Skip to main content

Herbal Blend 'Cream Ajaib'

Hai...Peh kemain tajuk kita hari ni kan..Herbal Blend. Ye memang ajaib tau. Memang saya ada pakai HB ni sebelum tidur sebagai lotion harian. Sapu kat tumit yang kasar tu..lembut sket dah jadinya.

Masa ammar 4 bulan dulu dia kena diaper rash tau.Abis gatal bahagian bawah tu kan.Saya pun cuba sapu dengan HB ni. Mula-mula tu dia nangis jugak pedih la gaknye tapi esok nye da baik dah..! Masa tu tak terfikir nak ambil gambar ke apa sebab dah risau kan..try je lah apply HB ni nasib dah okeh tau..

Tapi ni ada kes lain pulak ha...hari tu kes nye ammar duk menggigit lah masa menyusu. Memang pedih tu..emm..Pastu my friend kata sapu lah dengan HB ni. So kite cuba je lah kan ikhtiar. Lagi memang tahu produk Shaklee ni Selamat tak beracun. Bila dah apply first time tu tak pedih pun.lega pulak rasa bila dah letak HB ni. lepas 2 hari memang betul lah alhamdulillah luka dah kering.Ammar pun boleh minum macam biasa.Syukur..tapi tak boleh la nak tunjuk kan..huhu..

ni lah dia cream ajaib nya..
 Herbal Blend ni banyak lagi kegunaan dia. Antaranya lagi:

1. Merawat eczema dan gatal-gatal digigit serangga
Ini lah antara tujuan asal saya nak beli Herbal Blend pada mulanya sebab bila tidur selalu kena gigit nyamuk. Nyamuk kat rumah tuh memang tak makan saman dah, dia tak heran setakat Ridsect dan yang seumpama dengan nya.. Kesan gigitan nyamuk slalunya susah nak hilang.. Alhamdulillah lepas sapu Herbal Blend nih mmg cpt je hilang bekas-bekas merah gigitan nyamuk..

2. Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah
Tumit kering dan pecah sememangnya menjadi masalah saya sejak dahulu lagi. Pernah cuba macam-macam jenis krim mahal beli kat pharmacy. Tapi, tak berapa nampak hasilnya. Tapi, sekali pakai Herbal Blend, memang puas hati. Lembut je tumit kaki I gituu..

3. Ubat luka / lecur
Boleh guna ganti minyak gamat. Seeloknya ada satu herbal blend dalam rumah, bila ada luka je, cepat baik. Terhiris pisau? Kena cakar kucing? Terkena minyak panas? Semua pun boleh sapu Herbal Blend.. InsyaAllah luka cepat sembuh nanti :)

4. Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu
Memang dah terbukti, bila ada luka pada puting akibat gigitan anak, pedih yang teramat.. Jadi, lepas ni, ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, kena ada herbal blend di sisi. Herbal blend ni sangat natural, jadi jangan risau.. Tiada bahan sintetik dan dijamin selamat..

5. Menghilangkan parut
Kalau ada parut akibat chicken pox atau campak, cuba sapukan herbal blend. InsyaAllah akan pudar dan hilang..

6. Ruam pada baby
Baby sememangnya senang terkena ruam, terutamanya ruam lampin. Baby kan masih kecil, kulit dia baru jer nak sesuai dengan persekitaran. So just sapukan jer Herbal Blend. Herbal Blend nih akan melegakan rasa pedih dan insyaAllah akan merawat ruam. Jangan sapukan krim steroid tau! Kesian kat baby nanti..

 7. Sebagai daily lotion
Supaya tangan sentiasa lembut.. Herbal blend tidak berminyak so sememangnya selesa digunakan :)

Credit to : alinalan.blogspot

Kenapa Herbal Blend menjadi pilihan saya?

Sebab Herbal Blend diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi ! So semestinya ia SELAMAT. baby pun selamat pakai ni apatah lagi kita.That's why I Love SHAKLEE :D

Antara bahan-bahan dalam HB ni adalah:-

Sage

Horse chestnut

Yarrow

Rosemary

Tumbuhan2 ini telah digunakan sejak berzaman untuk kecantikan kulit. Bukan itu saja ia sangat banyak kegunaannya, misalnya horse chesnut digunakan untuk menghilangkan dark circle bawah mata. Rosemary juga dijadikan minyak dan ditambah dalam masakan.

Keistimewaan Herbal Blend ni, ia diperbuat dari tumbuhan, diuji secara klinikal dan yang penting tiada bahan kimia! Tahu tak, krim dan losyen kebanyakannya mengandungi bahan2 berbahaya seperti Paraben dan sebagainya.

Jadi jom bertukar kepada Herbal Blend sebelum merisikokan anak anda dengan carcinogen (penyebab kanser) dari krim lampin dan losyen mereka!

Nak ke..? Meh hubungi saya dan ketahui bagaimana untuk mendapatkannya secara PERCUMA ;)

pm/whatapp 017-3468802 (aisyah)
 FB: Radin Siti Aisyah

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenali tujuh jenis kelas makanan

Ketahui 7 jenis kelas makanan..rasanya dulu dah tau da time belajar tapi jom kita buat revision sikit yee...
1) KARBOHIDRAT
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen
Fungsi: membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk membolehkan kita membuat kerja serta menjalan segala aktiviti fizikal.sumber tenaga untuk proses fisiologi seperti pertumbuhan dan pembiakanmembantu mengelakkan suhu badan melalui pengoksidaan karbohidrat dalam proses respirasiKesan kekurangan: tubuh badan jadi lemahkurang tenagapertumbuhan tubuh badan terbantutContoh makanan:  Nasi, roti,ubi kentang,pisang,gula,ubi kayu

Penting tuam bayi lelaki

Masa berpantang dulu, mak mertua cukup bising dan sentiasa berpesan,
 "Jangan lupa tuam anak tu cah.budak lelaki senang masuk angin.susah nanti kau nak jaga.."
Ha gitu lah bunyi pesanan nya..ye lah nampak remeh tapi kalau tak buat teruk jadinya. Saya pun rasa malas jugak sebenarnye.hehe..tapi pesan orang tua ni kena la ikut kan. Mana yang patut kita ikut lah..lagipun benda dah ada..ada dah beli siap-siap masa pregnant dlu.
Ni contoh tuam yang boleh digunakan. Mula-mula tu pakai ni pastu tak tahu cara nak guna pergi bakar atas lilin hitam lah jadi nya..haha..senang rupenye panaskan atas iron pastu rasa lah dulu kat tangan. Nanti ada pula yang melecur kan..So cari dekat en google je lah..
Oh akhirnya kan apa yang mak mertua aku cadang..gunakan kain sapu tangan dan panaskan pada iron. Sama lah teknik nya. Rasa dulu kepanasan dia baru tuam kan pada bayi tau.
Masa mula-mula pantang kat rumah mama dulu..mama tuam guna daun mengkudu yang dilayurkan.pun boleh jugak. tapi leceh sket…

16 Kebaikan Ostematrix untuk ibu menyusu dan ibu berpantang

Bila sebut kalsium je mesti kita ingat yang perlukan tu adalah kanak-kanak sebab untuk tumbesaran atau untuk orang tua untuk elak dari osteporosis. Jadi kita yang dewasa dan pertengahan ni tak perlu ke? jangan camtu ye...
Kalsium penting untuk pembinaan tulang, gigi, sel darah dan sebagainya, menjadikan ia adalah kandungan mineral terbesar dalam tubuh kita – kira 21.5 % daripada berat badan kita, banyak kan?

Kita memerlukan kalsium setiap hari… Sebabnya kita kehilangan kalsium setiap hari…Terutama orang perempuan kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopous. Secara purata seorang dewasa kehilangan 400-600 mg kalsium setiap hari… Oleh itu setiap hari, secara purata kita perlukan 1000 mg kalsium. 
Kalsium amat penting kepada ibu yang menyusu dalam menyalurkan kalsium yang bermutu pada anak yang menyusu dan juga mengelakkan kekurangan kalsium dalam tubuh kerana 99% tubuh kita terdiri daripada kalsium. Rambut, kuku, tulang, gigi, dan hanya 1% sahaja kalsium dalam darah.