Skip to main content

Mengatasi badan lemah dan lesu

Seringkali kita merasa letih , lemah dan juga lesu selepas seharian menjalani rutin harian dengan kerja yang banyak. Namun seringkali juga kita mengambil sikap tidak peduli dengan kelelahan kita dan berharap ianya akan hilang selepas berehat dan tidur. Dulu saya pun begitu. Tapi kini tidak lagi insyaAllah.

Adalah penting untuk mengatasi masalah ini dengan segera kerana dengan tubuh badan yang sihat dan cergaslah kita mampu untuk menyempurnakan tanggungjawab kita seharian, di tempat kerja mahupun rumah. Disitu ada amanah dan hak perlu ditunaikan.

Ingin tahu bagaimana untuk menghadapi badan lemah dan lesu? Sebelum kita melihat solusinya, kaji dulu apakah penyebab badan lemah dan lesu.Antaranya:
  * Pemakanan yang tidak sihat
  * Tekanan
  * Kegemukan
  * Pekerjaan yang memenatkan
  * Insomnia
  * Darah rendah/anemia
  * Perokok tegar
  * Mengambil kafein secara berlebihan
  * Pengambilan makanan segera dan makanan rapu yang berlebihan
  * Tidak melakukan senaman
  * Pengambilan ubat-ubatan
  * Kekurangan air
  * Kehamilan

Sekiranya penyebab kelesuan ialah bukan dari terjejasnya kesihatan atau pengambilan ubat-ubatan, kemungkinan besar adalah kerana kekurangan NUTRISI. Maklum sajalah, tidak semua antara kita yang makan untuk sihat, tetapi hanya untuk selera tekak dan perut.

Vitamin untuk Mengatasi Badan Lemah dan Lesu

*Vitamin A*
Melindungi tubuh dari serangan virus dan bakteria yang menyebabkan jangkitan minor yang mungkin mengakibatkan kelesuan. Vitamin A menjaga membran dan mengawalnya dari diserang oleh patogen2 yang boleh menyebabkan badan kita jadi lemah dan lesu.Vitamin A juga untuk imuniti badan.

*Vitamin B Complex*
Vitamin B complex adalah vitamin yang paling utama dalam mengatasi kelesuan dan tekanan. Vitamin B Complex yang lengkap mengandungi 11 jenis vitamin B yang memberi sokongan kepada badan, dari segi kesihatan fizikal dan juga mental. Vitamin B complex mempunyai elemen yang meningkatkan metabolisma, tenaga dan kesihatan otak.

*Vitamin C*
Menguatkan imuniti tubuh dan menghalang jangkitan. Ia menghindarkan tubuh daripada kelesuan yang diakibatkan oleh tindakan virus dan bakteria terhadap sel tubuh.

*Vitamin D*
Vitamin D berkaitan dengan mood dan tahap tenaga. Kerana itu bagi penduduk di negara sejuk, mereka cenderung menghidapi sindrom SAD (seasonal affective disorder) ketika musim sejuk kerana kurang mendapat cahaya matahari (sumber semulajadi vitamin D).

*Vitamin E*
Selain antioksidan yang hebat, vitamin E juga penting untuk mengatasi kesan psikologi semasa haid, menopause, termasuk kesan kelesuan dan lemah badan.

Sumber: vitaminsemulajadi.com

Nak tahu apakah vitamin Shaklee yang anda boleh membantu untuk mengatasi masalah badan lemah dan lesu?

Vita Lea, B Complex ,Vita C, ESP dan Performance Drink.

1. Vitalea with iron formula
Sumber zat besi terbaik yg penting untuk pembentukan darah dan sel! Kandungan vitalea yang lengkap dengan 28 vitamin dan mineralyang diperlukan oleh badan dewasa. Menariknya, vitalea disokong oleh 7 kajian klinikal, menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan dan mempunyai teknologi salutan mikro yg membantu pembebasan segera di dalam perut. 

2. Bcomplex
 Antara vitamin yang penting untuk badan. Bcomplex membantu dalam pembebasan tenaga, metabolisme karbo, lemak dan protin. paling menarik, bcomplex adalah supplement anti stress. Bcomplex diperlukan untuk pembentukan darah dan dengan itu ia membantu mencegah anemia yang menyebabkan keletihan. 

3. Ostematrix
Supplemetn calcium magnesium yg lengkap dengan vitamin D. istimewanya ostematrix ini adalah kerana kandungannya bukan semata-mata kalsium tetpai juga mengandungi magnesium dan vitamin D. Menurut kajian USA, kekurangna magnesium boleh mengganggu aktivit elektrik, dalam otak yang menyebabkan tidur terganggu. Apa kaitannya dengan tenaga pula?magnesium juga memainkan peranan penting dalam pembebsasn tenaga keseluruhan badan kita. Apabila ianya tidak cukup, pengeluaran tenaga juga terhad, akibatnya kita mudah letih.

Sebagai tambahan, ibu2 juga boleh mengambil ESP sebagai pemakanan tambahan terutama bagi ibu bekerja yang tidak sempat untuk bersarapan. Index glisemik yang rendah dalam ESP membantu dalam pembebasan tenaga secara berperingkat ke dalam badan dan mengekalkan tahap tenaga yang lebih lama. Tidak mustahil, ramai ibu2 menggunakan ESP terutama ketika berpuasa.
Ibu2 juga boleh mengambil ESP sebagai pemakanan tambahan terutama bagi ibu bekerja yang tidak sempat untuk bersarapan. Index glisemik yang rendah dalam ESP membantu dalam pembebasan tenaga secara berperingkat ke dalam badan dan mengekalkan tahap tenaga yang lebih lama. Tidak mustahil, ramai ibu2 menggunakan ESP terutama ketika berpuasa.

Jom sihat cantik,
~Aisyah~
UmmiAmmarArif
017-3468802
Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenali tujuh jenis kelas makanan

Ketahui 7 jenis kelas makanan..rasanya dulu dah tau da time belajar tapi jom kita buat revision sikit yee...
1) KARBOHIDRAT
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen
Fungsi: membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk membolehkan kita membuat kerja serta menjalan segala aktiviti fizikal.sumber tenaga untuk proses fisiologi seperti pertumbuhan dan pembiakanmembantu mengelakkan suhu badan melalui pengoksidaan karbohidrat dalam proses respirasiKesan kekurangan: tubuh badan jadi lemahkurang tenagapertumbuhan tubuh badan terbantutContoh makanan:  Nasi, roti,ubi kentang,pisang,gula,ubi kayu

Penting tuam bayi lelaki

Masa berpantang dulu, mak mertua cukup bising dan sentiasa berpesan,
 "Jangan lupa tuam anak tu cah.budak lelaki senang masuk angin.susah nanti kau nak jaga.."
Ha gitu lah bunyi pesanan nya..ye lah nampak remeh tapi kalau tak buat teruk jadinya. Saya pun rasa malas jugak sebenarnye.hehe..tapi pesan orang tua ni kena la ikut kan. Mana yang patut kita ikut lah..lagipun benda dah ada..ada dah beli siap-siap masa pregnant dlu.
Ni contoh tuam yang boleh digunakan. Mula-mula tu pakai ni pastu tak tahu cara nak guna pergi bakar atas lilin hitam lah jadi nya..haha..senang rupenye panaskan atas iron pastu rasa lah dulu kat tangan. Nanti ada pula yang melecur kan..So cari dekat en google je lah..
Oh akhirnya kan apa yang mak mertua aku cadang..gunakan kain sapu tangan dan panaskan pada iron. Sama lah teknik nya. Rasa dulu kepanasan dia baru tuam kan pada bayi tau.
Masa mula-mula pantang kat rumah mama dulu..mama tuam guna daun mengkudu yang dilayurkan.pun boleh jugak. tapi leceh sket…

16 Kebaikan Ostematrix untuk ibu menyusu dan ibu berpantang

Bila sebut kalsium je mesti kita ingat yang perlukan tu adalah kanak-kanak sebab untuk tumbesaran atau untuk orang tua untuk elak dari osteporosis. Jadi kita yang dewasa dan pertengahan ni tak perlu ke? jangan camtu ye...
Kalsium penting untuk pembinaan tulang, gigi, sel darah dan sebagainya, menjadikan ia adalah kandungan mineral terbesar dalam tubuh kita – kira 21.5 % daripada berat badan kita, banyak kan?

Kita memerlukan kalsium setiap hari… Sebabnya kita kehilangan kalsium setiap hari…Terutama orang perempuan kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopous. Secara purata seorang dewasa kehilangan 400-600 mg kalsium setiap hari… Oleh itu setiap hari, secara purata kita perlukan 1000 mg kalsium. 
Kalsium amat penting kepada ibu yang menyusu dalam menyalurkan kalsium yang bermutu pada anak yang menyusu dan juga mengelakkan kekurangan kalsium dalam tubuh kerana 99% tubuh kita terdiri daripada kalsium. Rambut, kuku, tulang, gigi, dan hanya 1% sahaja kalsium dalam darah.