Skip to main content

Tudung bawal mawar fizo omar dari Yuna Bella

Hai hai..
gossip2 jap..sekarang ni kan orang duk sibuk dgn isu tudung fareeda ni kan..perkara ni tak silap sejak dari pihak butik Fareeda telah membuat aduan berkaitan isu Paten tudung yang telah ditiru oleh peniaga lain. Isu ni jadi lagi hangat dengan kenyataan yang dikeluarkan Fizo Omar yang dilihat menjadikan keadaan semakin keruh. 

Puncanya dari permintaan yang tinggi terhadap tudung Fareeda tetapi sebahagian dari pengguna tidak mampu membeli tudung dari butik Fareeda yang dikatakan mahal. Jadi banyaklah tudung-tudung “ciplak” dihasilkan. Kini kita tidak perlu risau lagi. Buat wanita muslimah diluar sana. Anda juga boleh bergaya ala-ala tudung Fareeda dengan kos yang rendah tetapi hasil yang menarik menutup dada.

Glamour jap adik ni..nama dia Yuna Bella.Katanya adik yuna bella yg pakai tdg pink tu la yang mencetus idea dengan menggunakan tudung bawal. Tq dik.akak nk try lah nnt..hihi


Jom cuba !!

Peralatan yang diperlukan adalah:

Pin

Brooch besar yg ada jarum panjang so senang nk pin katanya




guna bawal biasa jer , pastu samakan yang depan .


pakai macam biasa .


untuk yang tengkuk pendek boleh pin kat belakang so nampak lagi kemas , tak nak letak pon boley :)


ok start gumpalkan tudung , boleh start dari tengah tudung atau jarak sejengkal macam tu 


lipat tudung secara menaik 


boleh cuba lipat siap-siap then terus pin atau pun , buat satu-satu macam dalam gambar 


ok bajet lah nak singkat atau labuh . sebab tu kena pin jang panjang , kalau x , xboleh nak pin .


selesai pin , jangan susah hati . dia memang akan messy macam ni . just adjust dan cantikkan lipatan tu .


nak senang , buat macam dalam gambar ni , satukan hujung yang bercabang .


pin kat belakang tudung yang di kemaskan tu .


siap ! kalau rasa singkat , boleh turunkan lipatan tu or jangan pin belakang tudung :) 

Hehe..ok sekian..

SELAMAT MENCUBA.


Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenali tujuh jenis kelas makanan

Ketahui 7 jenis kelas makanan..rasanya dulu dah tau da time belajar tapi jom kita buat revision sikit yee...
1) KARBOHIDRAT
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen
Fungsi: membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk membolehkan kita membuat kerja serta menjalan segala aktiviti fizikal.sumber tenaga untuk proses fisiologi seperti pertumbuhan dan pembiakanmembantu mengelakkan suhu badan melalui pengoksidaan karbohidrat dalam proses respirasiKesan kekurangan: tubuh badan jadi lemahkurang tenagapertumbuhan tubuh badan terbantutContoh makanan:  Nasi, roti,ubi kentang,pisang,gula,ubi kayu

Penting tuam bayi lelaki

Masa berpantang dulu, mak mertua cukup bising dan sentiasa berpesan,
 "Jangan lupa tuam anak tu cah.budak lelaki senang masuk angin.susah nanti kau nak jaga.."
Ha gitu lah bunyi pesanan nya..ye lah nampak remeh tapi kalau tak buat teruk jadinya. Saya pun rasa malas jugak sebenarnye.hehe..tapi pesan orang tua ni kena la ikut kan. Mana yang patut kita ikut lah..lagipun benda dah ada..ada dah beli siap-siap masa pregnant dlu.
Ni contoh tuam yang boleh digunakan. Mula-mula tu pakai ni pastu tak tahu cara nak guna pergi bakar atas lilin hitam lah jadi nya..haha..senang rupenye panaskan atas iron pastu rasa lah dulu kat tangan. Nanti ada pula yang melecur kan..So cari dekat en google je lah..
Oh akhirnya kan apa yang mak mertua aku cadang..gunakan kain sapu tangan dan panaskan pada iron. Sama lah teknik nya. Rasa dulu kepanasan dia baru tuam kan pada bayi tau.
Masa mula-mula pantang kat rumah mama dulu..mama tuam guna daun mengkudu yang dilayurkan.pun boleh jugak. tapi leceh sket…

16 Kebaikan Ostematrix untuk ibu menyusu dan ibu berpantang

Bila sebut kalsium je mesti kita ingat yang perlukan tu adalah kanak-kanak sebab untuk tumbesaran atau untuk orang tua untuk elak dari osteporosis. Jadi kita yang dewasa dan pertengahan ni tak perlu ke? jangan camtu ye...
Kalsium penting untuk pembinaan tulang, gigi, sel darah dan sebagainya, menjadikan ia adalah kandungan mineral terbesar dalam tubuh kita – kira 21.5 % daripada berat badan kita, banyak kan?

Kita memerlukan kalsium setiap hari… Sebabnya kita kehilangan kalsium setiap hari…Terutama orang perempuan kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopous. Secara purata seorang dewasa kehilangan 400-600 mg kalsium setiap hari… Oleh itu setiap hari, secara purata kita perlukan 1000 mg kalsium. 
Kalsium amat penting kepada ibu yang menyusu dalam menyalurkan kalsium yang bermutu pada anak yang menyusu dan juga mengelakkan kekurangan kalsium dalam tubuh kerana 99% tubuh kita terdiri daripada kalsium. Rambut, kuku, tulang, gigi, dan hanya 1% sahaja kalsium dalam darah.