Skip to main content

Jangan lupa breakfast ye semua :)

Hai..meh kita sharing tentang sarapan.bukan apa ramai yang tak berapa suke nak breakfast.tak sempat la, tak selera la..macam-macam la alasan kan tapi sebenarnya sarapan ni sangatlah penting. Hakikatnya bila kita skip breakfast, hari dimulakan dgn energy yg kurang so produktiviti juga berkurangan.

Sarapan pagi adalah HIDANGAN PALING PENTING selepas tubuh kita "berpuasa" sepanjang malam. 

Sarapan pagi boleh membantu kita untuk mengekalkan paras gula darah yang sihat, yang mana ia adalah penting untuk mengekalkan kesihatan kita secara keseluruhan.

Pastikan sarapan pagi kita lengkap dengan zat-zat penting yang mengandungi kombinasi nutrisi seperti protein, vitamin, mineral, karbohidrat(rendah), lemak(rendah), dan air. Sarapan pagi seperti ini lebih mengenyangkan untuk memberi tubuh nutrisi penting dan tenaga tanpa meningkatkan kadar gula darah dan kadar insulin.

Sarapan yang baik akan menyediakan tenaga segera untuk sel-sel otak berfungsi pada waktu pagi.

Elakkan mengambil sarapan pagi mengikut apa yang digemari tanpa mementingkan khasiat. Badan kita memerlukan makanan sihat dan berkhasiat untuk memberi tenaga bagi mencapai yang terbaik. Makanan yang tidak berkhasiat boleh merosakkan organ tubuh yang lain.

Organ yang paling banyak terjejas akibat tidak mengambil berat mengenai sarapan adalah pankreas kerana organ ini berfungsi untuk menghasilkan jus gastrik dan insulin. Sekiranya ini berlaku secara berterusan, pelbagai penyakit lebih mudah terjadi seperti diabetes, kenaikan berat badan dan juga penyakit darah tinggi.


 FAEDAH BERSARAPAN:

• Hidup menjadi lebih sihat
• Sebagai sumber tenaga tubuh
• Dapat meningkatkan kemampuan otak 
• Membantu tubuh menjadi langsing
• Tumpuan dan mood menjadi lebih baik
• Sebagai pelindung jantung anda

 ELAKKAN SARAPAN YANG MANIS
 kerana ia akan menyebabkan kita cepat lapar dan makan lebih banyak pada waktu tengah hari. 

So jangan lupe breakfast k semua ;)

Nak senang meh kita sarapan dengan ESP..instant breakfast yang berkhasiat dan mengenyangkan insyaallah.


Ada banyak lagi resepi ESP ni, boleh refer Pelbagai resepi ESP Shaklee :)

Untuk khasiat ESP boleh baca Keistimewaan ESP dan SINI jugak k..

Untuk maklumat lanjut boleh msg/whatsapp sy direct k

~Aisyah~
017-3468802
FB : Ummi Ammar Arif


Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenali tujuh jenis kelas makanan

Ketahui 7 jenis kelas makanan..rasanya dulu dah tau da time belajar tapi jom kita buat revision sikit yee...
1) KARBOHIDRAT
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen
Fungsi: membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk membolehkan kita membuat kerja serta menjalan segala aktiviti fizikal.sumber tenaga untuk proses fisiologi seperti pertumbuhan dan pembiakanmembantu mengelakkan suhu badan melalui pengoksidaan karbohidrat dalam proses respirasiKesan kekurangan: tubuh badan jadi lemahkurang tenagapertumbuhan tubuh badan terbantutContoh makanan:  Nasi, roti,ubi kentang,pisang,gula,ubi kayu

Penting tuam bayi lelaki

Masa berpantang dulu, mak mertua cukup bising dan sentiasa berpesan,
 "Jangan lupa tuam anak tu cah.budak lelaki senang masuk angin.susah nanti kau nak jaga.."
Ha gitu lah bunyi pesanan nya..ye lah nampak remeh tapi kalau tak buat teruk jadinya. Saya pun rasa malas jugak sebenarnye.hehe..tapi pesan orang tua ni kena la ikut kan. Mana yang patut kita ikut lah..lagipun benda dah ada..ada dah beli siap-siap masa pregnant dlu.
Ni contoh tuam yang boleh digunakan. Mula-mula tu pakai ni pastu tak tahu cara nak guna pergi bakar atas lilin hitam lah jadi nya..haha..senang rupenye panaskan atas iron pastu rasa lah dulu kat tangan. Nanti ada pula yang melecur kan..So cari dekat en google je lah..
Oh akhirnya kan apa yang mak mertua aku cadang..gunakan kain sapu tangan dan panaskan pada iron. Sama lah teknik nya. Rasa dulu kepanasan dia baru tuam kan pada bayi tau.
Masa mula-mula pantang kat rumah mama dulu..mama tuam guna daun mengkudu yang dilayurkan.pun boleh jugak. tapi leceh sket…

16 Kebaikan Ostematrix untuk ibu menyusu dan ibu berpantang

Bila sebut kalsium je mesti kita ingat yang perlukan tu adalah kanak-kanak sebab untuk tumbesaran atau untuk orang tua untuk elak dari osteporosis. Jadi kita yang dewasa dan pertengahan ni tak perlu ke? jangan camtu ye...
Kalsium penting untuk pembinaan tulang, gigi, sel darah dan sebagainya, menjadikan ia adalah kandungan mineral terbesar dalam tubuh kita – kira 21.5 % daripada berat badan kita, banyak kan?

Kita memerlukan kalsium setiap hari… Sebabnya kita kehilangan kalsium setiap hari…Terutama orang perempuan kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopous. Secara purata seorang dewasa kehilangan 400-600 mg kalsium setiap hari… Oleh itu setiap hari, secara purata kita perlukan 1000 mg kalsium. 
Kalsium amat penting kepada ibu yang menyusu dalam menyalurkan kalsium yang bermutu pada anak yang menyusu dan juga mengelakkan kekurangan kalsium dalam tubuh kerana 99% tubuh kita terdiri daripada kalsium. Rambut, kuku, tulang, gigi, dan hanya 1% sahaja kalsium dalam darah.