Skip to main content

Q & A berpuasa dan menyusukan anak


Bismillahirrahmanirrahhim. Segala puji hanya untuk Allah SWT. Moga kita sama-sama diberi kekuatan 
untuk terus melakukan ibadah puasa dan disamping itu juga
dapat menyusukan anak kita dengan jayanya insyaallah.

Niat dalam hati tu sangat2 la penting dan juga persediaan rapi. mommies semua kuat kan.bagi semangat kat diri sendiri nih..tahun pertama nak menyusu dan berpuasa nih...yeah2.. (^_^)

Meh kita tengok apa soalan yang bermain-main diminda. Saya tau ramai momies yang nak tahu jugak kan. baca ni ye. Hope boleh jadi panduan untuk semua.

Perlukah saya berpuasa semasa menyusu badan? 


Jika anda menyusu badan, anda tidak diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan. 
Kebanyakan sarjana Islam percaya bahawa wanita yang menyusukan, 
seperti juga wanita yang tidak sihat atau sedang bermusafir, dibenarkan untuk tidak berpuasa. 
Malah, ramai yang mengatakan adalah salah untuk tidak menghiraukan kelonggaran ini 
dengan berpuasa jika anda tidak perlu berbuat begitu. 

Namun begitu, keputusan samada hendak berpuasa atau tidak bergantung 
kepada beberapa perkara, dan usia bayi adalah pertimbangan utama. 
Memang ada perbezaan di antara bayi yang masih kecil dan hanya menyusu, 
dengan bayi berusia satu tahun yang sihat dan sudah makan makanan lain 
dan menyusu hanya pada waktu malam. 
Berbincanglah dengan ibu-ibu lain dalam keluarga anda
 mengenai apa yang mereka lakukan dan pengalaman mereka dalam hal itu. 
Hubungi doktor, perunding penyusuan atau ahli agama 
untuk mendapat lebih keyakinan dalam membuat keputusan. 

Adakah berpuasa semasa menyusukan 
akan membahayakan bayi saya? 

Tidak. 
Berpuasa tidak membahayakan bayi kerana 
badan anda masih boleh menghasilkan susu semasa anda berpuasa. 
Kurang pengambilan kalori sepatutnya tidak menjejaskan jumlah susu yang dihasilkan. 
Malah, walaupun wanita yang menyusu badan itu tidak makan apa-apa selama 24 jam, 
ia masih tidak menjejaskan kuantiti dan nilai nutrisi susu mereka.

Jika terdapat kesan berpuasa terhadap badan anda, 
anda pasti sudah merasainya terlebih dahulu dan tentu sekali anda perlu menghentikan puasa 
sebelum kesan itu menjejaskan penghasilan susu. 

Adakah perubahan dalam susu badan akan 
memberi kesan ke atas bayi saya? 

Perubahan dalam susu badan anda tidak akan memberi kesan ke atas bayi. 
Dia sudahpun dapat menerima perubahan-perubahan kecil pada susu anda bergantung kepada apa yang anda makan dan berapa banyak dia perlu menyusu. 
Kajian menunjukkan bahawa walaupun si ibu berpuasa selama 24 jam, 
kandungan lemak dalam susunya tidak akan berubah. 
Jika anda makan terlalu sedikit dan berat badan mula turun,
 jenis lemak dalam susu anda mungkin berubah, tetapi jumlahnya tidak berubah. 

Walaupun payudara itu sendiri boleh menghasilkan lemak susu, jenis-jenis lemak yang lain akan diperolehi daripada simpanan lemak dalam badan anda sekiranya ia tidak diperolehi melalui pemakanan anda. 

Adakah berpuasa semasa menyusukan 
membahayakan saya? 

Badan anda biasanya dapat bertahan jika anda berpuasa. 
Dalam satu kajian, ujian darah dilakukan terhadap sekumpulan kecil 
wanita yang berpuasa sepanjang bulan Ramadan. 
Wanita yang menyusu badan didapati mempunyai imbangan kimia dalam darah yang agak sama dengan mereka yang tidak menyusu badan atau yang sedang hamil. 

Walau bagaimanapun, menyusu badan membuatkan anda sangat dahaga. 
Jika anda ternyahhidrat, anda akan rasa tidak sihat. 
Anda boleh mengagak bahawa anda sedang ternyahhidrat apabila: 
anda rasa sangat dahaga; air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat; anda rasa seperti hendak pitam, lemah atau lesu; anda mula sakit kepala atau mengalami kesakitan lain. 

Jika anda mula sedar akan tanda-tanda ini, 
anda harus berbuka dengan meminum air dan berehat
Selepas setengah jam, jika anda masih rasa tidak sihat, hubungilah doktor anda. 

Minum banyak air semasa berbuka dan terutamanya semasa sahur. 

Ahli panel pakar BabyCenter dan kaunselor penyusuan badan, Jennifer Hor, 
menyarankan anda makan makanan yang mempunyai indeks glicemik (glycemic index - GI) yang rendah. 

GI ialah unit pengiraan bagi kesan karbohidrat pada tahap gula dalam darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat semasa penghadaman mempunyai GI yang tinggi manakala karbohidrat yang terurai lebih lambat dan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam darah mempunyai GI yang rendah.

 Makanan yang rendah GI termasuk banyak jenis sayur-sayuran dan kekacang, kacang pis, mi dan nasi. Jangan sekadar minum sahaja. 
Penting untuk anda mendapatkan nutrien, kalori dan serat daripada makanan. 
Jika sukar untuk anda makan secukupnya pada waktu malam 
dan anda berat badan anda mula turun, bincanglah dengan doktor anda. 
Anda juga mungkin perlu untuk tidak berpuasa. 

Walau bagaimanapun, jika anda sihat dan tidak kisah berat badan anda turun sedikit, 
penurunan sehingga 1kg seminggu sepanjang bulan 
Ramadan sepatutnya tidak menjejaskan penghasilan susu. 

Apakah yang boleh saya lakukan untuk 
mengelakkan sebarang masalah? 

boleh membantu anda mengelakkan masalah-masalah yang mungkin berlaku: 

Beli barang keperluan dan buat kerja-kerja rumah yang lebih berat sebelum anda mula berpuasa. 
Simpan diari makanan supaya anda boleh memastikan anda makan dan minum dengan cukup pada waktu malam. 
Berehat dan duduk di tempat sejuk sebanyak mungkin pada waktu siang. 

Bilakah saya harus meminta bantuan? 

Jika anda mula rasa tidak sihat atau mula ternyahhidrat, hubungilah doktor anda. 
Jika anda bimbang samada bayi anda mendapat susu yang cukup ataupun tidak, 
dapatkanlah nasihat daripada doktor atau pakar kanak-kanak. 

Tanda-tanda bayi tidak mendapat cukup susu termasuk: 
kurang membuang air (bayi baru lahir sepatutnya buang air kecil beberapa kali sehari); najis berwarna kehijauan; tangisan yang nyaring dan berpanjangan atau kerap meragam; turun berat badan atau berat badan tidak bertambah. 

Jika masalah penyusuan badan berlaku, hubungilah kaunselor penyusuan badan atau penasihat laktasi. Mungkin ada seorang di hospital berdekatan anda, atau tanyalah doktor anda jika beliau boleh mencadangkan seseorang.


Bagaimana SHAKLEE bantu ibu-ibu menyusu dan puasa?


Ibu-ibu boleh cuba set vitamin ni eh.boleh tengok di SINI untuk cadangan suplemen mana yang TERBAIK dan ikut KEPERLUAN insyaallah.

Sama-sama kita sihat, cantik dan berjaya ye. DUNIA dan AKHIRAT.

"Sharing is Caring"

~Aisyah~
pm/whatapp 017-3468802 untuk konsultansi insyaallah
FB: Radin Siti Aisyah




Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenali tujuh jenis kelas makanan

Ketahui 7 jenis kelas makanan..rasanya dulu dah tau da time belajar tapi jom kita buat revision sikit yee...
1) KARBOHIDRAT
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen
Fungsi: membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk membolehkan kita membuat kerja serta menjalan segala aktiviti fizikal.sumber tenaga untuk proses fisiologi seperti pertumbuhan dan pembiakanmembantu mengelakkan suhu badan melalui pengoksidaan karbohidrat dalam proses respirasiKesan kekurangan: tubuh badan jadi lemahkurang tenagapertumbuhan tubuh badan terbantutContoh makanan:  Nasi, roti,ubi kentang,pisang,gula,ubi kayu

Penting tuam bayi lelaki

Masa berpantang dulu, mak mertua cukup bising dan sentiasa berpesan,
 "Jangan lupa tuam anak tu cah.budak lelaki senang masuk angin.susah nanti kau nak jaga.."
Ha gitu lah bunyi pesanan nya..ye lah nampak remeh tapi kalau tak buat teruk jadinya. Saya pun rasa malas jugak sebenarnye.hehe..tapi pesan orang tua ni kena la ikut kan. Mana yang patut kita ikut lah..lagipun benda dah ada..ada dah beli siap-siap masa pregnant dlu.
Ni contoh tuam yang boleh digunakan. Mula-mula tu pakai ni pastu tak tahu cara nak guna pergi bakar atas lilin hitam lah jadi nya..haha..senang rupenye panaskan atas iron pastu rasa lah dulu kat tangan. Nanti ada pula yang melecur kan..So cari dekat en google je lah..
Oh akhirnya kan apa yang mak mertua aku cadang..gunakan kain sapu tangan dan panaskan pada iron. Sama lah teknik nya. Rasa dulu kepanasan dia baru tuam kan pada bayi tau.
Masa mula-mula pantang kat rumah mama dulu..mama tuam guna daun mengkudu yang dilayurkan.pun boleh jugak. tapi leceh sket…

16 Kebaikan Ostematrix untuk ibu menyusu dan ibu berpantang

Bila sebut kalsium je mesti kita ingat yang perlukan tu adalah kanak-kanak sebab untuk tumbesaran atau untuk orang tua untuk elak dari osteporosis. Jadi kita yang dewasa dan pertengahan ni tak perlu ke? jangan camtu ye...
Kalsium penting untuk pembinaan tulang, gigi, sel darah dan sebagainya, menjadikan ia adalah kandungan mineral terbesar dalam tubuh kita – kira 21.5 % daripada berat badan kita, banyak kan?

Kita memerlukan kalsium setiap hari… Sebabnya kita kehilangan kalsium setiap hari…Terutama orang perempuan kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopous. Secara purata seorang dewasa kehilangan 400-600 mg kalsium setiap hari… Oleh itu setiap hari, secara purata kita perlukan 1000 mg kalsium. 
Kalsium amat penting kepada ibu yang menyusu dalam menyalurkan kalsium yang bermutu pada anak yang menyusu dan juga mengelakkan kekurangan kalsium dalam tubuh kerana 99% tubuh kita terdiri daripada kalsium. Rambut, kuku, tulang, gigi, dan hanya 1% sahaja kalsium dalam darah.