Skip to main content

Kenali tujuh jenis kelas makanan

Ketahui 7 jenis kelas makanan..rasanya dulu dah tau da time belajar tapi jom kita buat revision sikit yee...

1) KARBOHIDRAT

Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen

Fungsi:
  • membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk membolehkan kita membuat kerja serta menjalan segala aktiviti fizikal.
  • sumber tenaga untuk proses fisiologi seperti pertumbuhan dan pembiakan
  • membantu mengelakkan suhu badan melalui pengoksidaan karbohidrat dalam proses respirasi
Kesan kekurangan:
  • tubuh badan jadi lemah
  • kurang tenaga
  • pertumbuhan tubuh badan terbantut
Contoh makanan: 
Nasi, roti,ubi kentang,pisang,gula,ubi kayu


2) PROTEIN

Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen,oksigen, nitrogen dan kadangkala sulfur serta fosforus.

Fungsi:
  • membaiki tisu badan yang rosak dan membina sel baru untuk pertumbuhan
  • penghasilan bahan kimia seperti enzim dan hormon
  • membekalkan tenaga apabila diperlukan
  • pembentukan tulang serta otot
Kesan kekurangan:
  • pertumbuhan terbantut
  • penyakit kwasyiokor
Contoh makanan:
ikan,daging,telur,susu,soya,sayur-sayuran

3) LEMAK

Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen,oksigen, tetapi dalam nisbah berlainan

Fungsi:
  • membekalkan tenaga kepada tubuh badan
  • lapisan lemak bawah kulit berfungsi sebagai penebat haba
  • boleh melarutkan vitamik A, D, E, dan K
  • dapat melindungi organ badan seperti jantung dan ginjal

Kesan kekurangan
  • tidak dapat memanaskan badan
  • tiada otot utk melindungi organ

Contoh makanan
  • Lemak haiwan - mentega, myk sapi, keju, kuning telur
  • Lemak tumbuhan - marjerin, minyak kelapa sawit, minyak zaitun
4) VITAMIN
Sebatian organik yang penting untuk badan
Terbahagi kepada Vitamin Larut Lemak (A, D, E, K) dan Vitamin Larut Air (B, C)

Fungsi :
penting untuk kesihatan badan

Contoh makanan:
tomato, susu, limau, telur, ikan kod

5) GARAM MINERAL

Sebatian organik yang penting untuk memelihara kesihatan badan. Diperlukan dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Sejenis bahan semulajadi yang berasal daripada sumber tunbuh-tumbuhan iaitu kalsium, besi, iodin, natrium, fosforus, kalium dan flourin.

Fungsi:
penting untuk kesihatan badan

Contoh makanan:
ikan bilis, garam,tomato, limau, telur

6) PELAWAS

Bahan bergentian yang tidak dapat dicernaan badan. Meransang pengecutan otot di sepanjang salur pencernaan.

Fungsi: 
mencegah sembelit, ,membantu pergerakan makanan di sepanjang salur pencernaan

Contoh makanan:
nangka, nenas, betik, jagung

7) AIR


Sejenis cecair yanag tiada bau, rasa dan warna. Diperlukan dalam tubuh badan manusia sebanyak 70% air. Seseorang memerlukan kira-kira 2 liter atau 6 gelas air sehari

Fungsi:
Mengangkut bahan terlarut ke seluruh badan, mengawal suhu badan dan kepekatan darah

Kesan kekurangan:
  • sembelit
  • badan mudah lesu,letih,mudah mengantuk
  • tubuh badan panas
  • tiada ketahanan badan

piramid makanan
Ha da nampak kan 7 jenis kelas makanan..nanti saya cite lagi tentang vitamin dan garam mineral. ada banyak jenis vitamin dan setiap satu mmberi peranan yang berbeza pada nutrisi makanan kita seharian. Untuk jenis kelas makanan mana yang lebih penting boleh refer pada piramid makanan ni k..:)

Em ok lah..nanti kite smbung belajar lg ye..

Salam cantik dan sihat,
~Aisyah~
UmmiAmmarArif
017-3468802
SID:1092808



Post a Comment

Popular posts from this blog

Penting tuam bayi lelaki

Masa berpantang dulu, mak mertua cukup bising dan sentiasa berpesan,
 "Jangan lupa tuam anak tu cah.budak lelaki senang masuk angin.susah nanti kau nak jaga.."
Ha gitu lah bunyi pesanan nya..ye lah nampak remeh tapi kalau tak buat teruk jadinya. Saya pun rasa malas jugak sebenarnye.hehe..tapi pesan orang tua ni kena la ikut kan. Mana yang patut kita ikut lah..lagipun benda dah ada..ada dah beli siap-siap masa pregnant dlu.
Ni contoh tuam yang boleh digunakan. Mula-mula tu pakai ni pastu tak tahu cara nak guna pergi bakar atas lilin hitam lah jadi nya..haha..senang rupenye panaskan atas iron pastu rasa lah dulu kat tangan. Nanti ada pula yang melecur kan..So cari dekat en google je lah..
Oh akhirnya kan apa yang mak mertua aku cadang..gunakan kain sapu tangan dan panaskan pada iron. Sama lah teknik nya. Rasa dulu kepanasan dia baru tuam kan pada bayi tau.
Masa mula-mula pantang kat rumah mama dulu..mama tuam guna daun mengkudu yang dilayurkan.pun boleh jugak. tapi leceh sket…

16 Kebaikan Ostematrix untuk ibu menyusu dan ibu berpantang

Bila sebut kalsium je mesti kita ingat yang perlukan tu adalah kanak-kanak sebab untuk tumbesaran atau untuk orang tua untuk elak dari osteporosis. Jadi kita yang dewasa dan pertengahan ni tak perlu ke? jangan camtu ye...
Kalsium penting untuk pembinaan tulang, gigi, sel darah dan sebagainya, menjadikan ia adalah kandungan mineral terbesar dalam tubuh kita – kira 21.5 % daripada berat badan kita, banyak kan?

Kita memerlukan kalsium setiap hari… Sebabnya kita kehilangan kalsium setiap hari…Terutama orang perempuan kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopous. Secara purata seorang dewasa kehilangan 400-600 mg kalsium setiap hari… Oleh itu setiap hari, secara purata kita perlukan 1000 mg kalsium. 
Kalsium amat penting kepada ibu yang menyusu dalam menyalurkan kalsium yang bermutu pada anak yang menyusu dan juga mengelakkan kekurangan kalsium dalam tubuh kerana 99% tubuh kita terdiri daripada kalsium. Rambut, kuku, tulang, gigi, dan hanya 1% sahaja kalsium dalam darah.