Skip to main content

Apa jadi kalau vitamin berlebihan dalam badan?

Kesan Sampingan Vitamin dan Mineral Vitamin dan mineral, juga boleh mendatangkan kesan sampingan sekiranya diambil secara berlebihan. Oleh itu, pengambilan vitamin dan mineral hendaklah mengikut dos yang disarankan, yang tercatat pada botol atau peket vitamin dan mineral tersebut.

Vitamin larut air, (B&C) kurang mudarat dari vitamin larut lemak (A,D,E & K) kerana B & C disingkirkan dari tubuh melalui air kencing dan najis. Vitamin larut air tidak disimpan di dalam tubuh Sebaliknya vitamin larut lemak akan disimpan di dalam tubuh, dan menjadi toksik kepada tubuh sekiranya ia dalam keadaan kepekatan tinggi.

Apakah kesan sampingan vitamin dan mineral berlebihan ini?

Vitamin A - diperlukan untuk kesihatan mata, anti-penuaan, pertumbuhan otak dan sel saraf, sistem kekebalan badan, menjaga kesihatan kulit kesan berlebihan - sakit kepala, loya, cirit-birit, rambut gugur, sakit2 badan, keguguran rambut, masalah hati & limpa, kecacatan pada bayi dalam kandungan, gangguan kitaran haid dan sebagainya.


Vitamin D – diperlukan untuk penyerapan kalsium oleh badan, menjaga kekuatan otot dan mengatur denyutan jantung kesan berlebihan - membuatkan kalsium terenap pada tisu lembut, salur darah dan buah pinggang.

 Vitamin E - anti oksidan, membantu menyembuhkan luka dan menghilangkan parut, membaiki peredaran darah, mengawal kolesterol. membanyakkan sperma untuk kesuburan lelaki, menjaga saraf dan kesihatan kulit & rambut kesan berlebihan – loya, sakit kepala, rasa lemah, cirit-birit.

Vitamin C - anti oksidan, untuk kesihatan kulit, membina sel badan yang sihat, menjalankan lebih dari 300 fungsi dalam tubuh kesan berlebihan - cirit-birit

Kalsium – diperlukan untuk tulang dan gigi, otot-otot, sel darah serta tindakan enzim dalam tubuh kesan berlebihan – boleh terkumpul dalam ginjal menyebabkan batu karang dan menghalang penyerapan zat besi 

Zat besi (iron) - diperlukan dalam sistem imuniti tubuh dan sel darah merah kesan berlebihan – menyebabkan masalah pada jantung dan hati

Jadi, berpada-padalah dalam pengambilan vitamin. Dapatkan nasihat daripada doktor atau konsultant kesihatan (pengedar Shaklee anda sekiranya anda mengambil vitamin & mineral Shaklee. sekiranya anda ada kemusykilan. Jangan ambil melebihi dos yang ditetapkan kan tau...

~Aisyah~
017-3468802
SID anda semua 
FB: Radin Siti Aisyah

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenali tujuh jenis kelas makanan

Ketahui 7 jenis kelas makanan..rasanya dulu dah tau da time belajar tapi jom kita buat revision sikit yee...
1) KARBOHIDRAT
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen
Fungsi: membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk membolehkan kita membuat kerja serta menjalan segala aktiviti fizikal.sumber tenaga untuk proses fisiologi seperti pertumbuhan dan pembiakanmembantu mengelakkan suhu badan melalui pengoksidaan karbohidrat dalam proses respirasiKesan kekurangan: tubuh badan jadi lemahkurang tenagapertumbuhan tubuh badan terbantutContoh makanan:  Nasi, roti,ubi kentang,pisang,gula,ubi kayu

Penting tuam bayi lelaki

Masa berpantang dulu, mak mertua cukup bising dan sentiasa berpesan,
 "Jangan lupa tuam anak tu cah.budak lelaki senang masuk angin.susah nanti kau nak jaga.."
Ha gitu lah bunyi pesanan nya..ye lah nampak remeh tapi kalau tak buat teruk jadinya. Saya pun rasa malas jugak sebenarnye.hehe..tapi pesan orang tua ni kena la ikut kan. Mana yang patut kita ikut lah..lagipun benda dah ada..ada dah beli siap-siap masa pregnant dlu.
Ni contoh tuam yang boleh digunakan. Mula-mula tu pakai ni pastu tak tahu cara nak guna pergi bakar atas lilin hitam lah jadi nya..haha..senang rupenye panaskan atas iron pastu rasa lah dulu kat tangan. Nanti ada pula yang melecur kan..So cari dekat en google je lah..
Oh akhirnya kan apa yang mak mertua aku cadang..gunakan kain sapu tangan dan panaskan pada iron. Sama lah teknik nya. Rasa dulu kepanasan dia baru tuam kan pada bayi tau.
Masa mula-mula pantang kat rumah mama dulu..mama tuam guna daun mengkudu yang dilayurkan.pun boleh jugak. tapi leceh sket…

16 Kebaikan Ostematrix untuk ibu menyusu dan ibu berpantang

Bila sebut kalsium je mesti kita ingat yang perlukan tu adalah kanak-kanak sebab untuk tumbesaran atau untuk orang tua untuk elak dari osteporosis. Jadi kita yang dewasa dan pertengahan ni tak perlu ke? jangan camtu ye...
Kalsium penting untuk pembinaan tulang, gigi, sel darah dan sebagainya, menjadikan ia adalah kandungan mineral terbesar dalam tubuh kita – kira 21.5 % daripada berat badan kita, banyak kan?

Kita memerlukan kalsium setiap hari… Sebabnya kita kehilangan kalsium setiap hari…Terutama orang perempuan kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopous. Secara purata seorang dewasa kehilangan 400-600 mg kalsium setiap hari… Oleh itu setiap hari, secara purata kita perlukan 1000 mg kalsium. 
Kalsium amat penting kepada ibu yang menyusu dalam menyalurkan kalsium yang bermutu pada anak yang menyusu dan juga mengelakkan kekurangan kalsium dalam tubuh kerana 99% tubuh kita terdiri daripada kalsium. Rambut, kuku, tulang, gigi, dan hanya 1% sahaja kalsium dalam darah.