lebih..tapi tak pasti jugak camne n terus la google..

Ha see tak tahu cari kan..tak de alasan tak tahu masak lagi..dari yg senang hingga ke complicated sume pun ade..google je babe..nak goreng pisang pun bole la nk google..aahahaa...

No excuse..! kan kan...

Lempeng ni saya bagi kat ammar makan jugak tau..tapi ammar makan dgn kurma yang direndam n di blend..sedap tau..serius..cuba2...jangan tak cuba..em ok lah..ni dia resepi dia..

Lempeng Nasi
Sumber : matgebu@tiffinbiru.com

Bahan-bahan
2 cawan nasi sejuk (nasi semalam) - kalau x de nasi smlm nasi baru pun ok gak..
3 cawan air
1 1/4 cawan tepung gandum
Garam secukup rasa (ni sy buh sikit sgt..setengah cubit..haa...sebab nak kasi ammar gak kan)
2 camca besar minyak masak @ minyak zaitun (saya guna minyak zaitun..baik utk kesihatan..:D)
Kuah kari atau sambal tumis sebagai pencicah

Cara-cara
1. Kisar nasi tadi bersama air, kemudian masukkan tepung, garam secukup rasa dan minyak masak.
2. Kisar lagi hingga rata dan sebati. Tuang dalam bekas dan biarkan sekejap.
3. Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak. Ambil 1/3 cawan adunan lempeng, tuang ditengah2 pan, tuang perlahan dan biar ia merata sendiri. Masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng nampak pucat dan berlobang2.

Berhati2 terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga perang keemasan. Angkat dan laku kaedah sama untuk baki adunan, hingga siap. Hidangkan bersama kuah kari atau sambal tumis.

Ha senang je kan...Selamat mencuba.


Ni lempeng nasi version UAA :)

Sedap babe..da sejuk pun lembut je...jom jom masak sendiri~

~Aisyah~
Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenali tujuh jenis kelas makanan

Ketahui 7 jenis kelas makanan..rasanya dulu dah tau da time belajar tapi jom kita buat revision sikit yee...
1) KARBOHIDRAT
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen
Fungsi: membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk membolehkan kita membuat kerja serta menjalan segala aktiviti fizikal.sumber tenaga untuk proses fisiologi seperti pertumbuhan dan pembiakanmembantu mengelakkan suhu badan melalui pengoksidaan karbohidrat dalam proses respirasiKesan kekurangan: tubuh badan jadi lemahkurang tenagapertumbuhan tubuh badan terbantutContoh makanan:  Nasi, roti,ubi kentang,pisang,gula,ubi kayu

Penting tuam bayi lelaki

Masa berpantang dulu, mak mertua cukup bising dan sentiasa berpesan,
 "Jangan lupa tuam anak tu cah.budak lelaki senang masuk angin.susah nanti kau nak jaga.."
Ha gitu lah bunyi pesanan nya..ye lah nampak remeh tapi kalau tak buat teruk jadinya. Saya pun rasa malas jugak sebenarnye.hehe..tapi pesan orang tua ni kena la ikut kan. Mana yang patut kita ikut lah..lagipun benda dah ada..ada dah beli siap-siap masa pregnant dlu.
Ni contoh tuam yang boleh digunakan. Mula-mula tu pakai ni pastu tak tahu cara nak guna pergi bakar atas lilin hitam lah jadi nya..haha..senang rupenye panaskan atas iron pastu rasa lah dulu kat tangan. Nanti ada pula yang melecur kan..So cari dekat en google je lah..
Oh akhirnya kan apa yang mak mertua aku cadang..gunakan kain sapu tangan dan panaskan pada iron. Sama lah teknik nya. Rasa dulu kepanasan dia baru tuam kan pada bayi tau.
Masa mula-mula pantang kat rumah mama dulu..mama tuam guna daun mengkudu yang dilayurkan.pun boleh jugak. tapi leceh sket…

16 Kebaikan Ostematrix untuk ibu menyusu dan ibu berpantang

Bila sebut kalsium je mesti kita ingat yang perlukan tu adalah kanak-kanak sebab untuk tumbesaran atau untuk orang tua untuk elak dari osteporosis. Jadi kita yang dewasa dan pertengahan ni tak perlu ke? jangan camtu ye...
Kalsium penting untuk pembinaan tulang, gigi, sel darah dan sebagainya, menjadikan ia adalah kandungan mineral terbesar dalam tubuh kita – kira 21.5 % daripada berat badan kita, banyak kan?

Kita memerlukan kalsium setiap hari… Sebabnya kita kehilangan kalsium setiap hari…Terutama orang perempuan kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopous. Secara purata seorang dewasa kehilangan 400-600 mg kalsium setiap hari… Oleh itu setiap hari, secara purata kita perlukan 1000 mg kalsium. 
Kalsium amat penting kepada ibu yang menyusu dalam menyalurkan kalsium yang bermutu pada anak yang menyusu dan juga mengelakkan kekurangan kalsium dalam tubuh kerana 99% tubuh kita terdiri daripada kalsium. Rambut, kuku, tulang, gigi, dan hanya 1% sahaja kalsium dalam darah.