Skip to main content

Bila Si Kecil Sudah Bergigi

Assalamualaikum..hai..hari ni nak cerita tentang GIGI..bukan gigi kita tapi gigi si manja a.k.a gigi susu..yang terdetik nak cari tentang gigi ni alkisah nye. Bos kecil kita ni dah tumbuh gigi..yeahh...tau tak apa fungsi gigi susu nih..boleh la dia nak gigit n kunyah makanan..ummi da mula bagi finger food da.ari tu bagi dia cekodok nasi punya la suka.berlari datang kat ummi..sukenye yeayy...

Baca tanda-tanda bayi anda sudah sedia untuk makan

Suka-suka jugak tapi bila dah menggigit..ehe..(O_o)

Ye la faham je bukan niat dia nak gigit. gigi susu ni fungsi dia sebenarnya kan untuk:

  1. Mengunyah makanan, sekaligus membantu perkembangan tulang dan otot rahang.
  2. Membantu proses perkembangan bicara balita
  3. Membuka jalan, tempat atau ruang untuk pertumbuhan gigi tetap
  4. Mempermanis penampilan si kecil, misalnya saat dia tersenyum
Baby kot hati bersih sebersih kain putih tak de niat pun nak gigit kita kan..ummi dia macam biasa la setiap perkara baru ammar mesti nak ambil gambar. Ha tengok manis je senyum kan..

Ammar kata,"Saya dah ada 2 gigi..sekarang da tumbuh lagi satu kat atas..hee comel tak saya? ,"

punye la susah..gerak2 je budaknye.ehe
Masa ammar mula2 nak tumbuh tu..hairan jugak tengok asyik nak gigit kain je.kain napkin ke, baju,apa2 lah yang dia boleh gigit, jari dia ke..lepas tu banyak air liur keluar. Oh ada lagi satu dia demam tapi tak kuat lah..sekejap je alhamdulillah..

Ni ada lagi tanda yang lain yang aku jumpa dalam en google. Check it out...

Tanda-tanda gigi susu pertama tumbuh
  • Air liur lebih banyak dan sering menitik keluar
  • Menggigit-gigit benda yang agak keras, karena gerahamnya terasa gatal
  • Sering memasukkan jari-jari tangannya ke dalam mulut
  • Bayi terlihat gelisah, tidak duduk diam, atau menjadi mudah marah (sensitif)
  • Gusi bayi terlihat membengkak dan berwana kemerahan, seperti terkena sariawan(sore gums).
  • Nafsu makan turun dan sering susah tidur
  • Ada juga yang pipinya agak membengkak
  • Kadang-kadang, ada yang disertai demam (kalu terdapat gejala seperti demam yang tidak turun-turun selama beberapa hari, atau diare, Yang ni lebih waspada lah ye kalau ada serangan penyakit, misalnya infeksi sistem pencernaan) terus pergi jumpa doktor tau
  • MENGGIGIT JARI....GATAL GUSI.. SELALU MENANGIS AKIBAT SAKIT GUSI.. 
Ok seterusnya ni segan sket nak cerita. tapi sebab sayang nak kongsi ilmu ni dengan semua saya cerita lah jugak ye..huu..camni ammar kan direct feed jadi bila dah ada gigi ni mulalah kan nak gigit nipple ummi..(-__-)  

Sampai luka la jugak dibuatnye..patern dia ni bila da sudah tu dia nak main2..tak sempat ummi nak elak..adeh la hai anak anak...lepas tu apa tau ummi buat..tak sengaja sebenarnya. sebab sakit sangat dah ternangis depan ammar arif. dah sejak tu dia dah tak gigit lagi..ingat nak beli nipple shield tapi takot ammar tak suka pulak. Apapun basic dia kena BERITAHU ANAK JANGAN GIGIT MASA MENYUSU sebab sebenarnya bila dia gigit dia tak menyusu. So apa lagi cara yang boleh buat kan..

Tip elak bayi gigit semasa menyusu

1. Alihkan Bayi
Antara langkah yang boleh anda lakukan bagi mengelakkan gigitan bayi ialah dengan mengalihkannya daripada payu dara secara perlahan-lahan. Sambil itu, anda digalakkan untuk menyatakan perasaan anda akibat perbuatannya.

Berkatalah seperti, “Sayang, jangan gigit mama” atau “Mama sakit” Biarpun ketika itu anda mungkin mempunyai sekelumit rasa marah kerana sakit, namun sebaik-baiknya luahkanlah perasaan anda secara berhemah dan lemah lembut.
Untuk seketika, biarkan bayi berbaring sendirian sebelum anda menyambung semula sesi penyusuan. Dengan cara ini, ia dapat mendidik bayi bahawa jika dia menggigit, dia tidak akan dapat menyusu.

2. Tekapkan Muka
Ketika bayi mula mengetap bibir untuk menggigit, dekatkan mukanya ke arah dalam payu dara. Ini secara tidak langsung akan menyebabkannya sesak nafas lalu mendorong dia untuk menghentikan gigitan supaya dapat bernafas semula.
Sekiranya anda kerap melakukan panduan ini, lama-kelamaan bayi akan mula faham bahawa jika dia menggigit, dia akan mengalami masalah kesukaran bernafas. Dengan yang demikian, diharap bayi akan mengelakkan diri daripada terus menggigit di sesi penyusuan seterusnya.

masa nih da mula nak gigit2 dah tau..


3. Ketahui Punca
Sepatutnya di awal sesi penyusuan, anda sendiri perlu mengelakkan diri daripada digigit! Hal ini dapat anda lakukan dengan mengenal pasti punca yang mungkin menjadi penyebab mengapa anda sering digigit.
Berkemungkinan, ia berlaku kesan daripada perasaan kecewa bayi kerana tidak berjaya memperoleh susu seperti yang diingininya. Jika itulah yang menjadi penyebab, anda harus merangsang aliran susu sebelum menyusukan bayi. Antaranya, anda boleh menekapkan payu dara menggunakan tuala kecil yang telah direndam dengan air suam terlebih dahulu selama beberapa minit bagi melancarkan pengaliran susu.

4. Amati Corak Penyusuan
Di akhir sesi penyusuan pun, anda dapat mengelakkan gigitan bayi. Ini dilakukan dengan mengetahui sama ada dia suka menggigit apabila mula mengantuk akibat kenyang mahupun ketika puting hampir terlepas daripada mulutnya. Untuk itu, anda harus peka dan bersedia untuk menghentikan penyusuan setiap kali bayi menunjukkan tanda-tanda akan menggigit.

5. Posisi Selesa
Anda seharusnya sentiasa memastikan bayi dan anda sendiri berada dalam posisi yang cukup selesa ketika sesi penyusuan berlangsung. Sekiranya bayi mahupun anda kelihatan tidak selesa dengan posisi penyusuan tertentu, segeralah membetulkan posisi berkenaan agar lebih selesa.

6. Leraikan Dengan Jari
Apabila anda dapat rasakan bayi akan menggigit, segera masukkan jari kelingking di bahagian tepi mulutnya bagi meleraikan dia daripada payu dara. Namun, jangan sesekali meleraikan sesi penyusuan secara tiba-tiba tanpa memasukkan jari anda terlebih dahulu. Hal sebegini boleh mencederakan puting dan tentunya ia lebih menyakitkan.

7. Gigit Alat Lain
Berikan bayi alat-alat lain untuk digigitnya seperti teether atau tuala kecil yang dibekukan di dalam peti sejuk beku. Alat bantuan seperti ini amat bagus kerana membantu memenuhi keinginan bayi untuk menggigit sesuatu agar dapat menghilangkan rasa gatal gusi.
Oleh yang demikian, jadikan alat-alat sebegini sebagai alternatif untuk mengelakkan diri sendiri digigit!

8. Elak Jeritan
Cuba hindari diri daripada menjerit kepada bayi ketika dia menggigit. Malah, jangan sesekali memukul atau menampar pipinya. Keadaan ini akan membuatkan bayi terkejut dan takut untuk meneruskan penyusuan. Lebih akan menjadi teruk lagi, ia mungkin penyebab untuk bayi enggan lagi menyusu.

sumber: alinalan.blogspot

Apa pun cuba yang terbaik ye mommies..kita kan pejuang susu ibu.ni lah dia antara cabaran dia. Insyaallah cuba fahamkan anak..pujuk dia baik2..beritahu dia camni "kalau adik gigit tak dapat susu lagi tau!," sambil renung mata dia dan stop kan susu sebentar supaya dia faham kan.
Untuk kanak-kanak yang boleh berjalan dan suka menggigit, lakukan sesuatu yang baik apabila dia tidak menggigit. Berikannya banyak pelukan, ciuman dan pujian. Jika anda rasa dia inginkan perhatian, berikan perhatian sepenuhnya semasa penyusuan.

Saya dah cuba....anda semua perlu cuba gak tau....Selamat Mencuba!!

oh nipple yang luka tu saya sapu dengan HERBAL BLEND. tak perlu basuh pun.lap sket2 je pastu da boleh minum dah. Alhamdulillah  cepat je sihat tau...kalau nak roger lah..stok HB ni cepat je habis tau..

ok lah..sharing is caring :D
Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenali tujuh jenis kelas makanan

Ketahui 7 jenis kelas makanan..rasanya dulu dah tau da time belajar tapi jom kita buat revision sikit yee...
1) KARBOHIDRAT
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen
Fungsi: membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk membolehkan kita membuat kerja serta menjalan segala aktiviti fizikal.sumber tenaga untuk proses fisiologi seperti pertumbuhan dan pembiakanmembantu mengelakkan suhu badan melalui pengoksidaan karbohidrat dalam proses respirasiKesan kekurangan: tubuh badan jadi lemahkurang tenagapertumbuhan tubuh badan terbantutContoh makanan:  Nasi, roti,ubi kentang,pisang,gula,ubi kayu

Penting tuam bayi lelaki

Masa berpantang dulu, mak mertua cukup bising dan sentiasa berpesan,
 "Jangan lupa tuam anak tu cah.budak lelaki senang masuk angin.susah nanti kau nak jaga.."
Ha gitu lah bunyi pesanan nya..ye lah nampak remeh tapi kalau tak buat teruk jadinya. Saya pun rasa malas jugak sebenarnye.hehe..tapi pesan orang tua ni kena la ikut kan. Mana yang patut kita ikut lah..lagipun benda dah ada..ada dah beli siap-siap masa pregnant dlu.
Ni contoh tuam yang boleh digunakan. Mula-mula tu pakai ni pastu tak tahu cara nak guna pergi bakar atas lilin hitam lah jadi nya..haha..senang rupenye panaskan atas iron pastu rasa lah dulu kat tangan. Nanti ada pula yang melecur kan..So cari dekat en google je lah..
Oh akhirnya kan apa yang mak mertua aku cadang..gunakan kain sapu tangan dan panaskan pada iron. Sama lah teknik nya. Rasa dulu kepanasan dia baru tuam kan pada bayi tau.
Masa mula-mula pantang kat rumah mama dulu..mama tuam guna daun mengkudu yang dilayurkan.pun boleh jugak. tapi leceh sket…

16 Kebaikan Ostematrix untuk ibu menyusu dan ibu berpantang

Bila sebut kalsium je mesti kita ingat yang perlukan tu adalah kanak-kanak sebab untuk tumbesaran atau untuk orang tua untuk elak dari osteporosis. Jadi kita yang dewasa dan pertengahan ni tak perlu ke? jangan camtu ye...
Kalsium penting untuk pembinaan tulang, gigi, sel darah dan sebagainya, menjadikan ia adalah kandungan mineral terbesar dalam tubuh kita – kira 21.5 % daripada berat badan kita, banyak kan?

Kita memerlukan kalsium setiap hari… Sebabnya kita kehilangan kalsium setiap hari…Terutama orang perempuan kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopous. Secara purata seorang dewasa kehilangan 400-600 mg kalsium setiap hari… Oleh itu setiap hari, secara purata kita perlukan 1000 mg kalsium. 
Kalsium amat penting kepada ibu yang menyusu dalam menyalurkan kalsium yang bermutu pada anak yang menyusu dan juga mengelakkan kekurangan kalsium dalam tubuh kerana 99% tubuh kita terdiri daripada kalsium. Rambut, kuku, tulang, gigi, dan hanya 1% sahaja kalsium dalam darah.