Skip to main content

TIP PENYUSUAN IBU BEKERJAYA

Assalamualaikum..hai hai da kul 1.30 pagi da ni..hihi ye la tunggu si kecik tu tido baru lah dapat ummi nak berbloging..malam ni suka nak share tentang penyusuan susu ibu. For me, insyaallah nak susukan ammar 2 tahun ni.moga diberi kekuatan la eh..awak yg tgh baca ni gak..moga kita dipermudahkan la eh..:)

Okeh ni antara tip yang dapat dikongsikan bersama. Mana yang baik disebarkan. yang salah betulkan ye..

1. Breast pump 
Terdapat pelbagai pilihan breast pump di pasaran. Ada yang murah dan ada juga yang mencecah ribuan ringgit. Ada yang berfungsi secara manual, bateri dan/atau elektrik. Ada pula yang hanya boleh mengepam sebelah payudara dalam satu masa dan ada juga yang boleh melakukannya kedua-dua belah payudara sekali dalam satu masa. Pemilihan breast pump adalah mengikut citarasa dan kesesuaian ibu-ibu.Saya personally menggunakan pam elektrik single dari Tommie Tippe..


2. Bekas penyimpanan susu perahan 
 Susu perahan / EBM (express breast milk) boleh disimpan didalam bekas simpanan seperti berikut: · 
  • Bekas plastic atau botol susu bebas BPA (Bispenol-A)· 
  • Breast milk storage liners yg memang dikhususkan untuk penyimpanan perahan susu ibu
  • Bekas dadih-ianya hanya boleh digunaan sebanyak 3 kali sebelum dibuang. 
Tips : Ibu-Ibu hendaklah memastikan bekas penyimpanan yang hendak diguna dibersih, disteril, dan dikeringkan terlebih dahulu.

3. Melabel EBM Perahan 
susu ibu yang disimpan di dalam bekas haruslah dilabel sebelum di simpan di dalam freezer. Label setiap bekas mesti mempunyai butiran seperti berikut :
  • Tarikh perahan (guna susu yg terdahulu) 
  • Waktu perahan (guna susu yg terdahulu)
  • Kuantiti susu yg diperah 
  • Nama bayi (penting dilabelkan sekiranya bayi diletakkan di nurseri/pengasuh/pusat jagaan harian.
 Tips : Berapa oz untuk satu bekas penyimpanan bergantung kepada berapa banyak bayi minum untuk satu sesi. Kebiasaannya, kita galakkan menyimpan secara 2-3 oz untuk satu bekas penyimpanan. Jadi, apabila telah dicair/atau dipanaskan, tidak akan membazir untuk baki yang tidak diminum. 

4. Tempat Penyimpanan EBM Pada suhu bilik 
Jika bilik tidak ber air cond (25ºC – 35ºC), disarankan tidak melebihi dari 4 jam.
Jika bilik ber air cond (15ºC – 25ºC), boleh sampai 6-8 jam.
Fridge/Freezer Peti sejuk 1 pintu Peti sejuk 2 pintu Deep freezer
Bahagian beku 2 minggu
Bahagian beku (-18ºC hingga -20ºC) 3 bulan
Pembeku/deep freezer (-20ºC) tahan 6 bulan
Pintu bawah (0-4ºC)

Sebelum dibekukan 3 hingga 7 hari
Selepas dibekukan 24 jam

Bekas penyejuk Cooler bag/box (0-4ºC) tahan selama 12-24 jam 

Tips : · Susu yg dicairkan tidak boleh dibekukan semula. · Susu yg dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula. · Untuk memanaskan susu yang telah dicairkan di dalam peti sejuk, hendaklah menggunakan warmer atau air suam. TIDAK BOLEH dipanaskan di dalam microwave atau air yang sedang mendidih. · Susu yang telah dipanaskan, boleh tahan selama lebih kurang 1 ke 2 jam. 

5. Cara penyimpanan 

Cara penyimpanan susu perahan adalah seperti berikut: 

Di pejabat · Simpan susu yg diperah dibahagian bawah peti sejuk bukan di bahagian beku. Ini adalah bertujuan untuk memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan. (susu ibu yg dibekukan jauh lebih baik lagi dari susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi). · Jika tiada kemudahan peti sejuk di pejabat, anda bolehlah menyimpannya di dalam cooler bag yang berisi pek ais.

Di rumah · Simpan sebanyak mungkin susu perahan di bahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja dibahagian beku. · Ini adalah kerana susu perahan yg disimpan di bahagian bawah peti sejuk akan digunakan sebagai bekalan oleh bayi untuk kegunaan hari esok. Oleh itu bayi akan mendapat fresh EBM. ·

Manakala susu perahan yg disimpan di bahagian beku akan menjadi stok simpanan susu ibu. Contohnya, Andai kata 1 hari bayi anda minum sebanyak 4 botol susu. Jika sehari anda Berjaya memerah sebanyak 4 botol susu ibu semasa bekerja, apabila sampai di rumah , simpan 3 botol susu perahan tadi di bahagian bawah peti sejuk dan baki 1 botol di bahagian beku untuk simpanan stok. 

Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM simpanan stok yg bertarikh paling lama dan letakkan di bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan bagi kegunaan esok hari. Dengan cara ini anda masih lagi dapat memberikan fresh breast milk (nisbah 3 : 1 iaitu 3 botol fresh milk kepada 1 botol susu dibeku) kepada bayi anda walaupun anda bekerja.

 Peringatan! 
  1. Jangan simpan susu perahan dibahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam peti sejuk tersebut kerana suhunya lebih stabil.
  2.  Jangan penuhkan bekas susu perahan sehingga mencecah kepada penutupnya. Tinggalkan sedikit ruang bagi membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.
Credit to: hanyasusuibu.com


Ha takde alasan lagi mommies yg bekerja tu nak susukan si manja kan..nak seribu daya..tak nak seribu dalih.lastly bg kat anak susu formula kan..em bukan la kata susu formula tak elok tapi tak dapat lawan kebaikan susu ibu.Subhanallah indah sungguh ciptaan dan aturan Allah swt.

Shaklee dan penyusuan susu ibu

 
Mommies boleh cuba set penyusuan dari Shaklee ni utk bantu badan sentiasa sihat bertenaga. Bila badan sihat insyaallah susu yang terhasil pun berkualiti tau..Baca lagi tentang


Em ok lah takat sini dlu..jom sihat cantik bertenaga dgn Shaklee

Nak dapat harga murah jom JADI AHLI hanya RM75 seumur hidup.pulangannya berganda..insyaallah

~Aisyah~
017-3468802
Ummi Ammar Arif
FB: Radin Siti Aisyah
Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenali tujuh jenis kelas makanan

Ketahui 7 jenis kelas makanan..rasanya dulu dah tau da time belajar tapi jom kita buat revision sikit yee...
1) KARBOHIDRAT
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen
Fungsi: membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk membolehkan kita membuat kerja serta menjalan segala aktiviti fizikal.sumber tenaga untuk proses fisiologi seperti pertumbuhan dan pembiakanmembantu mengelakkan suhu badan melalui pengoksidaan karbohidrat dalam proses respirasiKesan kekurangan: tubuh badan jadi lemahkurang tenagapertumbuhan tubuh badan terbantutContoh makanan:  Nasi, roti,ubi kentang,pisang,gula,ubi kayu

Penting tuam bayi lelaki

Masa berpantang dulu, mak mertua cukup bising dan sentiasa berpesan,
 "Jangan lupa tuam anak tu cah.budak lelaki senang masuk angin.susah nanti kau nak jaga.."
Ha gitu lah bunyi pesanan nya..ye lah nampak remeh tapi kalau tak buat teruk jadinya. Saya pun rasa malas jugak sebenarnye.hehe..tapi pesan orang tua ni kena la ikut kan. Mana yang patut kita ikut lah..lagipun benda dah ada..ada dah beli siap-siap masa pregnant dlu.
Ni contoh tuam yang boleh digunakan. Mula-mula tu pakai ni pastu tak tahu cara nak guna pergi bakar atas lilin hitam lah jadi nya..haha..senang rupenye panaskan atas iron pastu rasa lah dulu kat tangan. Nanti ada pula yang melecur kan..So cari dekat en google je lah..
Oh akhirnya kan apa yang mak mertua aku cadang..gunakan kain sapu tangan dan panaskan pada iron. Sama lah teknik nya. Rasa dulu kepanasan dia baru tuam kan pada bayi tau.
Masa mula-mula pantang kat rumah mama dulu..mama tuam guna daun mengkudu yang dilayurkan.pun boleh jugak. tapi leceh sket…

16 Kebaikan Ostematrix untuk ibu menyusu dan ibu berpantang

Bila sebut kalsium je mesti kita ingat yang perlukan tu adalah kanak-kanak sebab untuk tumbesaran atau untuk orang tua untuk elak dari osteporosis. Jadi kita yang dewasa dan pertengahan ni tak perlu ke? jangan camtu ye...
Kalsium penting untuk pembinaan tulang, gigi, sel darah dan sebagainya, menjadikan ia adalah kandungan mineral terbesar dalam tubuh kita – kira 21.5 % daripada berat badan kita, banyak kan?

Kita memerlukan kalsium setiap hari… Sebabnya kita kehilangan kalsium setiap hari…Terutama orang perempuan kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopous. Secara purata seorang dewasa kehilangan 400-600 mg kalsium setiap hari… Oleh itu setiap hari, secara purata kita perlukan 1000 mg kalsium. 
Kalsium amat penting kepada ibu yang menyusu dalam menyalurkan kalsium yang bermutu pada anak yang menyusu dan juga mengelakkan kekurangan kalsium dalam tubuh kerana 99% tubuh kita terdiri daripada kalsium. Rambut, kuku, tulang, gigi, dan hanya 1% sahaja kalsium dalam darah.