Skip to main content

Donut Gebu UAA

Assalamualaikum..hai hai..hari ni rasa nak share resepi donut..well rasa ramai kot da tahu buat ni..saya je ke baru nak tau buat ni..ahaha..tapi tetap excited ok nak share dgn semua..mane la tau ade yang tak tahu lagi kan..since hari ni hari jumaat kan..elok la kite sedekah..sedekah ni banyak cara, kalau tak boleh dari segi wang, kita boleh bagi tenaga, masa, ilmu dan sebagainya dimana apa-apa yang memberi manfaat pada semua..ha gitu lah dia~~

hari ni saya nak sedekah ilmu..ilmu nak buat donut yg gebu..sharing is caring..kan kan.. (^_^)

Meh sediakan bahan-bahannya ye

Resepi asal: FB Rosnie Rose
Dicuba oleh: Ummi Ammar Arif

BAHAN A
4Cwn tpg gandum
3 SB marjerin
3 SB gula halus
1 ST garam
1 BJ telor
3 SB susu pekat

BAHAN B
1 Bungkus yis 11 gm
1 Cwn air suam
1 SK gula
BHN ni campur n kacau ckit
Biar 10 mnt @ hgga yis berbuih

Ok cara-caranya baca lagi ek seterusnya,

Campur bahan A...Ramas2 jd mcm serbuk..excited ok campur2 ramas je pakai tangan..jadi la begini rupanya bahan A.

Bahan A 
Campur bahan B pula..ha gitu la rupenye bile dia dah berbuih..yis ni ada bau sikit rupenye..haha nampak sangat first time buka plastik mauripan tu kan..xpe2 kita belajar kan~

Bahan B
Lepas tu campur bahan A dan bahan B.Uli sampai doh tak lekat di tangan. yang ni tak sempat nak ambil gambar,tangan tengah lekit2 kot..ok xpe..next~

Perap dlm micwave tanpa on kan ye atau bungkus dlm plastik dlm sejam gak..saya letak dalam microwave..mak oi terkejut dia naik jadi camni tau..

doh yg gemuk dan pnuh angin
Bila doh naik tumbuk doh utk kuarkn angin. jangan lebih-lebih pulak tumbuk..hehe
lepas di buangkan angin
Buat la apa bentuk yg anda suka..tak payah nak perap utk kali kedua sebab masa kita bentuk tu doh dah sedia naik

nampak tak cubaan buat huruf UAA...stand for ummi ammar arif :p
ok-ok serius..suka hati je bentukkan..ada besar ada kecil.yang kecil tu untuk ammar lah..senang dia nak pegang.kan kan..


Then goreng dengan api sederhana je sampai kekuningan
Ok siap ...taraaa...ni lah hasilnya...

Donut Gebu UAA
Untuk penyimpanan, saya goreng separuh masak then biar dia sejuk jap n masuk terus dalam freezer. hari ni goreng lagi..masih sedap dan gebu tau..yummy..rasa nak goreng lagi la pulak kan..hehe

Masih tetap gebu ..ehehe
Ammar Arif punya ummi tak letak gula ye sayang..nampak tak lagi putih tu sebab gula di blend lagi halus..so ikot selera masing2 lah kehalusan gula tu..ok senang kan..so apa lagi..sediakan bahan-bahan dan buat yee..

Selamat Mencuba..selamat mendonut :D

~Aisyah~
Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenali tujuh jenis kelas makanan

Ketahui 7 jenis kelas makanan..rasanya dulu dah tau da time belajar tapi jom kita buat revision sikit yee...
1) KARBOHIDRAT
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen
Fungsi: membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk membolehkan kita membuat kerja serta menjalan segala aktiviti fizikal.sumber tenaga untuk proses fisiologi seperti pertumbuhan dan pembiakanmembantu mengelakkan suhu badan melalui pengoksidaan karbohidrat dalam proses respirasiKesan kekurangan: tubuh badan jadi lemahkurang tenagapertumbuhan tubuh badan terbantutContoh makanan:  Nasi, roti,ubi kentang,pisang,gula,ubi kayu

Penting tuam bayi lelaki

Masa berpantang dulu, mak mertua cukup bising dan sentiasa berpesan,
 "Jangan lupa tuam anak tu cah.budak lelaki senang masuk angin.susah nanti kau nak jaga.."
Ha gitu lah bunyi pesanan nya..ye lah nampak remeh tapi kalau tak buat teruk jadinya. Saya pun rasa malas jugak sebenarnye.hehe..tapi pesan orang tua ni kena la ikut kan. Mana yang patut kita ikut lah..lagipun benda dah ada..ada dah beli siap-siap masa pregnant dlu.
Ni contoh tuam yang boleh digunakan. Mula-mula tu pakai ni pastu tak tahu cara nak guna pergi bakar atas lilin hitam lah jadi nya..haha..senang rupenye panaskan atas iron pastu rasa lah dulu kat tangan. Nanti ada pula yang melecur kan..So cari dekat en google je lah..
Oh akhirnya kan apa yang mak mertua aku cadang..gunakan kain sapu tangan dan panaskan pada iron. Sama lah teknik nya. Rasa dulu kepanasan dia baru tuam kan pada bayi tau.
Masa mula-mula pantang kat rumah mama dulu..mama tuam guna daun mengkudu yang dilayurkan.pun boleh jugak. tapi leceh sket…

16 Kebaikan Ostematrix untuk ibu menyusu dan ibu berpantang

Bila sebut kalsium je mesti kita ingat yang perlukan tu adalah kanak-kanak sebab untuk tumbesaran atau untuk orang tua untuk elak dari osteporosis. Jadi kita yang dewasa dan pertengahan ni tak perlu ke? jangan camtu ye...
Kalsium penting untuk pembinaan tulang, gigi, sel darah dan sebagainya, menjadikan ia adalah kandungan mineral terbesar dalam tubuh kita – kira 21.5 % daripada berat badan kita, banyak kan?

Kita memerlukan kalsium setiap hari… Sebabnya kita kehilangan kalsium setiap hari…Terutama orang perempuan kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopous. Secara purata seorang dewasa kehilangan 400-600 mg kalsium setiap hari… Oleh itu setiap hari, secara purata kita perlukan 1000 mg kalsium. 
Kalsium amat penting kepada ibu yang menyusu dalam menyalurkan kalsium yang bermutu pada anak yang menyusu dan juga mengelakkan kekurangan kalsium dalam tubuh kerana 99% tubuh kita terdiri daripada kalsium. Rambut, kuku, tulang, gigi, dan hanya 1% sahaja kalsium dalam darah.