Skip to main content

Harapan Ummi untuk Anak-anak semua

Cewah tajuk macam da ade anak 7 8 orang kan..well apa salahnya kan.benda baik apa salahnya disebar-sebar kan??Anak pun umur baru 2 bulan da merancang macam-macam dah untuk dia.Ye la kalau boleh plan nak duduk umah ni nak ajar dia mane yang patut la dulu..Home School gitu kan..harap impian tercapai lah hendaknya..harap en suami bagi sokongan padu lah..Kalau boleh..(dan mampulah..zaman skrg ni banyak sgt ujiannya kn...huu)

1) Nak kurangkan tengok benda dalam "box"
Box yang dimaksudkan tu macam tv,ipad,tablet,phone,games dan sebagainya. Nak main boleh tapi kejap2 lah.Kena tengok sama-sama dan berinteraksi. Nanti kalau tak main ketinggalan zaman pula..



MENURUT Pakar Pendidikan Awal Kanak-kanak, Universiti Pengurusan dan Teknologi (UMTECH), Prof Dr Bustam Kamri, lambakan gajet seperti komputer riba dan tablet di pasaran sememangnya tidak dapat dihalang. Ini kerana teknologi ini akan terus berkembang pesat sejajar dengan kemodenan sesebuah negara.

Kesannya kita la yg tanggung nnt kalau bdk2 ni da terlalu leka..antaranya..kurangkan kreativiti kanak-kanak..pergerakan pun kurang aktif sebab terlalu leka dengan gajet2 ni.So parent out there besar tugas kita ni..leh baca SINI. Means ummi kena fikir banyak aktiviti lain untuk Ammar. ada cadangan tak? nanti ummi cari lagi tentang aktiviti nih..

2)Nak masak sendiri makanan yang seimbang
Sekarang ni macam-macam makanan kat luar sana. Cakap je apa yang takde tapi kita tak pasti ingredient makanan tu. Biasa yang sedap sgt tu mesti ada MSG, makanan segera lagi macam maggi, fast food dan lain-lain lagi. Sekarang ni tgh duk study lagi camne nak buat makanan untuk kanak-kanak.ada banyak masa lagi kot nk study.hee..

Setiap makanan yang berbeza membekalkan khasiat pemakanan yang berbeza. Memberi anak makanan pelbagai jenis dalam satu-satu masa mampu membekalkan kalori, lemak, vitamin dan mineral untuk tumbesaran anak seterusnya memastikannya sentiasa sihat. Kanak-kanak memerlukan kalsium yang tinggi iaitu kira-kira 800mg sehari. Oleh yang demikian, mereka perlu makan makanan yang kaya kalsium seperti susu, keju dan dadih. Buah-buahan dan sayur-sayuran pula membekalkan vitamin A dan C. Untuk mendapatkan zat besi dan protein secukupnya, anak anda mesti mengambil daging dan kekacang. Selain itu, produk bijirin seperti roti dan bijirin sarapan pagi juga menyumbang ke arah peningkatan bekalan zat besi dan folat yang diperlukan oleh kanak-kanak. Sumber: vitecube.comvitecube.com

pemakanan berkhasiat amat penting utk kanak-kanak

baby mula makan seawal 6 bulan
3)Pandai mengaji Al-Quran
Yang ni yang paling penting nak ajar dia mengaji al-quran. ABC boleh belajar di sekolah. 123 pun insyaallah pandai dia nanti. Kalau hati da terang insyaallah sume mudah nak masuk. Kagum tengok anak-anak yang da pandai mengaji dan hafal ayat quran dari kecil lagi.Sejuk perut ibu yang melahirkan. Saya ada baca blog ni,anaknya sudah boleh membaca dan menghafal quran semuda usia 3 tahun.hebatnya ibu ini. BACA NI

darwish dan darwisya 
melentur buluh biar dari rebungnya
4)Ha lagi satu nak ajar dia berenang..
Nanti kalau apa-apa kecemasan dia boleh sesuaikan diri. lagi boleh exercise dan lg cergas rasanya. Kalau mat saleh tu baby lagi da ade kelas untuk baby..

Satu kajian dikendalikan oleh Professor Liselott Diem dari 1974 hingga 1976 di German Sports Collage di Cologne, Jerman mendapati kanak-kanak yang mempelajari berenang pada satu peringkat awal menunjukkan pembanguan lanjutan dalam: 
  • kemahiran motor kasar dan halus
  • refleksi (masa tindak balas)
  • Kuasa tumpuan (fokus)
  • Kepintaran / kecerdasan
  • Tabiat sosial
  • Interaksi sosial
  • Keyakinan diri
  • Kebebasan
  • Boleh menangani situsi yang diluar jangka.
berenang dengan gembira
Wah macam-macam harapan Ummi untuk Ammar kan..hee..moga cita-citaku tercapai lah.Banyak usaha nak dibuat ni..yeah2 berusaha..Harapan dan cita-cita kena tinggi ye tak..;)

Em ok lah..sekian dulu kali ni~~


Salam cantik dan sihat,
~Aisyah~
Pengedar Sah Shaklee Anda
017-3468802
rsaisyah317@gmail.com






Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenali tujuh jenis kelas makanan

Ketahui 7 jenis kelas makanan..rasanya dulu dah tau da time belajar tapi jom kita buat revision sikit yee...
1) KARBOHIDRAT
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen
Fungsi: membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk membolehkan kita membuat kerja serta menjalan segala aktiviti fizikal.sumber tenaga untuk proses fisiologi seperti pertumbuhan dan pembiakanmembantu mengelakkan suhu badan melalui pengoksidaan karbohidrat dalam proses respirasiKesan kekurangan: tubuh badan jadi lemahkurang tenagapertumbuhan tubuh badan terbantutContoh makanan:  Nasi, roti,ubi kentang,pisang,gula,ubi kayu

Penting tuam bayi lelaki

Masa berpantang dulu, mak mertua cukup bising dan sentiasa berpesan,
 "Jangan lupa tuam anak tu cah.budak lelaki senang masuk angin.susah nanti kau nak jaga.."
Ha gitu lah bunyi pesanan nya..ye lah nampak remeh tapi kalau tak buat teruk jadinya. Saya pun rasa malas jugak sebenarnye.hehe..tapi pesan orang tua ni kena la ikut kan. Mana yang patut kita ikut lah..lagipun benda dah ada..ada dah beli siap-siap masa pregnant dlu.
Ni contoh tuam yang boleh digunakan. Mula-mula tu pakai ni pastu tak tahu cara nak guna pergi bakar atas lilin hitam lah jadi nya..haha..senang rupenye panaskan atas iron pastu rasa lah dulu kat tangan. Nanti ada pula yang melecur kan..So cari dekat en google je lah..
Oh akhirnya kan apa yang mak mertua aku cadang..gunakan kain sapu tangan dan panaskan pada iron. Sama lah teknik nya. Rasa dulu kepanasan dia baru tuam kan pada bayi tau.
Masa mula-mula pantang kat rumah mama dulu..mama tuam guna daun mengkudu yang dilayurkan.pun boleh jugak. tapi leceh sket…

16 Kebaikan Ostematrix untuk ibu menyusu dan ibu berpantang

Bila sebut kalsium je mesti kita ingat yang perlukan tu adalah kanak-kanak sebab untuk tumbesaran atau untuk orang tua untuk elak dari osteporosis. Jadi kita yang dewasa dan pertengahan ni tak perlu ke? jangan camtu ye...
Kalsium penting untuk pembinaan tulang, gigi, sel darah dan sebagainya, menjadikan ia adalah kandungan mineral terbesar dalam tubuh kita – kira 21.5 % daripada berat badan kita, banyak kan?

Kita memerlukan kalsium setiap hari… Sebabnya kita kehilangan kalsium setiap hari…Terutama orang perempuan kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopous. Secara purata seorang dewasa kehilangan 400-600 mg kalsium setiap hari… Oleh itu setiap hari, secara purata kita perlukan 1000 mg kalsium. 
Kalsium amat penting kepada ibu yang menyusu dalam menyalurkan kalsium yang bermutu pada anak yang menyusu dan juga mengelakkan kekurangan kalsium dalam tubuh kerana 99% tubuh kita terdiri daripada kalsium. Rambut, kuku, tulang, gigi, dan hanya 1% sahaja kalsium dalam darah.