Skip to main content

Kekal sihat dalam Jerebu

Baca ye ni kawan-kawan..info tentang JEREBU. 
Moga kita sama-sama sihat dan dapat melakukan aktiviti seharian dengan baik insyaallah...



Apa Itu Jerebu? 

Menurut laman web Wikipedia, jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut. 

Penyebab Utama Jerebu 

Antara sumber utama yang menyumbang kepada terjadinya jerebu ialah: 
  1. kebakaran hutan kebakaran gambut
  2. pembakaran terbuka asap perindustrian
  3. kenderaan 

Indeks Pencemaran Udara Indeks Pencemaran Udara (IPU) 

merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. 

Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:

 0 - 50 Baik 
51 - 100 Sederhana 
101 - 200 Tidak sihat 
201 - 300 Sangat tidak sihat 
301 - 400 Berbahaya 
401 - 500 Sangat berbahaya 
Lebih 501 Darurat 

Kesan Jerebu

Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada: 
  • Kanak-kanak 
  • Orang tua 
  • Pesakit asthma dan penyakit pernafasan lain 
  • Perokok 

Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah: 
  • Iritasi kerongkong dan batuk-batuk 
  • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat 
  • Iritasi di mata serta mata yang merah 
  • Kulit terasa gatal 

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah: 
  1. Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap 
  2. Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar 
  3. Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal 
  4. Sentiasa basuh bahagian yang terdedah (mandi) 
  5. Banyakkan minum air 
  6. Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan 

Selain daripada cadangan di atas, anda juga boleh mengambil langkah yang lebih proaktif dengan mengambil suplemen bagi meningkatkan daya ketahanan badan anda agar anda tidak mudah jatuh sakit. 

Suplemen yang disyorkan bagi tujuan tersebut adalah Vitamin C, Vitamin E dan Omega Guard. 


Vitamin C penting untuk meningkatkan tahap imuniti badan terutama sekali bagi mengelakkan jangkitan selsema. Istimewanya Vitamin Shaklee adalah ianya berbentuk sustained release di mana nutrisinya akan dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam badan. Ini adalah bagi memastikan bekalan nutrisi ini sentiasa berada pada sukatan yang bersesuain mengikut keperluan badan. 

Vitamin E pula bertindak sebagai anti-oksida atau agen perisai terhadap pencemaran dan radikal bebas yang banyak terdapat di dalam udara dan persekitaran. Kehadiran selenium melengkapi fungsi vitamin E Shaklee. 

Omega-3 digalakan kerana ia dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan memperbaiki kesihatan kardiovaskular.

Sementara itu, sekiranya anda seorang yang jenis mudah jatuh sakit, pengambilan Nutriferon sangat membantu untuk meningkatkan tahap imun badan anda.


So nak cuba tak produk SHAKLEE?? 

Salam cantik dan sihat,

~Aisyah~
Dapatkan Produk SHAKLEE dari saya ---> KLIK SINI
atau PM/Whatapp je 017-3468802

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenali tujuh jenis kelas makanan

Ketahui 7 jenis kelas makanan..rasanya dulu dah tau da time belajar tapi jom kita buat revision sikit yee...
1) KARBOHIDRAT
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen
Fungsi: membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk membolehkan kita membuat kerja serta menjalan segala aktiviti fizikal.sumber tenaga untuk proses fisiologi seperti pertumbuhan dan pembiakanmembantu mengelakkan suhu badan melalui pengoksidaan karbohidrat dalam proses respirasiKesan kekurangan: tubuh badan jadi lemahkurang tenagapertumbuhan tubuh badan terbantutContoh makanan:  Nasi, roti,ubi kentang,pisang,gula,ubi kayu

Penting tuam bayi lelaki

Masa berpantang dulu, mak mertua cukup bising dan sentiasa berpesan,
 "Jangan lupa tuam anak tu cah.budak lelaki senang masuk angin.susah nanti kau nak jaga.."
Ha gitu lah bunyi pesanan nya..ye lah nampak remeh tapi kalau tak buat teruk jadinya. Saya pun rasa malas jugak sebenarnye.hehe..tapi pesan orang tua ni kena la ikut kan. Mana yang patut kita ikut lah..lagipun benda dah ada..ada dah beli siap-siap masa pregnant dlu.
Ni contoh tuam yang boleh digunakan. Mula-mula tu pakai ni pastu tak tahu cara nak guna pergi bakar atas lilin hitam lah jadi nya..haha..senang rupenye panaskan atas iron pastu rasa lah dulu kat tangan. Nanti ada pula yang melecur kan..So cari dekat en google je lah..
Oh akhirnya kan apa yang mak mertua aku cadang..gunakan kain sapu tangan dan panaskan pada iron. Sama lah teknik nya. Rasa dulu kepanasan dia baru tuam kan pada bayi tau.
Masa mula-mula pantang kat rumah mama dulu..mama tuam guna daun mengkudu yang dilayurkan.pun boleh jugak. tapi leceh sket…

16 Kebaikan Ostematrix untuk ibu menyusu dan ibu berpantang

Bila sebut kalsium je mesti kita ingat yang perlukan tu adalah kanak-kanak sebab untuk tumbesaran atau untuk orang tua untuk elak dari osteporosis. Jadi kita yang dewasa dan pertengahan ni tak perlu ke? jangan camtu ye...
Kalsium penting untuk pembinaan tulang, gigi, sel darah dan sebagainya, menjadikan ia adalah kandungan mineral terbesar dalam tubuh kita – kira 21.5 % daripada berat badan kita, banyak kan?

Kita memerlukan kalsium setiap hari… Sebabnya kita kehilangan kalsium setiap hari…Terutama orang perempuan kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopous. Secara purata seorang dewasa kehilangan 400-600 mg kalsium setiap hari… Oleh itu setiap hari, secara purata kita perlukan 1000 mg kalsium. 
Kalsium amat penting kepada ibu yang menyusu dalam menyalurkan kalsium yang bermutu pada anak yang menyusu dan juga mengelakkan kekurangan kalsium dalam tubuh kerana 99% tubuh kita terdiri daripada kalsium. Rambut, kuku, tulang, gigi, dan hanya 1% sahaja kalsium dalam darah.