Skip to main content

Kesalahan dalam penyusuan susu ibu

Malam ni sambung entry tentang penyusuan susu ibu lagi..untuk pengetahuan ibu-ibu, bapa-bapa pun lagi bagus.ha gitu baru bapa mithali kan..:) 

Nak dapat anak ni..antara persediaan kena lah ada ILMU..kan kan..baru lah kita tak terkejut..baca ni eh..take note eh antara kesalahan dalam penyusuan susu ibu..

1. Memberi anak susu formula di awal kelahiran kerana ingat susu badan tak cukup 

Baby yang baru lahir mempunyai perut sebesar guli saja. Kalau baby kerap menangis bukan bermakna baby tu lapar. Ada banyak sebab lain kenapa baby menangis. 

kecil je perut baby kita kan..
Common mistake yang sering ibu baru lakukan ialah memberi anak susu formula kerana menyangka susu badan tak cukup. Baby yang baru lahir akan kenyang dengan hanya minum colostrum. Jadi janganlah anda beri anak anda susu formula sebab bila anda dah bagi anak susu formula, ada kemungkinan besar baby anda akan reject susu anda. 

Jangan risau kalau susu tak keluar2 pada awalnya sebab kebiasaannya susu hanya akan keluar dengan banyak 3-7 hari selepas bersalin. 

2. Tidak pump atau direct feed 2 atau 3 jam sekali 

Ini adalah salah satu sebab kenapa susu badan sikit atau tak keluar langsung. Pertama kita kena faham dengan konsep supply dan demand dalam penyusuan. Lagi banyak demand (pump atau direct feed) lagi banyak supply (pengeluaran susu). 

Ingat dalam ekonomi je ke..penyusuan susu ibu pun ade tau
Bila kita pump atau bagi anak kita minum direct, otak kita akan menghantar signal dekat badan kita supaya produce lagi banyak susu sebab adanya demand yang tinggi. Kita disarankan supaya pump atau direct feed (lagi bagus direct feed sebab suction baby lagi kuat daripada pump) setiap 2 atau 3 jam sekali. 

Kalau anak kita tidur saja (which is normal) kita kena kejutkan anak kita secara lembut. Contohnya usap-usap pipi dia, geletek kaki dia atau basahkan sikit muka dia. Yang penting jangan bagi dia tidur saja. 

3. Kurang minum air 

Bagi susu ibu, 70- 80% kandungan adalah air. Jadi kalau kita kurang minum air, maka kuranglah susu badan yang terhasil. Kita disarankan untuk minum 3 liter air sehari. 

ni basic la kan..ingat tau MINUM :)
Kalau ikut pantang orang-orang tua memang tak kasi minum air banyak-banyak. Tapi kalau tak minum air tak ada la susu. Kita ikut cara yang moden ye :) 


Ada masalah penyusuan/breastfeeding ke? Tinggalkan email atau contact saya terus ye..insyaallah saya BANTU mana yang mampu. moga kita sama-sama dapat menyusukan anak dengan gembira.
Berikan yang terbaik untuk si manja kan...


Salam cantik dan sihat,

~Aisyah~
Dapatkan Produk SHAKLEE dari saya ---> KLIK SINI
atau PM/Whatapp je 017-3468802


Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenali tujuh jenis kelas makanan

Ketahui 7 jenis kelas makanan..rasanya dulu dah tau da time belajar tapi jom kita buat revision sikit yee...
1) KARBOHIDRAT
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen
Fungsi: membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk membolehkan kita membuat kerja serta menjalan segala aktiviti fizikal.sumber tenaga untuk proses fisiologi seperti pertumbuhan dan pembiakanmembantu mengelakkan suhu badan melalui pengoksidaan karbohidrat dalam proses respirasiKesan kekurangan: tubuh badan jadi lemahkurang tenagapertumbuhan tubuh badan terbantutContoh makanan:  Nasi, roti,ubi kentang,pisang,gula,ubi kayu

Penting tuam bayi lelaki

Masa berpantang dulu, mak mertua cukup bising dan sentiasa berpesan,
 "Jangan lupa tuam anak tu cah.budak lelaki senang masuk angin.susah nanti kau nak jaga.."
Ha gitu lah bunyi pesanan nya..ye lah nampak remeh tapi kalau tak buat teruk jadinya. Saya pun rasa malas jugak sebenarnye.hehe..tapi pesan orang tua ni kena la ikut kan. Mana yang patut kita ikut lah..lagipun benda dah ada..ada dah beli siap-siap masa pregnant dlu.
Ni contoh tuam yang boleh digunakan. Mula-mula tu pakai ni pastu tak tahu cara nak guna pergi bakar atas lilin hitam lah jadi nya..haha..senang rupenye panaskan atas iron pastu rasa lah dulu kat tangan. Nanti ada pula yang melecur kan..So cari dekat en google je lah..
Oh akhirnya kan apa yang mak mertua aku cadang..gunakan kain sapu tangan dan panaskan pada iron. Sama lah teknik nya. Rasa dulu kepanasan dia baru tuam kan pada bayi tau.
Masa mula-mula pantang kat rumah mama dulu..mama tuam guna daun mengkudu yang dilayurkan.pun boleh jugak. tapi leceh sket…

16 Kebaikan Ostematrix untuk ibu menyusu dan ibu berpantang

Bila sebut kalsium je mesti kita ingat yang perlukan tu adalah kanak-kanak sebab untuk tumbesaran atau untuk orang tua untuk elak dari osteporosis. Jadi kita yang dewasa dan pertengahan ni tak perlu ke? jangan camtu ye...
Kalsium penting untuk pembinaan tulang, gigi, sel darah dan sebagainya, menjadikan ia adalah kandungan mineral terbesar dalam tubuh kita – kira 21.5 % daripada berat badan kita, banyak kan?

Kita memerlukan kalsium setiap hari… Sebabnya kita kehilangan kalsium setiap hari…Terutama orang perempuan kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopous. Secara purata seorang dewasa kehilangan 400-600 mg kalsium setiap hari… Oleh itu setiap hari, secara purata kita perlukan 1000 mg kalsium. 
Kalsium amat penting kepada ibu yang menyusu dalam menyalurkan kalsium yang bermutu pada anak yang menyusu dan juga mengelakkan kekurangan kalsium dalam tubuh kerana 99% tubuh kita terdiri daripada kalsium. Rambut, kuku, tulang, gigi, dan hanya 1% sahaja kalsium dalam darah.