Skip to main content

Penting tuam bayi lelaki

Masa berpantang dulu, mak mertua cukup bising dan sentiasa berpesan,

 "Jangan lupa tuam anak tu cah.budak lelaki senang masuk angin.susah nanti kau nak jaga.."

Ha gitu lah bunyi pesanan nya..ye lah nampak remeh tapi kalau tak buat teruk jadinya. Saya pun rasa malas jugak sebenarnye.hehe..tapi pesan orang tua ni kena la ikut kan. Mana yang patut kita ikut lah..lagipun benda dah ada..ada dah beli siap-siap masa pregnant dlu.

gambar hiasan
Ni contoh tuam yang boleh digunakan. Mula-mula tu pakai ni pastu tak tahu cara nak guna pergi bakar atas lilin hitam lah jadi nya..haha..senang rupenye panaskan atas iron pastu rasa lah dulu kat tangan. Nanti ada pula yang melecur kan..So cari dekat en google je lah..

Oh akhirnya kan apa yang mak mertua aku cadang..gunakan kain sapu tangan dan panaskan pada iron. Sama lah teknik nya. Rasa dulu kepanasan dia baru tuam kan pada bayi tau.

Masa mula-mula pantang kat rumah mama dulu..mama tuam guna daun mengkudu yang dilayurkan.pun boleh jugak. tapi leceh sket cara nih...

Eceh ye je pesan..ye lah da jadi mak ni kena la rajin.kan kan..Ni ada jumpa artikel berkenaan tuam alat kelamin bayi lelaki..baru tahu kan..mak pesan tak nak dengar..ehe..em ok lah jom jom baca.

Selepas mandi, biasanya alat kelamin bayi lelaki akan dituam. Alasannya ialah untuk mengelakkan daripada penyakit angin pasang.

Angin pasang berlaku dalam keadaan apabila berlaku penonjolan keluar organ atau tisu atau isi suatu rongga melalui bukaan otot (lubang) yang lemah pada bahagian abdomen. Dinding abdomen yang lemah itu kemudiannya membentuk suatu kantung dengan bukaan berbentuk seperti cincin.

Gangguan ini sering terjadi pada kawasan perut dan yang keluar ialah bahagian dalaman perut seperti usus kecil, usus besar atau lapisan lemak yang menyelaputi kedua-dua usus ini.

Bagi kanak-kanak yang belum mencapai usia satu tahun, biasanya pembedahan tidak digalakkan kerana diharapkan agar lubang tertutup sendiri apabila dia membesar. Namun, jika setelah berusia setahun, lubang masih terbuka, pembedahan akan dilakukan untuk mengelakkan lubang bertambah besar.

Masalah ini lebih banyak dideritai oleh lelaki berbanding perempuan. Atas alasan inilah alat kelamin anak lelaki dituam ketika dalam pantang. 

Biasanya bahagian sekitar:-
  • perut
  • pusat
  • ari-ari dan 
  • bawah kemaluan bayi lelaki 

akan dituam selepas mandi.

Antara bahan yang biasa digunakan untuk menuam ialah menggunakan punjut dan daun-daun herba. 

Bahan-bahan yang dimasukkan kedalam punjut adalah jintan hitam, lada hitam, biji sawi, pasir, halba. Bahan-bahan ini biasanya dipanaskan terlebih dahulu dan dibiarkan suam sebelum digunakan. Ada yang menggunakan hanya satu jenis. 

Manakala daun-daun herba yang sering digunakan untuk menuam adalah daun sirih, daun kecubung dan daun mengkudu. Daun-daun ini biasanya dilayur terlebih dahulu sebelum digunakan. 


Sumber : karangkraf.com 

So mama jangan lupa tau tuam baby tu..lagi-lagi budak lelaki lagi kena jaga.cewah pesan kat orang pulak kan..hee

jangan lupe tuam saya tau...

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenali tujuh jenis kelas makanan

Ketahui 7 jenis kelas makanan..rasanya dulu dah tau da time belajar tapi jom kita buat revision sikit yee...
1) KARBOHIDRAT
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen
Fungsi: membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk membolehkan kita membuat kerja serta menjalan segala aktiviti fizikal.sumber tenaga untuk proses fisiologi seperti pertumbuhan dan pembiakanmembantu mengelakkan suhu badan melalui pengoksidaan karbohidrat dalam proses respirasiKesan kekurangan: tubuh badan jadi lemahkurang tenagapertumbuhan tubuh badan terbantutContoh makanan:  Nasi, roti,ubi kentang,pisang,gula,ubi kayu

16 Kebaikan Ostematrix untuk ibu menyusu dan ibu berpantang

Bila sebut kalsium je mesti kita ingat yang perlukan tu adalah kanak-kanak sebab untuk tumbesaran atau untuk orang tua untuk elak dari osteporosis. Jadi kita yang dewasa dan pertengahan ni tak perlu ke? jangan camtu ye...
Kalsium penting untuk pembinaan tulang, gigi, sel darah dan sebagainya, menjadikan ia adalah kandungan mineral terbesar dalam tubuh kita – kira 21.5 % daripada berat badan kita, banyak kan?

Kita memerlukan kalsium setiap hari… Sebabnya kita kehilangan kalsium setiap hari…Terutama orang perempuan kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopous. Secara purata seorang dewasa kehilangan 400-600 mg kalsium setiap hari… Oleh itu setiap hari, secara purata kita perlukan 1000 mg kalsium. 
Kalsium amat penting kepada ibu yang menyusu dalam menyalurkan kalsium yang bermutu pada anak yang menyusu dan juga mengelakkan kekurangan kalsium dalam tubuh kerana 99% tubuh kita terdiri daripada kalsium. Rambut, kuku, tulang, gigi, dan hanya 1% sahaja kalsium dalam darah.