Skip to main content

Cadangan bersahur yang cepat lazat dan berkhasiat

Assalamualaikum...salam ramadhan hari ke-5..cepat je masa berlalu kan...hari ni saya nak share resepi yang best dan sesuai untuk dibuat sahur. 

Kami lagi suka makan nasi..lauk simple pun tak pe.hubby jenis tak cerewet makan tapi yg penting kena panas dan fresh..cthnye ayam goreng, telur goreng, sayur campur tapi yang baru digoreng.gitu lah citenye..so nak kena bangun pagi-pagi masak.
maka berpagi-pagi lah saya..hee..(^_^)

ESP tetap tak dilupa..saya suka campur dgn susu.sedap..fresh je..kadang2 campur milo..pun boleh..ikot lah selera..ESP ada banyak resepi lain lagi. boleh refer SINI

Bersahurlah wahai sahabatku..
Sesungguhnya ada keberkatan disitu..lagipun kita juga yang akan dapat kebaikannya..paling kurang malas sangat pun ambil je kurma 3 biji dan air suam..dahh..
ambil kurma masa sahur dan berbuka tau..:)
Kurma ni banyak sangat khasiatnya..makan lebih pun takpe..baik untuk kesihatan.boleh rawat dan cegah penyakit insyaallah...makanlah kurma...:)

Kurma ni ada gula yang mudah diserap badan, beri tenaga segera dan berpanjangan. So insyaallah dapat jalankan aktiviti seharian dan terawih pada malam hari sepanjang Ramadhan ni dengan baik. Dia ada kandungan serat yang tinggi so kita jadi boleh tahan lapar masa berpuasa dan cepatkan rasa kenyang masa berbuka.

Sebab tu eloklah kita makan ni masa sahur dan berbuka.

Kajian saintifik seluruh dunia mendapati kurma bukan sahaja mengandungi jumlah karbohidrat (gula) yang tinggi malahan turut mengandungi pelbagai vitamin penting seperti vitamin A, tiamin, riboflavin, niasin, zat besi, vitamin B, asam nikotinat (yang baik untuk usus) dan bermacam-macam lagi. Kurma juga didapati mengandungi banyak garam galian lain seperti magnesium, potasium dan kalsium. Buah ini turut mengandungi kalium yang khusus untuk kebaikan jantung dan pembuluh darah.

Setiap 100 gram kurma kering mengandungi 50 IU vitamin A, 0.09 miligram (mg) tiamin, 0.10 mg riboflavin, 2.20 mg niasin, serta 666 mg kalium. Kesemua nutrien penting ini berfungsi membantu membebaskan tenaga yang cukup, menjaga kesihatan kulit dan saraf serta membantu fungsi jantung. Diet yang ditambah buah kurma dikatakan dapat membakar kalori berlebihan badan dengan setiap biji kurma mampu mengurangkan sebanyak 3,470 kalori.
best kan...:)

Okeh so apa cadangan bersahur yang saya nak kongsikan mudah je..antara bahannya adalah kurma..

SHAKE KURMA SUSU + ESP
 (untuk 2 orang)

Bahan-bahan:
6 biji kurma
400 ml susu segar (boleh pilih mana-mana, lebih baik yg low fat)
4 scoop ESP
Cara-cara:
1.  Buang kulit kurma.pastikan tangan bersih ye..
2. Rendam kurma didalam susu beberapa jam. so nanti susu dan kurma tu akan bersatu la kan..
3. Blendkan rendaman susu dan kurma dan ESP sampai serpihan kurma tu nampak halus.

Siap..ready to drink..
Untuk sahur ni boleh la malam tu sediakan.so esok pagi-pagi tu tinggal nak blend je..
ha kan senang je kan..sedap je rasa dia.. lemak dan bau harum vanilla sejuk..

Credit to: myfawa.com

Selamat mencuba..selamat bersahur... (^_^)

Salam cantik dan sihat,

~Aisyah~
Dapatkan ESP SHAKLEE dari saya ---> KLIK SINI
atau PM/Whatapp je 017-3468802
Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenali tujuh jenis kelas makanan

Ketahui 7 jenis kelas makanan..rasanya dulu dah tau da time belajar tapi jom kita buat revision sikit yee...
1) KARBOHIDRAT
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen
Fungsi: membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk membolehkan kita membuat kerja serta menjalan segala aktiviti fizikal.sumber tenaga untuk proses fisiologi seperti pertumbuhan dan pembiakanmembantu mengelakkan suhu badan melalui pengoksidaan karbohidrat dalam proses respirasiKesan kekurangan: tubuh badan jadi lemahkurang tenagapertumbuhan tubuh badan terbantutContoh makanan:  Nasi, roti,ubi kentang,pisang,gula,ubi kayu

Penting tuam bayi lelaki

Masa berpantang dulu, mak mertua cukup bising dan sentiasa berpesan,
 "Jangan lupa tuam anak tu cah.budak lelaki senang masuk angin.susah nanti kau nak jaga.."
Ha gitu lah bunyi pesanan nya..ye lah nampak remeh tapi kalau tak buat teruk jadinya. Saya pun rasa malas jugak sebenarnye.hehe..tapi pesan orang tua ni kena la ikut kan. Mana yang patut kita ikut lah..lagipun benda dah ada..ada dah beli siap-siap masa pregnant dlu.
Ni contoh tuam yang boleh digunakan. Mula-mula tu pakai ni pastu tak tahu cara nak guna pergi bakar atas lilin hitam lah jadi nya..haha..senang rupenye panaskan atas iron pastu rasa lah dulu kat tangan. Nanti ada pula yang melecur kan..So cari dekat en google je lah..
Oh akhirnya kan apa yang mak mertua aku cadang..gunakan kain sapu tangan dan panaskan pada iron. Sama lah teknik nya. Rasa dulu kepanasan dia baru tuam kan pada bayi tau.
Masa mula-mula pantang kat rumah mama dulu..mama tuam guna daun mengkudu yang dilayurkan.pun boleh jugak. tapi leceh sket…

16 Kebaikan Ostematrix untuk ibu menyusu dan ibu berpantang

Bila sebut kalsium je mesti kita ingat yang perlukan tu adalah kanak-kanak sebab untuk tumbesaran atau untuk orang tua untuk elak dari osteporosis. Jadi kita yang dewasa dan pertengahan ni tak perlu ke? jangan camtu ye...
Kalsium penting untuk pembinaan tulang, gigi, sel darah dan sebagainya, menjadikan ia adalah kandungan mineral terbesar dalam tubuh kita – kira 21.5 % daripada berat badan kita, banyak kan?

Kita memerlukan kalsium setiap hari… Sebabnya kita kehilangan kalsium setiap hari…Terutama orang perempuan kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopous. Secara purata seorang dewasa kehilangan 400-600 mg kalsium setiap hari… Oleh itu setiap hari, secara purata kita perlukan 1000 mg kalsium. 
Kalsium amat penting kepada ibu yang menyusu dalam menyalurkan kalsium yang bermutu pada anak yang menyusu dan juga mengelakkan kekurangan kalsium dalam tubuh kerana 99% tubuh kita terdiri daripada kalsium. Rambut, kuku, tulang, gigi, dan hanya 1% sahaja kalsium dalam darah.