Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

Malam Cinta Rasul

Masa menulis ni..tengah dengar malam cinta rasul Kuantan...besh je rasa..rasa bagus nye lah kalau semua sama-sama berselawat.mesti tenang je semua..kan..:) 

"Perbanyakkanlah membaca selawat pada ku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Baihaqi)
Jom lah kita berselawat keatas rasul..tunjukkan rasa sayang..rasa rindu kita padanya..
ikot apa yang nabi kita pesan ye..
~Aisyah~ Ummi Ammar Arif

JOM MAKAN DAN MASAK DIRUMAH SETIAP HARI :D

Orang dulu2 cakap nak memikat suami kena makan air tangan kita.
Haa dah kalau keje balik ptg camne.Pagi-pagi dah keluar pastu balik da petang. nak ambil anak dr umah pgsuh lagi. tau-tau da ptg dan penat. yang mudah dan cepat beli je la kn.. 
Itupun alasan ibu bekerjaya pada zaman ni. Em saya nak cakap banyak pun alhamdulillah setakat ni still seorang surirumah sepenuh masa.
Kalau saya kerja pun insyaallah nak cuba masak untuk suami dan anak setiap hari. PERCAYA lah..
confirm diorang suka je makan kita masak even telur goreng pun :D
Ni hasil pencarian yg boleh dimanfaat utk semua. 
TIP MASAK BAGI IBU BEKERJAYA
1. restock barang basah utk 5 ari (ari sabtu n ahad kn cuti). restocking barang basah ni elok buat ari ahad. beli siap2 ayam seekor, daging, ikan n ape2 jela yg kite suka.utk mudahkan keja kite, soh saje si penjual ikan dan daging tu siang ikan n potong daging tu kecik2. balik umah basuh ayam, ikan dan daging tu pastu simpan dlm freezer. daging tu pulak rebus siap2. da lembut, simpan dal…

Bila Ammar Bersuara :D

Ye je kan tajuk..ammar tu my son baru je 5 bulan setengah. tapi dah pandai bersuara. walau pun tak difahami.hihi. but it's nice to see him grown up depan mata. Biar lah orang kata 'terikat' , 'rugi' atau apa-apa yang berkaitan since I've choose to be fulltime housewife. For me it's really worth it. yeap memang ramai ibu yang bekerjaya dan anak-anak mereka semua berjaya. tak dinafikan..yang penting sebenarnya bagaimana kita sebagai parent ada masa yang berkualiti dgn anak-anak. 

Cabaran surirumah -  yes well this is the thing yang kita sebagai ibu perlu ambil kira. Tajuk ni mungkin kena kupas lebih dalam lagi lain kali. Cabaran utama datang dari diri sendiri, apakah kita redha dan bersedia menghadapinya dalam keadaan hari ini, dimana kebanyakan wanita memilih untuk bekerja diluar? 
Insyallah saya memilih Shaklee sebagai batu loncatan , which is my PUSH FACTOR is my son.. ammar arif yang bijak pandai soleh ni..doa ibu plg mustajab kan..:D
memang sy mengaku say…

Atasi sakit kulit ekzema

Malam ni ada customer tanye pasal ekzema. Ada banyak jenis rupanya sakit kulit ni. Bila da jadi SID ni baru lah pandai nak berjinak-jinak dgn jenis sakit, nutrisi dan apa-apa related dgn suplemen :D
Yang paling penting sekarang ni da rajin sikit update blog.hihi demi kamu-kamu yang tersayang readers. Em ok la balik pada tajuk.

Apa itu Ekzema?
Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.
Ekzema ini selalu terjadi di kalangan bayi dan kanak-kanak. Kulit akan menjadi gatal dan melepuh, berair dan jika digaru terlalu kuat boleh berdarah.Punca ekzema ini dari kecacatan struktur dan imun yang ada pada gen, yang akan menjejaskan sistem pertahanan kulit. Biasanya kawasan yang mudah terkena ekzema adalah muka, siku dan lutut.

Apa nak buat bila baby kita demam?

Penah tak anak korang demam.mesti la penah kan? mesti lah kan..sapa yang tak risau bila anak demam. Bila da ada anak ni rajin la nak explore apa yg patut utk dia. Meh kita tgk lagi..

Bagaimana mengetahui anak demam atau tidak?
1. Suhu badan normal ialah 36.7°c. Gunakan termometer / jangka suhu untuk mengetahui suhu badan anak anda. Suhu yang melebihi dari suhu badan normal dianggap sebagai demam. Dinasihatkan belilah termometer yang boleh membaca suhu dengan hanya meletakkan pada telinga. Termometer jenis ini lebih pantas dan mudah untuk mengambil suhu berbanding termometer biasa. Lagipun termometer begini boleh digunakan bagi seisi keluarga. Hah, kan jimat kan? 2. Letakkan belakang telapak tangan didahi, biarkan selama 5 saat, sekiranya terasa panas. Itu tandanya demam.
Tips Apabila Anak Demam Panas :-
1. Berikanlah ubat paracetamol dengan sukatan yang dibenarkan oleh doktor.

5 Soalan tentang VITALEA :)

Vitalea multivitamin pertama di dunia. saya memang suka dan jatuh hati dgn vitalea ni..em vitalea ni apa? Boleh refer kat SINI Suplemen Shaklee ni umpama kita makan sayur-sayuran, buah-buahan, daging, ayam dan apa saja yang kita suka tapi ia dibuat dalam bentuk tablet. takde lah boleh kenyang pulak makan ni tapi khasiat nye tu. Makanan yg kita ambil sedia ada tu nutrisi nya banyak yang da hilang. Ada pula yang tak suka sayur lah, tak suka makan itu, tak suka makan ini..
Yang paling digemari masa kini makanan segera. Kononnya masa tidak cukup, penat dan sebagainya. Jadi, nak pastikan kita mendapat nutrisi lengkap ambil lah multivitamin ni :D
Vitamin Shaklee ni semulajadi tanpa bahan pengawet, tanpa pewarna dan tanpa perisa. dan kajian telah dibuat dgn teliti. Vitalea ni yang pertama hokey..almost 56 years ! 
Sejarah Vita-lea  Ia produk pertama yg d cipta oleh shaklee pd tahun 1915 dlm bentuk cecair. Nama asal VITAmin MINeral. Short form VITAMIN. Jadi shaklee yg mula2 mencipta vitamin d…

SELFIE OH SELFIE

Hai hai..assalamualaikum <3 <3 cepat je masa kan..pejam celik da hari khamis rupanya. duduk kat rumah ni lagi rase macam-macam nak buat. masa berlalu dengan pantas nya tapi alhamdulillah sale tetap berjalan..eh tiba2 promote lak kan..saya jual Shaklee. kalau nak beli pm la saya 017-3468802..ewah..boleh refer SINI untuk cadangan suplemen. jom la hidup lebih sihat..:D
ha yang sebenarnya nak cerita tentang #selfie. sekarang ni macam da jadi fenomena pulak ha..mula lah keluar parody2 video yang mengejek sikap selfie ni..em ade kebaikan keburukan kot selfie ni..ye ke?? hee
SELFIE TU APA ?
Ni saya amik dari en google, A photograph that one has taken of oneself, typically one taken with a smartphone or webcam and uploaded to a social media website:  Sumber: http://www.oxforddictionaries.com/ 
Dalam bahasa mudahnya ambil gambar sendiri lah..memang menjadi-jadi lah fenomena ni sampai ada keluar gajet utk bantu ambil gambar sendiri. ha dahsyat..antara alatnya:

Kenali apa itu dan cara atasi Buasir..minta jauh lah kan..

Apakah itu Buasir?
Buasir atau hemoroid adalah pembengkakkan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membojol keluar, ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran. 
Jenis-jenis Buasir 
Buasir Dalaman  Lazimnya buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkan berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau mangkuk tandas.Jika keadaan ini berlaku, anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti …

Tanda-tanda Bayi Anda Sudah Bersedia Utk Makan

Ni saya cari2 dengan en google jumpalah ni...tanda bayi ada sedia untuk makan.ummi rasa ammar da sedia da nak makan da ni..tgk semua tanda macam dah ada je..hee..
Ada beberapa tanda yang menunjukkannya antaranya:  Kepala bayi tegak dan tidak bergoyang ketika dalam keadaan badannya tegak. Boleh duduk dengan sedikit sokongan daripada orang dewasa.Berat badannya sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada berat lahirnya.Menunjukkan tanda-tanda lapar walaupun telah disusukan lapan hingga sepuluh kali.Menunjukkan minat terhadap makanan yang dimakan oleh orang dewasa.Bayi anda juga mungkin akan cuba untuk mencapai makanan yang sedang anda makan.Tidak menolak dengan lidah atau meluahkan makanan yang disuapkan ke mulutnya.Boleh mengunyah dan menelan dengan baik makanan yang disuapkan.Bayi boleh memegang makanan dengan tangannya.
Nampak tak punya la tegak kepala nya tu..memang org makan dia duk tgk je tau.bila sua makanan memang dia nak.tido pun lena alhamdulillah..
Namun, anda dinasihatkan merujuk…

Tudung bawal mawar fizo omar dari Yuna Bella

Hai hai.. gossip2 jap..sekarang ni kan orang duk sibuk dgn isu tudung fareeda ni kan..perkara ni tak silap sejak dari pihak butik Fareeda telah membuat aduan berkaitan isu Paten tudung yang telah ditiru oleh peniaga lain. Isu ni jadi lagi hangat dengan kenyataan yang dikeluarkan Fizo Omar yang dilihat menjadikan keadaan semakin keruh. 
Puncanya dari permintaan yang tinggi terhadap tudung Fareeda tetapi sebahagian dari pengguna tidak mampu membeli tudung dari butik Fareeda yang dikatakan mahal. Jadi banyaklah tudung-tudung “ciplak” dihasilkan. Kini kita tidak perlu risau lagi. Buat wanita muslimah diluar sana. Anda juga boleh bergaya ala-ala tudung Fareeda dengan kos yang rendah tetapi hasil yang menarik menutup dada.
Glamour jap adik ni..nama dia Yuna Bella.Katanya adik yuna bella yg pakai tdg pink tu la yang mencetus idea dengan menggunakan tudung bawal. Tq dik.akak nk try lah nnt..hihi

Jom cuba !!
Peralatan yang diperlukan adalah:
Pin
Brooch besar yg ada jarum panjang so senang nk pin kata…

Penting tau kalsium ni, jangan pandang sebelah mata...

Kalau dengar perkataan KALSIUM mesti semua akan terbayangkan susu. Jangan tak tahu selain susu makan yang tinggi kalsium adalah seperti keju, yogurt, sayuran hijau , ikan salmon, brokoli, kacang almond , pisang dan ikan bilis. Alternatif lain adalah ambil pil kalisum. 
Ni selalu untuk mereka yang susah nak minum susu atau malas nak bancuh susu macam saya. Susu pun ada cara nak bancuh.Salah bancuh mungkin zat boleh hilang. Dikatakan orang dewasa memerlukan 1000mg kalsium tau.
Cara saya , amalkan ostematrix. kenapa? sebab 4 bj ostematrix cukup 1000mg. Saya malas nak bancuh susu tapi nak kan kalsium cukup. Nak makan ikan bilis pun berapa gram nak kena makan sehari? tak muak ke setiap hari makan ikan bilis. 
kenapa saya memilih ostematrix shaklee ? Apa kelebihan Ostematrix Shaklee selain dari kalsium membekalkan kalsium yang cukup untuk tubuh badan kita? 
1. Kuatkan tulang, gigi  Fungsi utama kalsium la kan. Semua orang pun tahu. Tapi tak semua rajin nak minum susu atau ambik kalsium yang…

Jangan lupa breakfast ye semua :)

Hai..meh kita sharing tentang sarapan.bukan apa ramai yang tak berapa suke nak breakfast.tak sempat la, tak selera la..macam-macam la alasan kan tapi sebenarnya sarapan ni sangatlah penting. Hakikatnya bila kita skip breakfast, hari dimulakan dgn energy yg kurang so produktiviti juga berkurangan.
Sarapan pagi adalah HIDANGAN PALING PENTINGselepas tubuh kita "berpuasa" sepanjang malam. 
Sarapan pagi boleh membantu kita untuk mengekalkan paras gula darah yang sihat, yang mana ia adalah penting untuk mengekalkan kesihatan kita secara keseluruhan.
Pastikan sarapan pagi kita lengkap dengan zat-zat penting yang mengandungi kombinasi nutrisi seperti protein, vitamin, mineral, karbohidrat(rendah), lemak(rendah), dan air. Sarapan pagi seperti ini lebih mengenyangkan untuk memberi tubuh nutrisi penting dan tenaga tanpa meningkatkan kadar gula darah dan kadar insulin.
Sarapan yang baik akan menyediakan tenaga segera untuk sel-sel otak berfungsi pada waktu pagi.
Elakkan mengambil sara…

Work At Home Mom 2

Asssalamualaikum.. diam-diam da masuk April da kita kan..bulan puasa pun tak lama lagi.ammar pun da masuk 5 bulan hari ni. ingat lg waktu ni 5 bulan yang lalu aku tengah bertarung nyawa nak melahirkan si kecil tu. patut la mak kita sensitif kan bila kita buat salah, tinggikan suara pada mak. sebab dia da susah2 lahirkan kita ke dunia ni..aish sedih pulak tiba-tiba teringat mak. Mak doakan ecah ye mak...terima kasih lahirkan ecah ke dunia ni.besarkan dengan penuh kasih sayang dan didikan yang baik. Insyallah ecah nak didik anak bagaimana mak didik kami insyallah..
Dalam masa 5 bulan ni jugak la aku da tekad nak FOKUS dalam bisnes SHAKLEE ni.Alhamdulillah setakat ni da merasa gak la bonus 3 4 kali..syukur ada 'mak', 'nanny', 'adik beradik' yang baik. saya suka dengan 'keluarga' Shaklee saya sekarang sebab mereka sentiasa memberi sokongan padu.hari-hari memberi semangat dan peringatan. Bekalkan ilmu pada kami mencurah ilmu tanpa jemu pada 'anak kecil&…

Atasi anak obesiti

Siapa tak sayang anak kan...sayang ada caranya..kerana sayang kita berikan yang terbaik untuk si manja bukan beri apa sahaja yang mereka mahu. Pemakanan sangat penting tau !
TAHUKAH ANDA??
Pendapat pakar mengatakan anak yang OBES ini tidak perlu mengurangkan makanan TETAPI mereka PERLU MENGAMBIL MAKANAN YANG BERKHASIAT. Dengan memakan makanan lebih sihat dan juga melakukan senaman. Proses pengurangan berat badan bukan berlaku sekelip mata tetapi memerlukan masa dan dorongan keluarga. Jangan sekali-kali mengurangkan makanan kanak-kanak tetapi berikan makanan lebih sihat seperti sayuran dan buahan. Pujian yang diberikan anda akan menambah sikap positif kanak-kanak dan ini memudahkan lagi proses pengurangan berat badan. 

BAGAIMANA MEMASTIKAN ANAK MENGAMBIL MAKANAN BERKHASIAT? 
a) Pastikan seluruh ahli keluarga terbabit dalam proses pemakanan yang lebih sihat. Ini akan mengurangkan rasa terpencil dalam proses itu. 
b) Pastikan bila anda memilih makanan , makanan itu tinggi dalam serat dan juga…